Friday, December 28, 2007

Orang India Sedarlah Diri dan Asal Usul Anda

Orang HINDRAF mestilah rasional. Jangan berhujah kalau mabuk. Masalah orang India tidak akan selesai jika mereka kuat mabuk. India juga sistemnya ada kasta. Jadi kalau sama-sama India tidak boleh diurus, macamna bangsa lain nak tolong.

Kalau buruk sangat Negara ini, siapa yang nak balik tempat asal mereka di India.. Kami boleh siapkan kapal dan juga boleh sediakan kapal terbang, tapi ini semua terpulang kepada kaum India sendiri, Tak ada orang India, tak mati di Negara kita ini, tak ada orang Melayu yang akan mati di bumi bertuah ini, tiada juga orang Cina akan menderita disini dan tiada kaum serta bangsa lain merempat di sana sini..Bukan senang untuk mencari Negara yang sebaik Malaysia.

Jangan sombong serta lupa diri…Di India sering bergaduh antara orang Muslim dan Hindu. Adakah layanan yang baik diberikan oleh orang India terhadap orang Islam disana??? Fikirkanlah wahai kaum India…Lihat sahaja contoh pencerobohan Masjid Barbi dan tindakan penganut Hindu terhadap tempat suci orang Muslim…Inikah dikatakan kebebasan agama serta demokrasi yang diperjuangkan di Negara itu. Apalagi di Sri Lanka hari-hari bom dan tidak seharusnya budaya tesebut di bawa ke sini.

Kerajaan India tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukannya. Orang India kecuali yang mabuk harus faham bukan sahaja kuil yang diroboh di Shah Alam tetapi surau tempat beribadat orang Melayu turut dirobohkan kerana kedua-dua tempat beribadat berkenaan didirikan di atas tanah rezab kerajaan…Itupun ada pihak masih menuduh kerajaan Negara ini mengamalkan diskriminasi kaum serta agama…Lihat juga kejadian merobohkan masjid di Terengganu…taka de apa sangat.

Bertuahnya mana-mana orang yang lahir di Negara ini..ada kemakmuran dan kehidupan yang lebih baik berbanding Negara-negara lain. Tapi ada juga yang masih lupa diri serta tidak berpuashati dengan kehidupan sekarang disebabkan sejarah lampau nenek moyang mereka yang tidak mengenang budi. Perjalanan hidup orang India seperti cerita “bangau oh bangau”…selalu menyalahkan orang lain disebabkan kedaifan mereka, bukannya hendak melihat diri mereka sendiri sendiri…kurangkanlah mabuk tu!!!!!!

Diari rakyat yang kurang cakap tapi banyak berkerja…


Dipetik dari www.hindraf.wordpress.com

Thursday, December 27, 2007

Si Bangsat Paranjothy + Si Bangsat-bangsat HINDRAF = Yang Ketinggalan Tak Sedar Diri

Mereka(UMNO) mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat mereka dalam usaha untuk meningkatkan karier politik mereka," kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy. Kata-kata dusta S. Paranjothy ini adalah kata-kata seorang penghianat yang dalam diam, ‘menyelam sambil minum air’ mengambil kesempatan atas kelembutan kepimpinan Negara kini.

Terlihatlah disini, Paranjothy sebenarnya sudah ketandusan idea untuk beri pendapat sehinggakan sanggup memalitkan arang pada muka insan lain kononnya menegakkan keadilan bagi kaum India di Malaysia. Apa yang hendak dikatakan disini, semakin ramai individu menjadi bangsat / pengkhianat demi kepentingan peribadi yang hanya mengundang musibah.

Tetapi, pada satu kenyataan beliau yang menyentuh hati adalah kenyataan angkuh malah berasa bangga memberitahu tiada kekesalan atas apa yang dikatakan seolah-olah ingin mencabar tahap kelembutan kepimpinan Negara yang diamanatkan sebagai penjaga keamanan dan keharmonian Negara.

Namun benarlah, jika kita kerap berlembut lama-lama orang akan pijak kita dan peristiwa ini telah memberi pengajaran bahawa kerajaan harus bertindak tegas. Selama ini, pembangkang sering menyalahkan UMNO terlalu mengambil mudah dan berlembut dalam menyelesaikan satu-satu isu, justeru itu memang amat wajar tindakan diambil ke atas S. Paranjothy.

Tindakan ini diambil bukan atas sebab berlainan bangsa tetapi kerana beliau telah mencabar dan menuduh UMNO secara melulu adalah penyebab bangsa India tertindas di Malaysia. Boleh dianggap, Paranjothy bodoh dari segi sejarah dan keadaan ekonomi kaum sendiri yang tampak lebih baik daripada kaum melayu sebagai majority rakyat di Malaysia ini.

Kita lihat dari segi ekonomi, mengikut laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menolak sekeras-keras dakwaan HINDRAF yang di agung-agungkan Paranjothy bahawa kaum India adalah golongan tertindas dan termiskin di Negara ini.

Untuk pengetahuan, kemiskinan yang paling serius di Malaysia adalah di kalangan peribumi Sabah dan Sarawak dimana 90% daripada pendapatan mereka hanyalah daripada hasil-hasil hutan dan hasil sungai sebagai nelayan dan mereka tahu kepimpinan Negara melalui UMNO dan parti komponen BN amat mengambil berat akan keadaan mereka tanpa dipinggirkan dan berat sebelah.

Ini dibuktikan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Malaysia yang terus komited untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat sambil berusaha mengimbangi ekonomi dikalangan rakyat di Sabah dan Sarawak dengan menganjurkan beberapa kursus latihan yang akan memberi pulangan lumayan seterusnya dapat menanggung kos hidup mereka.

Apa sebenarnya niat Paranjothy mengatakan masyarakat India di Malaysia tercicir atau terpinggir sedangkan pelbagai bukti telah ditunjukkan dan diperlihatkan atas usaha kerajaan kini untuk tatapan umum supaya dapat membezakan antara yang bijak memfaatkan peluang dan individu yang sudah lupa diri seperti pembangkang di Malaysia.

Dapat disimpulkan disini, S. Paranjothy seiras perjuangan si bangsat-bangsat Hindraf yang bodoh akan sejarah bangsa sendiri lalu menuduh bangsa lain sebagai penyebab. Tuduhan liar ini harus diadili dan dihakimi secara telus bagi menunjukkan kepimpinan kini amat adil dan saksama dalam menitik beratkan keharmonian dan keamanan Negara.

‘Pemimpin adalah yang menyatukan. Pemimpin adalah mendamaikan. Pemimpin bawa keamanan. Menjadi tanggungjawab mana-mana pemimpin memastikan wilayah kepimpinan mereka aman dan bukan huru hara, itulah Pak Lah’

Wednesday, December 26, 2007

Parti Gerakan Tertusuk Duri Buatan Sendiri

Sungguh tidak disangka dalam keadaan yang agak kelam kabut akhir-akhir ini berkenaan isu HINDRAF, makin ramai yang kelihatan hebat di mata tetapi jahil pada kata-kata seterusnya menampakkan kebodohan dan terus bertukar menjadi duri tajam perlahan-lahan menusuk sehinggakan menampakkan isi yang tidak sepatutnya ditunjukkan.

Kenyataan terbuka beliau terhadap media yang menyatakan di antara punca-punca kaum India dipinggirkan di Negara ini adalah di sebabkan pimpinan UMNO dimana sengaja memainkan sentimen perkauman antara kaum adalah kenyataan yang tidak wajar malah ia juga menunjukkan kecetekan pemahaman beliau terhadap kerjasama bersama.

Tindakan beliau yang menghentam dan mengkritik pimpinan kerajaan kini serta Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon secara terbuka kononnya gagal dalam menyelesaikan satu-satu isu dapat digambarkan, ini adalah tidakan yang mencabar pimpinan kerajaan, Pak Lah seterusnya Parti Gerakan yang selama ini berlembut dalam apa jua tindakan yang hendak dikenakan.

Apakah perlu kita membiarkan duri ini terus menusuk sedangkang duri ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seterusnya mengakibatkan kematian? Begitulah di dalam satu-satu parti, apakah orang seperti S. Paranjothy ini harus dibiarkan tanpa sebarang tindakan? Walaupun, setelah dikenalpasti beliau adalah satu wabak penyakit yang amat membahayakan?

Benarlah anggapan sesetengah rakyat Malaysia terhadap golongan ini, dimana amat pakar memutarbelitkan satu-satu fakta untuk kegunaan peribadi tetapi beliau bijak menepis kononnya untuk semua dan ini seiras tektik perjuangan pembangkang ‘toghut’. Namun bukanlah bermaksud kesemua individu dalam golongan ini begini, tetapi terhadap segelintir individu yang masih tidak tahu menghargai jasa pimpinan kerajaan seterusnya UMNO dan parti komponen Barisan Nasional.

Untuk memperlihatkan beliau benar dalam isu penindasan kaum India oleh pimpinan UMNO dan demi mengaburi mata golongan sendiri, tanpa segan silu di dalam perjumpaan bersama media beliau telah memantulkan kembali kepercayaan pimpinan parti Gerakan dengan hebat mengkritik seolah mencabar tanpa sedikit pun perasan kekesalan. Tindakan ini umpama, ‘bagai duri dalam daging’.

Reaksi ini menunjukan Naib Ketua Pemuda Gerakan ini ialah seorang yang angkuh dan degil dengan kedudukan kenyataan beliau, walaupun dibidas oleh pelbagai pihak termasuk Kepimpinan parti sendiri keatas satu tindakan yang membelakangkan ‘semangat menyelesaikan masalah dalam konteks kekeluargaan’ yang dipraktikan Barisan Nasional (BN) semenjak sekelian lama.

Jika benarlah beliau hendak membela kaum sendiri daripada ditindas, mengapa beliau seringkali menentang malah mengeji usaha-usaha Kongres India Malaysia (MIC) untuk membangunkan kaum India sendiri. Apakah beliau menentang hanya kerana pimpinan tidak sehaluan dengan beliau seperti saudara Anwar Ibrahim yang menentang pimpinan Pak Lah kini?

Dapat disimpulkan disini, S. Paranjothy ada cubaan untuk menjatuhkan imej Koh Tsu Koon demi kegunaan peribadi seolah-olah ingin merebut jawatan sebagai peganti Tan Sri Koh dengan menuduh dan menyerang parti komponen BN secara buta tuli di mana sengaja membangkitkan kembali masalah isu perkauman yang telah pun selesai.

PemudaBerani menyelar GERAKAN mengambil tindakan yang tegas dengan tindakan tata tertib yang serius harus dikenakan terhadap S. Paranjothy demi menjaga keharmonian dan hubungan antara parti komponen BN dan kaum serta etnik yang terdapat di Malaysia.


‘Mintak Untuk Difahami Tapi Tak Pernah Memahami Orang Lain. Inilah Pemikiran Golongan Orang Kelas Ke-3’.

Wednesday, December 19, 2007

Niat Menolong Hanya Untuk Menunjuk

Umum sedia maklum keadaan banjir yang melanda di beberapa tempat di Negara ini terutama di Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu dan sudah pasti ketika ini para penduduk kampung resah dengan pelbagai masalah kehilangan harta benda atau kehilangan nyawa.

Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri menerusi majlis perbandaran setiap daerah telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan pelbagai rangkaian menyekat banjir dari terus membanjiri di kawasan-kawasan yang terlibat.


Ini terbukti dengan pembinaan kolam tebatan di kebanyakan kawasan yang terlibat dan ia sedang giat dijalankan sebulan yang lalu oleh syarikat-syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri masing-masing selaras arahan Kerajaan Pusat yang sudah menyedari daripada awal tragedi seperti ini akan berlaku.

Dalam usaha pihak kerajaan memberi segala keperluan kepada yang memerlukan, terdapat segolongan aktivis berfikiran kolot cuba ‘menangguk di air yang keruh’, dimana tergamak mereka mengambil kesempatan di atas musibah para penduduk dengan cuba mewujudkan perasaan benci penduduk terhadap kerajaan seterusnya pada parti UMNO/BN demi keuntungan peribadi.

Tindakan ‘menangguk di air yang keruh’ pembangkang ini hanya bertujuan atas fahaman politik untuk membezakan-bezakan parti, kononnya pembangkang adalah parti yang peka akan setiap bencana yang dihadapi rakyat atau harus dikenali pembela nasib rakyat.

Sikap pembangkang kini yang kian terpesong amat dikesali kerana pembangkang bukan sahaja ingin menimbulkan perasaan benci penduduk pada kerajaan, malah cuba mewujudkan persengketaan besar antara penduduk dan parti UMNO/BN padahal secara terang-terangan penduduk sudah menerima bantuan daripada kerajaan apabila menempatkan mangsa-mangsa banjir ditempat yang lebih selamat dan diberi bantuan kelengkapan dan keperluan harian yang secukupnya.

Manusia itu tidak sempurna, dimana mungkin bantuan yang ingin diberi lambat diagihkan tetapi amat mustahil bantuan langsung tidak diberi kerana kerajaan telah peruntukkan berpuluh ribu untuk diberi kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Untuk pengetahuan pembangkang, setelah diselidik secara menyeluruh oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat segelintir penduduk yang tidak terlibat telah mendaftar sebagai mangsa dan benarlah ada masanya mangsa banjir tidak mendapat bantuan kerana terdapat pihak yang telah ‘menangguk di air yang keruh’ seperti perangai pembangkang yang umum sedia maklum.

Oleh itu, tidak wajarlah kepada mangsa-mangsa yang terlibat untuk menyalahkan pihak kerajaan ataupun UMNO/BN apabila tidak mendapat bantuan, ini kerana sikap di antara mereka sendiri yang telah mengambil kesempatan, dalam erti kata lain seperti sikap para pembangkang kini yang gemar ‘menangguk di air yang keruh’ dalam setiap apa bencana yang berlaku seterusnya, menyalahkan pihak kerajaan atau UMNO/BN.

Justeru itu, jika benarlah pembangkang berteraskan niat yang murni untuk menolong atau ingin memberi bantuan, biarlah ia bermula dengan niat kerana Allah s.w.t dan tujuan ikhlas untuk menolong, bukan untuk menunjuk-nunjuk kononnya menjadi jaguh.
Jelaskan Matlamat….. Tuluskan Niat

Friday, December 14, 2007

Teruja Dengan Janji Hindraf : AMK Terus Dibelenggu Kebodohan



Entah mengapa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang pernah digelar Pemuda Gagah Berani kini semuanya longlai belaka dimana tampak dibelenggu kebodohan dalam kancah tuntutan Hindraf. Di sini kelemahan AMPKR makin terserlah apabila menyokong perjuangan Hindraf yang terang-terangan ingin menghancurkan keamanan Negara dengan agenda-agenda mengarut aka ‘bodoh’ mereka.

Sudah terlalu banyak tuduhan yang dilemparkan Hindraf terhadap Negara namun AMPKR hanya berdiam diri dan buta-buta menyokong perjuangan Hindraf hanya kerana kepentingan politik mereka lebih kepada sifat mementingkan diri sendiri kononnya dengan menyokong Hindraf nasib rakyat yang ditindas akan terbela.

Kelemahan dan kebodohan AMPKR disini cukup ketara apabila kegagalan mereka memahami dan menghayati erti perpaduan dan keamanan sesebuah Negara yang harus dibela dan diteruskan demi membela nama bangsa dan agama di dalam Negara sendiri.

Sokongan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam membela lima orang kuat Hindraf yang ditahan semalam supaya tidak dikenakan tindakan seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara sokongan yang paling ‘bodoh’.

Setelah difahami, terbukti antara sebab-sebab Shamsul bersama angkatannya dibelenggu ke‘bodoh’an disebabkan pemahaman politik puak-puaknya yang cetek yang lebih pada sifat hasad dengki yang lebar terhadap pimpinan kerajaan kini.

Tuduhan liar AMPKR terhadap kerajaan bahawa kerajaan memainkan sentimen perkauman adalah tidak benar sama sekali. Shamsul sebagai ketua AMK harus memahami penahanan mereka ini lebih bersifatkan kepentingan menjaga keselamatan Negara yang dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman awam dan ini tindakan wajar bagi menghukum individu yang ingin melihat Negara dalam keadaan porak-peranda.

Umum mengetahui, isu janji Hindraf untuk memberi RM1 juta kepada setiap penduduk India melalui saman yang difailkan bagi menuntut pampasan 4 trilion pound sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain adalah satu tuntutan yang lumayan dan ini telah membuatkan AMPKR menjadi buta terhadap wang janjian Hindraf.

Ini menunjukkan para pembangkang kini sudah buta dan makin buta kerana hasutan yang lumayan. Jika hendak mempersoalkan kepentingan hak asasi manusia berikutan isu penahanan ini, kita seharusnya fikirkan, apa tindakan kita apabila salah seorang jiran mengunggut ingin membunuh keluarga jiran anda dan apa tindakan anda sebagai salah seorang jiran yang ‘concern’?

Pasti satu tindakan wajar akan diambil oleh anda kalau berlaku sesuatu yang menggugat keamanan dan keselamatan di kawasan anda. Mesti juga tindakan anda sebagai jiran tidak ingin melihat keadaan porak peranda dalam kawasan kejiranan anda dan samalah tindakan kerajaan yang tidak mahu melihat keamanan dan kedamaian Negara ini dimusnahkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

Kerajaan tidak sama sekali menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara tetapi hendaklah bersuara mengikut peraturan dan bertanggungjawab tanpa niat untuk menghancurkan Negara sendiri. Disini bukanlah ingin membezakan pendapat seseorang sehinggakan ia dicabuli tetapi harus mengetahui pendapat berbentuk teguran itu biarlah membina bukan menghancurkan.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita pasti mempunyai harapan hidup di Negara ini dalam keadaan aman, selamat serta makmur. ‘Ini bukan Negara yang membisukan semua orang dan rakyat tak bisu’, Pak Lah pantang dicabar.

Pahang Bakal Menjadi Sebuah Negeri Maju

by: jinggo



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tetap meneruskan kesinambungan usaha pembangunan negara dengan memperkenalkan prinsip Islam Hadhari dan menekankan modal insan bagi mengekalkan kemajuan yang dicapai.

Pada majlis perjumpaan dengan penjawat-penjawat awam negeri Pahang di Kuantan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaklumkan bahawa Pahang bakal mengalami perubahan dramatik dan menjadi sebuah negeri maju dengan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Koridor tersebut merupakan satu kemajuan selepas meletakkan Pahang bukan hanya di peta Malaysia tetapi juga akan dikenali oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pasti akan menarik syarikat-syarikat tersebut melabur di negeri itu.

Pahang yang menjadi hub logistik di Pantai Timur akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang merangkumi bidang pelancongan, industri minyak, gas, petrokimia, industri pembuatan, halal hub, pertanian, pendidikan dan aliran perhubungan yang akan memberi manfaat kepada 3.9 juta penduduk.

Walaupun sektor perkhidmatan awam telah menunjukkan peningkatan terutama dari segi sistem penyampaian maklumat kepada pihak awam, sector tersebut perlu mengekalkan momentum berkenaan supaya bertambah baik untuk melancarkan pembangunan dan kemajuan yang dirancang.

Matlamat Dasar Ekonomi Baru adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional serta mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan memberi peluang-peluang pekerjaan meningkatkan dan menambah sumber pendapatan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Pak Lah diperlihatkan sebagai seorang yang ikhlas dalam perjuangannya untuk mencapai perpaduan kaum. Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

Kejayaan pembangunan negara akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius dalam membangun dan memajukan negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.Bagi beliau, pembangunan tidak boleh dilaksanakan sekiranya perpaduan tidak dicapai.

Wednesday, December 12, 2007

Pembangkang Kini Halal Haram Tiada Beza




Berikutan daripada perhimpunan Bersih di Parlimen semalam, ego seorang pemimpin pembangkang terserlah dimana beliau tampak jahil pada ajaran agama Islam berkenaan halal dan haram. "Kami akan terus mengadakan perhimpunan `haram' sehingga ia menjadi halal,’kata Mat Sabu @ Mat Penyapu pada satu sidang akhbar di ibu Negara petang semalam.

Disini, tampak Mat Sabu sendiri keliru untuk membezakan perkara dalam halal dan haram, benarlah ada yang mengatakan perkara yang haram di Malaysia kini boleh dihalalkan atas jaminan Mat Sabu. Ini membuktikan pemahaman ‘toghut’ di kalangan puak pembangkang terus menjadi amalan puak ini.

Kata-kata Mat Sabu ini benar-benar menyedihkan sebilangan rakyat beragama Islam. Sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan terbesar di dunia kini, penulis percaya Mat Sabu mempunyai beberapa prinsip tetap serta jelas mengenai penggunaan halal dan haram didalam kehidupan seharian.

Jika benarlah Mat Sabu ingin menjadi pemimpin, prinsip seseorang pemimpin amatlah penting kerana ia akan menentukan masa depan rakyat yang hendak dipimpin dan tidak harus terus mengelirukan pemikiran rakyat dengan memainkan isu agama didalam kancah politik.

Namun hakikat pembangkang kini boleh dilabelkan sebagai orang minda ke-3 yang hanya mementingkan diri sendiri. Lihat pada perhimpunan Bersih di Parlimen semalam, motif dan tujuan pembangkang hanya satu iaitu menyampaikan memo bantahan kepada Perlimen atas usul membantah pindaan Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan Pengerusi SPR dari usia 65 kepada 66 tahun bagi membolehkan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman untuk terus berkhidmat.

Tindakan pembangkang ini dilihat seolah hendak menutup punca rezeki Rasyid untuk terus berkhidmat yang berkeinginan mengisi kekosongan jawatan tersebut dan ia diganti dengan tokoh dari kalangan pembangkang sendiri kononya lebih berwibawa. Tindakan mereka ini seolah yang berhak memberikan ataupun menyekat rezeki adalah mereka(pembangkang) walhal terang-terang tertulis didalam al-Quran rezeki itu semua datangnya daripada Allah SWT.

Dengan erti kata lain, pembangkanglah yang berhak mengkayakan atau memiskin seseorang dengan kebolehannya lebih mengatasi Allah SWT, maka tentulah logiknya pembangkang di Malaysia kini makin jahil sehinggakan jelas sifat kedengkian akan kewibaan Rasyid yang tanpa segan silu asyik menyerang pembangkang.

Selain itu, perhimpunan yang dianjurkan pembangkang kebelakangan ini terbukti bahawa ia sama sekali tidak dapat menyelesaikan apa-apa sebaliknya hanya mengundang lebih permusuhan, buruk prasangka dan merosakkan negara itu sendiri.

Kalaulah benar mereka 'Pemimpin Rakyat' seperti mereka menggelar diri mereka, pasti mereka tidak akan menganjurkan perhimpunan yang akhirnya merosakkan rakyat itu sendiri. Tetapi tidak, mereka hanyalah bertopengkan kebenaran, yang mana akhirnya rakyat sendiri yang menjadi mangsa.

Belum lagi memimpin negara sudah membuat porak-peranda dan huru hara. Orang macam Mat Sabu dan seangkatan dengannya yang anda hendak pilih jadi pemimpin kerajaan? Tidakkah kita terfikir, sebaiknya kita bersatu di dalam misi membangunkan negara ke tahap yang lebih tinggi di mana perbalahan hanya membawa kerugian, melainkan kita akan semakin ketinggalan.

Fikirkanlah dan renungkan....

Monday, December 10, 2007

Kerana Pemikiran Politik Sempit, Anwar Berpolitik Tiada Prinsip



“Apakah ertinya kemenangan, jika kita tiada prinsip sejak perjuangan dilancarkan?!! Kemudian, dalam kesibukan kita ke sana dan ke sini dengan segala macam aktivitinya, mungkin kita lupa bertanya, kerana siapa kita berjuang?! untuk siapa pula perjuangan ini?!! Dan atas jalan (manhaj) teladan siapa kita lusuri perjuangan ini?!”

Gelombang baru krisis perletakan jawatan orang kuat dalam PKR akhir-akhir ini telah menjadikan kecaman masyarakat umum di Malaysia terhadap Anwar semakin relevan. Paling malang ialah nasib ahli dan penyokong peringkat bawahan yang buta-buta diperdaya oleh Anwar.

Disini boleh dilihat, nafsu jenayah Anwar menentang korupsi di luar hanya permainan politik sempitnya tetapi beliau hanya membisu terhadap korupsi dalam parti. Seperti lazim Anwar terus mempamerkan sikap ‘kata dulang, paku serpih’ dimana menggesa rakyat kini menobatkan pimpinan PakLah kini seperti pemimpin yang zalim terhadap rakyat.

Terbukti niat Anwar busuk dan jahat dimana beliau amat suka jika musuhnya membuat kesalahan supaya ada isu yang boleh menguntungkan kerja politiknya dan beliau amat pantang jika musuhnya berbuat kebaikan kerana itu merugikannya seterusnya, menafsirkan pelbagai kebaikan musuhnya itu adalah perbuatan yang zalim.

Kini, ramai dikalangan pembangkang berebut-rebut ingin menjadi pemimpin dimana beberapa para pemimpin pembangkang sudah mempromosikan diri untuk dijadikan calon bakal presiden, dan macam-macam. Tetapi, adakah di antara mereka yang akan berlaku adil dan bersedia menegakkan keadilan?

Untuk apa menang, jika prinsip tergadai?!! Namun orang politik seperti Anwar sekalipun berjuang atas nama Islam beliau sering rasa sempit dada. Ini seacuan dengan seruannya yang sempit dan kerusi yang sedikit lagi menjadi rebutan. Jika partinya tewas dan kerusinya hilang, maka dia seakan hilang segala-galanya.

Mampukah Anwar Ibrahim terus menutup bangkai gajah di bawah nyiru? Jika dahulu Anwar dingati dengan skandal seks dan salah guna kuasanya bersembunyi di belakang retorik "dianiaya" , "kerajaan zalim" dan "mahakamah tidak adil"; mampukah sekarang beliau berbuat demikian lagi?

Skandal ini sekadar membuktikan satu sahaja hakikat iaitu Anwar tidak pernah cakap serupa bikin. Anwar yang dulu mengamalkan tatatertib Melayu iaitu tatatertib kehidupan Islam tetapi sejak beliau menjadi menteri, adab kesopanan beliau terus hilang bagai ‘kacang lupakan kulit’ dek kerakusan beliau ingin menjadi Perdana Menteri.

Namun penulis ingin berkongsi perasaan yang dirasai oleh kebanyakan orang awam seperti penulis. Janganlah kita hairan jika suatu hari kumpulan-kumpulan yang berlabelkan Islam ini dipinggirkan dek kerana kepercayaan yang hilang. Alangkah baiknya, jika bersederhana dalam semua hal. Jujur terhadap prinsip dan pegangan.

Bagi Anwar, seseorang itu hanya dianggap adil, tidak zalim, baik, bersih, murni dan terlepas dari dosa apabila sealiran dengan kehendak mereka. Inilah pengertian atau prinsip keadilan yang dipegang oleh Anwar. Uhhh! Betapa sempitnya dan daifnya Anwar untuk memaksa orang ramai berpegang pada prinsip keadilan tersebut.

Friday, December 7, 2007

Anwar Sudah Berubah

Umum hangat memperkatakan bahawa beberapa pemimpin parti pembangkang kini di dalam keresahan dan kegelisahan di mana mereka seakan sudah pasti tarikh sebenar pilihanraya yang akan bermula tidak lama lagi. Justeru itu, penyakit terencat akal para pemimpin pembangkang jelas disini dan pelbagai siri perhimpunan telah diwujudkan oleh mereka yang lebih bercirikan sifat keganasan bernafsukan iblis.

Beberapa siri perhimpunan di dalangi Anwar sebelum ini, dilihat lebih menjurus kepada keinginan beliau mewujudkan ketegangan bermotifkan gangguan kepada keselamatan Negara. Tetapi kini, Anwar telah mencabar tahap kesabaran rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dimana beliau terbukti dalang kepada perhimpunan Hindraf ini.

Bukti yang hangat diperkatakan ialah apabila Anwar berucap selaku orang Melayu dan didengari oleh ribuan kaum Hindu yang memperlihatkan Anwar sengaja ingin mewujudkan sifat-sifat negatif yang boleh mengundang kepada perbalahan kaum.

Lagi menyedihkan, baru-baru ini muncul satu penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur perkauman telah disebarkan mengatakan wujudnya kumpulan di kalangan orang Melayu yang akan berhimpun sebagai tindak balas kepada perhimpunan yang dianjurkan Hindraf baru-baru ini.

Penulis juga difahamkan bahawa satu lagi perhimpunan akan dilakukan oleh Hindraf pada 16 Disember dan antara isi kandungan kiriman sms yang dihantar kepada orang Melayu khususnya di Kampung Baru boleh dianggap adalah salah satu tektik kotor pembangkang yang gemar mencetuskan ketegangan serta permusuhan.

Di dalam kandungan sms ini, kita boleh menganggap penghantar kiriman ini adalah kalangan orang Melayu sendiri kerana kelancaran menaip Melayu terserlah di dalam kiriman ini dimana berdasarkan kandungan itu, ia lebih kepada ciri-ciri pembangkang yang berhati busuk.

Pada pemikiran para pembangkang mungkin mustahil Anwar terlibat kerana tidak mungkin orang Melayu sendiri hendak menjahamkan Melayu dan inilah para aktivis pembangkang perlu memikirkan kerana masa depan Melayu itu sendiri ditangan mereka dan janganlah dengan kata-kata pukauan Anwar pembangkang hanyut dibuai mimpin yang tidak pasti.

Penulis hendak mengingatkan orang ramai yang menerima kiriman sms ini, janganlah terpedaya dengan kiriman berjenis hasutan ini kerana kandungan sms seperti ini akan memusnahkan harapan dan masa depan bangsa Melayu itu sendiri. fikirkanlah…

Wednesday, December 5, 2007

Anwar Perut Yang Busuk…


Apa sudah jadi? Perjuangan Anwar kini semakin hari semakin tidak relevan, samalah ertinya dengan perjuangan Hindraf yang dipelopori sebilangan orang-orang Hindu yang sudah lupa diri dimana biadapnya Hindraf menuduh pihak Kerajaan dalang di sebalik kejadian pembunuhan kaum India semasa kejadian di Kg. Medan pada tahun 2000.

Dalam kesungguhan masyarakat Islam memerhatikan kumpulan ini, alangkah terkejutnya melihat ‘Anwar si Penghasut’ tiba-tiba muncul di perkarangan mahkamah kelang dengan berucap penuh semangat yang mengapi-apikan kumpulan ini supaya terus berjuang mempertahankan agama dan kuil Hindu, sedangkan kumpulan ini terang-terangan menghina dan memperkecilkan masyarakat Islam bangsa Melayu Anwar sendiri.

Para pemimpim politik pembangkang tampak bodoh pada demonstrasi Bersih yang lepas dimana mereka seakan terpukau dengan kedatangan Anwar pada demonstrasi ini, tanpa membuat apa-apa dengan selamba Anwar mengambil memorandum Bersih dan menyerahkan pada pihak Istana.

Tindakan Anwar ini dilihat telah memperbodohkan para penyokong dan pemimpin politik pembangkang yang sebelum itu bekerja separuh mati mengarah penyokong-penyokong mereka hadir tetapi Anwar biasa dengan sikapnya “Biar aku(Anwar) Makan Isi, orang lain cukuplah makan kulit sahaja”.

Penulis juga dapat melihat bahawa Anwar sengaja melibatkan diri dalam Hindraf ini oleh kerana satu sebab, sebabnya Anwar sangat berharap beliau akan mendapat peratusan daripada ganjaran yang dituntut oleh kumpulan ini daripada kerajaan Britain.

Dengan ganjaran yang akan Anwar dapat nanti, Anwar pasti akan lupa diri dengan asas perjuangan beliau dan tidak mustahil Anwar akan melancarkan permainan politiknya yang jijik dengan menghasut beberapa agensi lain supaya menganjurkan demontrasi ataupun rusuhan jalanan untuk menentang Kerajaan dan secara automatiknya Negara Malaysia yang aman damai akan bertukar kepada Negara Pengganas.

Inilah kerajaan yang Anwar ingin tubuhkan jika beliau menjadi Perdana Menteri kelak, kerajaan yang penuh dengan keganasan. Adakah pemimpin seperti Anwar yang anda idam-idamkan? Bangsa sendiri tidak dibela tetapi bangsa lain pula beliau sibuk perkatakan untuk pembelaan. Janji-janji beliau dalam setiap ceramahnya kuat berpegang pada hendak membela orang Melayu tetapi mana janji-janji beliau itu?

Dalam hidup ini, rezeki itu di tangan Tuhan dan rezeki itu ada dimana-mana. Tetapi sayang seribu kali sayang, Anwar kini tampak sudah buntu untuk mencari pekerjaan yang sesuai, tanpa berfikir panjang inilah yang dapat kita lihat Anwar mencari rezeki dengan cara menghasut yang membusung “perut yang busuk”

Jadi, di sinilah bukti Anwar adalah perancang himpunan Hindraf dengan niat untuk mencetuskan imej serta persepsi negatif di kalangan masyarakat di negara ini pada dunia luar .Perbuatan Anwar ini dilihat lebih kepada dalang himpunan Hindraf yang jelas menunjukkan tanda-tanda ketidaksetiaan Anwar sebagai orang Melayu sejati yang taat terhadap raja dan negara serta prinsip Rukun Negara yang kita pegang selama ini.


p/s: perut busuk – sifat hasad dengki terhadap kesenangan orang lain.

Wednesday, November 28, 2007

Pas Aman Bersama Babi

Alangkah bejatnya pemikiran para pemimpin Pas ini sehingga sanggup membenarkan penternakan dan penjualan babi di pasar-pasar terbuka di Kelantan oleh kaum cina. Tidak mustahil suatu hari nanti peniaga Melayu pula digalakkan menjual babi dikalangan orang Melayu sendiri.

Inilah salah satu tektik toghut Pas yang amat bangga akan penternakan dan penjualan babi di mana menghalalkan penjualan babi di kalangan orang Melayu di Kelantan. Umum sedia maklum bahawa Pas adalah parti memperjuangkan agama Islam tetapi atas pemikiran toghutnya Pas sanggup menggadaikan ajaran agama Islam yang sebenar.

Apa nak jadi?!! Tindakan Pas ini seolah-olah memperkotak-katikkan umat Islam sewenang-wenangnya di Kelantan. Mengapa tiada satu suara pun yang berani menegur atau menasihati mereka ini? Adakah mereka (PAS) bijak memainkan isu agama, mereka dipandang mulia?

Dimanakah rasionalnya? Tidak lama dahulu Pas pernah mempersoalkan pada kerajaan kerana isu pembelaan babi di Melaka. Tetapi, apabila situasi yang seakan terjadi kepada ulama idola mereka, mereka seperti gasing berputar, berusaha membela walaupun mereka mengetahui ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah mereka lebih bangga akan ketokohan Nik Aziz yang haprak di mana sanggup membela nasib para penternak babi yang kononnya terabai dan ia adalah sesuatu yang harus diberi tumpuan. Jelas, tujuan Nik Aziz hanyalah untuk kepentingan peribadi dan pecaturan politik
yang cetek untuk menarik undi kaum Cina pula.

Apakah sudah terbela nasib peniaga-peniaga Melayu di Kelantan? Sudah terbelakah ekonomi rakyat miskin tegar golongan Melayu di Kelantan? Sehinggakan beliau begitu bermurah hati untuk membela nasib para penternak babi kaum Cina.

Penulis jadi hiba bila mendengar suara sayu salah seorang kenalan penulis anak Kelantan melalui panggilan telefon yang merasa malu dan kecewa dengan sikap Nik Aziz yang tegar untuk berdialog dan ingin membela nasib penternak-penternak babi di Kelantan.

Antara keluhan yang sempat penulis dengar, "Buat apa lah Nik Aziz dok sibuk nak membela nasib para penternak babi tu... alangkah moleknya kalau beliau menumpu untuk membela nasib rakyat miskin Melayu di Kelantan sendiri...yang mana masih ramai lagi yang mengharapkan pembelaan darinya’.

Begitulah lucu, sadis dan ironisnya 'ulama'? Pas ini. Kesengsaraan penternak babi nampak jelas dimatanya, tetapi kesengsaraan rakyat sendiri? Betulkah Pas memperjuangkan Islam? Tahukah bahawa Islam itu sendiri mengharamkan babi. Fikirkanlah…

Wallahualam

Tuesday, November 27, 2007

Budaya Songsang Anwar di Sebalik Pembebasan 3 Pemimpin Hindraf


Gelagat Anwar Ibrahim yang turut sama hadir memberikan sokongan dan meraikan pembebasan tiga pemimpin Hindraf semalam amat menjengkelkan sekali. Apakah perlu Anwar sebagai kaum Melayu menyokong Hindraf sedangkan antara agenda perhimpunan ini adalah menyalahkan bangsa Melayu kerana didakwanya telah menindas kaum India selama 200tahun.

Amat memalukan, Anwar lebih berminat membela kaum lain sedangkan kaum sendiri diperkotak-katikkan. Dimanakah jati diri sebagai Anwar sebagai seorang pemimpin yang sentiasa melaungkan slogan untuk membela orang Melayu? Dalam hal ini, ternyata Anwar mengambil sikap hanya menutup telinga dan mengunci mulut terutamanya apabila bangsanya sendiri dihina dan dipermainkan oleh kaum lain.

Disini kita dapat lihat perangai sebenar ‘jembalang malaysia’(DSAI) yang terus bermain politik dengan sikap suka mengambil peluang pada satu-satu isu. Disamping sanggup melakukan apa sahaja asalkan ianya mampu mendatangkan kredit kepada partinya, walaupun bangsanya dipijak.

Kita semua tahu, agenda Hindraf kelmarin terang-terangan bergerak atas dasar perkauman meskipun mereka menafikan. Lantaran itu, penulis pasti ramai orang-orang Melayu sedih dan terguris akan tindakan Anwar yang tidak berasa sikit pun rasa bersalah.

Nyata, Anwar sangat jahil dengan menyebarkan fahaman politik kepada aktivis-aktivis Hindraf ini dengan menyalahkan parti BN adalah punca perhimpunan ini diadakan. Nampaknya, demi fahaman politiknya yang korup Anwar sanggup merelakan nama Melayu dipergunakan oleh kaum lain kerana partinya sendiri gagal mendapat sambutan daripada orang Melayu.

Inilah namanya perhimpunan beragenda songsang yang jelas memperlihatkan bahawa pemimpin-pemimpin Hindraf termakan hasutan Anwar dalam memainkan isu perkauman, seterusnya akan mencetuskan satu malapetaka yang diingininya selama ini.

Isunya disini bukan masalah mengekang rakyat untuk bersuara, isunya adalah perhimpunan ini tidak seharusnya berlaku di jalanan kerana ia menganggu perjalanan seharian rakyat yang tidak terlibat dan menggugat keselamatan Negara.

Tidakkah kamu sedar wahai Anwar, akibat hasad dengki dan dendam kamulah, maka akan ramai orang Melayu sanggup menggadaikan maruah bangsa demi kepentingan peribadi dan seterusnya, bangsa lain semakin memandang tepat dan melangkah ke hadapan, kita pula semakin merenung ke belakang tanpa melangkah ke hadapan.


Jangan salahkan pihak berkuasa, jika hendak tunjuk ‘gengster’


Monday, November 26, 2007

Perhimpunan Hindraf Tiada Hala Tuju

Inilah perhimpunan kedua yang telah memalukan negara Malaysia selaku negara yang terkenal dengan kedamaian dan kemakmuran pelbagai kaum. Ia menggambarkan perhimpunan Barisan Bertindak Hak Hindu (HINDRAF) ini sebagai perhimpunan ala militan sekadar ikut-ikutan dan tiada hala tuju walaupun agenda utamanya ingin menuntut keadilan kaum India yang tertindas di Malaysia.

Namun penulis agak terkeliru dengan beberapa agenda demontrasi haram Hindraf semalam di mana ternampak pada setiap peserta yang terlibat dalam perhimpunan ini, tidak tahu akan tujuan sebenar mereka berhimpun walaupun sesetengah daripada mereka mengatakan ingin menuntut kaum India di Malaysia di beri hak keistimewaan dan memansuhkan hak keistimewaan kaum Melayu.

Jelas tuntutan Hindraf ini adalah tidak wajar dan keterlaluan kerana bukan kaum India sahaja menghadapi banyak masalah tetapi kaum Melayu juga menghadapi masalah yang sama dan perlu pembelaan yang sama rata. Jelas tuntutan Hindraf ini hanya mementingkan kaum sendiri yang seolah-olah berada di Negara sendiri.

Jika sekalipun tuntutan ini diterima, adakah masalah kaum India akan selesai? Mereka juga menuntut kaum India diberikan hak kerakyatan negara Britain dan menuntut pampasan atas pengabaian British terhadap kaum India semasa merangka perlembagaan Negara ini di awal kemerdekaan dahulu.

Jika ini yang diminta, tidak hairanlah mereka ini digelar ‘orang gila’ kerana tidak masuk diakal kerajaan Britain akan melayan tuntutan ini. Antara kata-kata seorang peguam gila "Kaum India telah mengalami kesengsaraan di bawah pemerintahan majoriti Melayu Muslim dan pemerintahan Inggeris untuk selama 200 tahun".

Apakah selama ini mereka ditindas oleh orang Melayu? Tidak terlihat pula di Malaysia kaum India ditindas kerana selama 50 tahun merdeka, orang Melayu sendiri tidak kisah akan masalah berlainan bangsa kerana peluang-peluang yang tersedia adalah diberi sama rata antara semua kaum.

Kaum India dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tindakan sesetengah golongan anti-Kerajaan yang terbukti tidak dapat menerima sistem pemerintahan hari ini,seterusnya disini mereka secara terang-terangan telah menanamkan sentimen perkauman terhadap kaum-kaum lain kepada Negara ini.

Ini secara lumrahnya telah menarik perhatian kaum India dimana 80% daripada kaum India adalah beragama Hindu. Lihat sahaja semalam, pelbagai gelagat kaum ini yang terkenal dengan sifat keganasan telah bertindak ganas sehingga mengakibat beberapa anggota keselamatan cedera parah.



Hindraf bijak memainkan isu agama dalam perhimpunan ini dan telah mengundang kemarahan sesetengah penganut Hindu lantas bertindak ganas. Isu yang berbangkit berkenaan agama adalah perasaan tidak berpuas hati akan tindakan kerajaan negeri yang telah merobohkan kuil-kuil di sekitar Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka terutamanya peristiwa pencerobohan kuil di Padang Jawa kononnya telah wujud beratus tahun.

Antara dakwaan dan penjelasan yang perlu dijelaskan disini :

Dakwaan Hindraf : Hanya kuil dan rumah kaum Hindu yang dirobohkan oleh penguatkuasa di Padang Jawa dan menuduh Kerajaan tidak menghormati tempat beribadat kaum India.

Penjelasan isu sebenar : Bukan hanya rumah dan kuil Hindu dirobohkan, tetapi ianya melibatkan juga merobohkan sebuah surau dan lebih banyak rumah kaum Melayu berbanding kaum India. Dakwaan Hindraf juga adalah tidak berasas apabila menegaskan kaum India ditindas. Tetapi umumnya jelas dapat dilihat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor seperti di Kampung Berembang dan Kampung Rimba Jaya yang majoritinya adalah kaum Melayu dan rumah mereka juga dirobohkan sama seperti kaum India yang menetap di sana

Ini menunjukkan sikap Hindraf yang suka mengambil kesempatan dan mempropagandakan isu perkauman untuk kepentingan satu kaum sahaja. Perjuangan Hindraf juga boleh mengundang kepada pepecahan dan sikap saling membenci antara kaum di Malaysia.

Pemudaberani berpendapat adalah perlu rakyat menolak perjuangan Hindraf dan jika benar mahu memperjuangkan hak rakyat, mereka perlu melihat contoh seperti Parti Barisan Nasional yang memperjuangkan kepentingan keseluruhan rakyat biasa dan golongan pekerja yang semakin ditindas oleh penyamun pemimpin Parti Sosialis Malaysia.

Nandrii vanakam….

TOLAK PERJUANGAN KAUM OLEH HINDRAF !
HINDRAF inathin poratadattai olippum

DAN AYUH BANGKIT RAKYAT BERSAMA BARISAN NASIONAL.
Barisan Nasional katchill makkalai inaipum

Friday, November 23, 2007

YA ALLAH KEMBALIKANLAH KEHARMONIAN DITANAHAIRKU INI

Assalamuálaikum sekalian,

Penulis mendapat makluman dari seorang rakan JIM (Jamaah Islah Malaysia) yang berpandangan mengenai perhimpunan gabungan BERSIH dan adil pada 10 November lalu. Pertubuhan ini telah mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan 100 000 pada 10 November ini. Alasan yang diberikan ialah JIM telah berkerjasama dengan sebuah badan pemantau lain iaitu Mafrel (Malaysians for Free and Fair Elections) dan tidak mahu terlibat dengan Bersih.

Apa yang diperjelaskan oleh rakan penulis ialah JIM tidak mahu untuk terlibat sama dalam perhimpunan ini disebabkan badan Ngo ini sedar terdapat sesuatu perkara yang tidak kena dengan gabungan Bersih dan ada sesuatu yang disorokkan oleh gabungan Bersih dalam program pehimpunan ini.

Penulis sangat terkejut apabila rakan penulis menunjukkan bukti kejahilan para pembangkang di laman-laman web milik pemimpin-pemimpin mereka yang ‘toghut’. Di dalam satu artikel dari laman web harakahdaily dan parti Keadilan Rakyat, mereka menyeru orang ramai secara keras supaya hadir di perhimpunan tersebut meskipun terdapat amaran dari pihak Polis.

Selain itu, emel-emel dari yahoogroups yang dihantar oleh penyokong-penyokong pembangkang kepada penulis membuktikan merekalah perancang perhimpunan yang lepas (BERSIH), kerana mereka mengajak orang ramai supaya hadir dan membuat kacau diperhimpunan ini. Kandungan emel yang diterima adalah sepertidibawah.

“Perhimpunan pada 10 nov dibatalkan kerana agong tiada di Kuala lumpur. Ayuh kita gulingkan kerajaan pada 10 nov ini. Kita akan bermandi darah pada hari itu. ALLAHHUAKHBAR...ayuh! ramai2x kita hancurkan si laknat ini.”

Dari pengamatan penulis, Malaysia yang dahulunya aman kini boleh bertukar menjadi tempat yang tidak selamat oleh kerana terdapat keadaaan huru hara yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memelihara ketenteraman.

Penulis ingin memesan kepada anak-anak muda yang masih belajar dan ahli-ahli keluarga terdekat supaya tidak menghampiri kawasan perhimpunan yang lalu kerana bimbang rusuhan boleh berlaku semula seperti mana pada waktu Anwar Ibrahim ditahan oleh Polis. Penyokong ekstremis yang tidak berpuashati bertindak liar apabila dihalang oleh Polis yang bertugas menjaga keamanan.

Penulis percaya perkara sama akan berulang pada perhimpunan HINDRAF esok jika terdapat golongan-golongan ekstremis ataupun a****** jalanan buatan Anwar Ibrahim dalam perhimpunan yang akan diadakan pada hari esok. Sebagai seorang rakyat kita perlu memahami hak dan tanggungjawab, pertama sebagai seorang Islam dan seterusnya, sebagai seorang warganegara Malaysia.

Sekian, renung-renungkanlah saudaraku…

Semoga Allah memberikan petunjuk ke atas apa yang kita pilih dan lakukan.

Wednesday, November 21, 2007

Pembangkang Harus Hayati Hari Asyura

Hari Asyura seperti mana yang difahami sesetengah tokoh arab adalah lambang yang mengancam para pemerintah atau penguasa. Namun di sebaliknya, asyura juga bermaksud hari suka-cita ataupun hari bersyukur yang jatuh pada tanggal sepuluh Muharram kalendar hijriah.

Pembangkang khususnya parti Pas yang bertopikan kopiah serta bermuka-muka kononnya alim perlu menghayati hari asyura itu sendiri. Puak-puak ini perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa perayaan Nabi Nuh bersama pengikutnya yang bersatu dan bermuafakat untuk mengelakkan bahtera Nuh daripada tenggelam.

Ini adalah satu kejayaan hasil permuafakatan dan perpaduan ummah pada masa itu. Inilah keamanan dan keharmonian yang harus dicontohi oleh masyarakat kita hari ini. Pembangkang harus hayati hasil daripada perpaduan dan permuafakatan pengikut nabi Nuh di mana ia perlu diamalkan bagi mewujudkan masyarakat yang lebih teratur dan terjamin pada masa kini.

Jika benarlah pembangkang memperjuangkan keadilan berteraskan agama Islam, mereka sewajarnya mengingati Asyura, kerana Asyura hanya layak dirayakan oleh ummah yang mementingkan perpaduan yang taat pada ketuanya dan ia tidak layak untuk golongan yang memecahkan perpaduan.

Mari kita lihat, perhimpunan BERSIH tetapi haram, tidak ke pelik bunyinya? Sepatutnya, jika benarlah perhimpunan BERSIH, ia haruslah bersih daripada segala tindakan yang mencemarkan dan memburukkan negara sendiri. Tetapi, nafsu serakah b******** jadian ini telah mendapat liputan meluas di serata dunia dan ia memburukkan imej Malaysia selaku Negara yang terkenal dengan perpaduan dan permuafakatan antara kaum yang erat.

Adakah ini perpaduan dan permuafakatan yang pembangkang hendak tanamkan dalam kehidupan masyarakat kini? Adakah hendak menegur ataupun menasihati seseorang perlu gunakan kekerasan? Adakah sifat kekerasan sememangnya sifat pembangkang?

Selain itu, demonstrasi ini sangat bertentangan dengan syari’at Islam sehingga sanggup melibatkan kaum wanita karena Allah melarang wanita untuk keluar dari rumahnya kecuali dengan alasan yang syar’i. Ia juga secara terang-terangan pergaulan dan percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya di khalayak ramai yang membolehkan membawa kepada tanggapan yang tidak baik kepada kaum wanita itu.

Maka cukuplah sabda Nabi yang mulia shollallohu ’alaihi wa sallam berikut ini bagi mereka. Dari ’Uqbah bin ’Amir, Rosululloh bersabda, ”Tinggalkanlah olehmu bercampur baur dengan kaum wanita!” (HR. Bukhari)

Sudah terang lagikan bersuluh, pembangkang makin jahil pada agama Islam kerana makin menjauhi ajaran Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam yang cintakan perdamaian didalam hari asyura itu. Jika pembangkang cintakan perdamaian, mereka tidak akan menjatuhkan kehormatan orang Islam yang lain yang seakan-akan menghina agama Islam itu sendiri.

Sesungguhnya ini adalah akhlak yang jauh dari tuntunan Nabi yang mulia! Demonstrasi adalah produk barat yang jelas-jelas mengamalkan ajaran kuffar. Justeru itu, tidak perlu sebagai seorang muslim untuk memasang label ’islami’ kerana memang Islam tidak mengajarkan cara seperti ini.

Sedarlah rakyat semua, jika hendak mencari pemimpin bukan dari segi ikut-ikutan tetapi dari segi teladan yang pemimpin itu tonjolkan. Atau bahkan meyakininya sebagai penyampai dakwah yang islami. Rasulullah bersabda, ”Barangsiapa meniru suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)

Friday, November 16, 2007

10 NOV : SEMAKIN RAMAI GOLONGAN MUDA DIPERBODOHKAN

Di sini, penulis dapat menjangkakan bahawa Barisan Alternatif (BA) akan meneruskan pendekatan karut-marutnya untuk menganjurkan kembali perhimpunan K.O.T.O.R. nya dengan tujuan agar mereka dapat menghasut pemikiran anak-anak muda untuk menentang undang-undang kerajaan dan seterusnya, akan menggelapkan masa depan anak muda itu sendiri.

Sikap keegoaan pemimpin-pemimpin BA pada perhimpunan @ rusuhan yang lepas terserlah, bagai a***** yang terlepas sangkar. Kononnya ingin menuntut hak tetapi terang-terangan isu-isu telah ditimbulkan oleh mereka itu memberikan gambaran negatif tentang negara Malaysia kepada Negara luar.

Persoalannya, di manakah sebenarnya teras dan perjuangan Melayu dan Islam yang selama ini mereka perjuangkan? Adakah sudah terhapus dimakan dek pemimpin-pemimpin yang ‘toghut’? Kenapakah perlu menglibatkan golongan muda? Ini kerana kedudukan parti mereka yang semakin tersepit dan terdesak di samping kemuflisan isu untuk menghentam kerajaan.

Jika perhimpunan K.O.T.O.R. ini terus berlaku, hancurlah masa depan golongan muda sebagai penyambung kepimpinan. Ini membuktikan BA sengaja ingin mengubah imej baru dengan mencipta kepuasan dan keseronokan kepada perbuatan melulu dan gesaan yang tidak praktikal serta tidak masuk akal sehingga boleh menghancurkan Negara sendiri demi kepentingan politik KOTORnya.

Remaja sekarang mudah terkeliru dengan agenda-agenda pemimpin toghut ini. Penulis pernah bersama seorang remaja daripada Kelantan Darul Pas a.k.a Naim, yang telah terpedaya dengan kata-kata seorang yang dianggap idola terutama yang berpakaian serban jubah.

Maka setiap apa yang dikatakan oleh Pak Aji itu, remaja itu terus percaya. Remaja itu pun berkata “takkanlah tergamak kot Pak Aji tu, orang punya alim, warak nak menipu orang”. Pemahaman beginilah merisaukan banyak pihak kerana mudah terpedaya dengan faktor luaran seseorang yang dianggap alim dan kuat Agama Islamnya.

Tidak perlu terpedaya dengan orang yang kita anggap alim, pakai serban serta jubah kerana mereka juga boleh melakukan kesilapan-kesilapan besar yang boleh memudaratkan masyarakat Islam. Fikirkanlah, jika perkara yang baik harus dipelihara, sedang perkara yang bertentangan dengan agama Islam haruslah ditinggalkan

Inilah tradisi BA terutamanya puak-puak Pas, yang bijak memperbodohkan golongan muda dengan laungan takbirnya dengan beranggapan itu adalah laungan keramat semata-mata kerana agama Islam. Ini membuktikan kerakusan Pas untuk menjana pendekatan politik sempit terhadap golongan muda untuk mencapai kemenangan.

Tindakan terbaru puak-puak BA pada perhimpunan BERSIH tapi yang sebenarnya KOTOR itu amat memalukan dan tidak rasional berbanding kelantangan mereka yang kononnya bersikap professional dan berjuang atas landasan Islam.

Dalam hal ini, SPR jelas dijadikan bahan mainan Pas bagi melepaskan kegeraman dan kekecewaan mereka berhubung beberapa peraturan baru yang diperkenalkan oleh SPR yang dianggap tidak menyebelahi mereka.

Pada hemat penulis, kepada semua yang tidak sealiran dengan mereka (BA) dijadikan mangsa pelbagai kecaman termasuklah badan kehakiman, institusi raja-raja, pihak polis dan pelbagai lagi yang hanya menunggu masa dan ketika.

Penulis berani berkata Pas dan Keadilan tidak akan berjaya sampai bila-bila. Pada mereka apa sahaja perkara tidak elok yang menimpa mereka adalah ujian tapi bila sesuatu yang kena pada UMNO ia ditafsirkan sebagai bala dan malapetaka.


APA YANG TERBUKU TELAH DILUAH SEKIRANYA TERKASAR MAAF DIPINTA KUAKHIRI DENGAN DOA YANG DIAJAR OLEH RASUL KITA MUHAMMAD S.A.W.


YA ALLAH TUNJUKKAN AKU KEBENARAN SEBAGAI KEBENARANDAN BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGIKUTINYADAN TUJUKKANLAH AKU KEPALSUAN SEBAGAI KEPALSUAN
DAN BERIKANLAH AKU KEKUTAN UNTUK MENINGGALKANNYA

Wednesday, November 14, 2007

Demonstrasi BERSIH – Pembangkang Makin Menyerupai Orang-orang Kafir


Sayang seribu kali sayang, kita sedia maklum majoriti pembangkang yang mengikuti demonstrasi sabtu lalu adalah aktivis-aktivis Islam. Mengapa perlu mereka berbuat demikian? Mana ciri-ciri yang ada pada mereka dikatakan Islam dan atas dasar apa mereka melakukan perkara begini?

Apakah berdasarkan dalil ataukah berlandaskan syubhat (kekaburan pemahaman)? Pada pemahaman penulis, wujudnya rakyat jenis begini adalah disebabkan kekurangan kesedaran mereka pada peringatan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, junjungan mereka, iaitu larangan menyerupai orang-orang kafir.

Beliau mengabarkan : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka mereka termasuk kaum tersebut.” Telah diterangkan lagi oleh Syaikh Al Albani hafidhahullah bahawa sesiapa yang menghadiri demonstrasi ini, adalah termasuk bentuk tasyabuh (penyerupaan) kepada orang kafir.

Di dalam hukum Islam, demonstrasi BERSIH ini boleh dilabelkan sebagai demonstrasi liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Pengharamannya dalam Islam berdasarkan pada fakta di mana ia disertai dengan aktiviti yang diharamkan seperti menganggu lalu-lintas, menganggu ketenteraman awam yang sengaja ingin memecahkan perpaduan serta keharmonian Negara demi kepentingan politik dan peribadi pembangkang sahaja.

Di dalam Muzhaharah ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu. Namun penulis tidak menolak bahawasanya di dalam Islam mempunyai tata cara menasihati tetapi tidak perlulah menampakkan kata-kata yang jelek terhadap pemimpin di depan khalayak ramai yang seakan-akan hendak mengaibkan pemimpin berkenaan demi kepentingan peribadinya sahaja.

Oleh itu, rakyat janganlah tertipu dengan ajakan dalang yang melakukan demonstrasi ini, walaupun timbul dari niat yang baik untuk menegur pemimpin. Di sini, terbukti bahawasanya pemimpin pembangkang adalah dalang kepada demonstrasi ini, jelas telah melakukan kekeliruan besar kerana tidak menelusuri jalan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di dalam merubah keadaan masyarakat.

Pembangkang haruslah mengikut syariat Islam yang mengajarkan ketenangan dalam hidup dan tidak ada dalam aturan Islam sesiapa yang ingin merubah keadaan masyarakat dengan cara bergerombol-gerombol, berteriak-teriak, dan demonstrasi (tunjuk perasaan).

Dengan ini penulis dapat ringkaskan, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang terjadi di dataran merdeka anjuran BERSIH dan adil adalah penyimpangan dari jalan kaum Mukminin dan tasyabuh (menyerupai) golongan kafir.

Sesungguhnya Allah telah berfirman (yang artinya) : “Barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang Mukmin, Kami biarkan dia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam neraka Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (An Nisa’ : 115)

Cukuplah penulis katakan aksi demonstrasi ini menunjukkan kebodohan pembangkang terhadap fiqih Islam dan telah membuktikan selama ini, pemimpin mereka hanya bermuka-muka memahami erti Islam tetapi jahil pada erti Islam yang sebenar.

Monday, November 12, 2007

Anjing-anjing Jalanan


Sebagai rakyat, penulis terkilan akan tindakan para pengikut pembangkang di mana di lihat sengaja mengadakan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram anjuran BERSIH dan adil yang telah mengundang anggapan yang negatif Negara luar terhadap Malaysia yang terkenal dengan keamanan dan perpaduan yang erat antara kaum.

Demonstrasi ini juga sengaja mengheret institusi raja dalam kancah politik melalui penyerahan memorandum kepada Istana Negara dan tindakan ini adalah disisi undang-undang kerana Yang di-Pertuan Agong adalah institusi berkecuali dan tidak boleh diperalatkan mana-mana pihak.

Perbuatan mereka ini telah menjejaskan keamanan Negara dan perpaduan antara kaum yang telah diterapkan selama 50tahun oleh kerajaan. Selain itu, ia menunjukkan pembangkang yang semakin terdesak dan terpaksa berbuat apa saja untuk menarik sokongan rakyat sehingga sanggup menghina institusi raja.

Apa yang penulis boleh andaikan disini, pembangkang sudah terdesak akan pilihanraya yang semakin hampir dengan harapan masyarakat luar akan membenci kerajaan pimpinan Pak Lah. Tetapi mereka silap kerana tindakan mereka ini akan membangkitkan perasaan benci masyarakat Malaysia kerana menganggu keamanan Negara yang aman dan damai setelah sekian lamanya.

Kejahatan pembangkang tidak ubah seperti perbuatan anjing-anjing jalanan yang tidak bertanggungjawab yang telah mencabar Perlembagaan Negara dimana perlu dielak daripada berulang agar tidak menjejaskan kestabilan Negara.

Kenapakah pembangkang memilih kearah demonstrasi yang membebankan rakyat dan Negara? Penulis percaya, Negara ini mempunyai banyak saluran untuk menyalurkan pandangan atau cadangan dan tidak perlulah kerana tidak berpuas hati, institusi raja diheret dalam kancah politik kotor pembangkang ini.

Jika benarlah pemimpin-pemimpin pembangkang ingin memerintah Negara, bertandinglah secara demokrasi melalui pilihanraya dan tidak perlulah melibatkan institusi raja kerana ia perlu dihormati seperti termaktub dalam perlembagaan Negara.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlulah mengambil iktibar daripada keruntuhan beberapa Negara dunia akibat tiada sifat menghormati pemimpin dan banyak Negara jatuh atau hancur kerana perbuatan seperti ini.

Beginilah kejahatan pembangkang yang sudah terdesak sehingga sanggup mereka-reka isu tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat dan seterusnya, memalukan Negara ini kepada masyarakat antarabangsa yang sedia maklum akan keharmonian Malaysia dengan melakukan demonstrasi jalanan ini.

Pemikiran jahat pembangkang inilah, kita sebagai pemudaberani perlu sama-sama berganding bahu bagi mengubah pemikiran anjing-anjing jalanan ini bagi mewujudkan masyarakat yang lebih terjamin hidupnya dimasa akan datang.

Monday, October 29, 2007

Penentu Nasib Si Pondan Tua…

Apakah nasib Anwar selepas ini? Satu soalan yang perlu dijawab oleh pro-pro pembangkang yang taksub pada kepimpinan si pengelat ini yang terkenal dengan pelbagai helah dan taktik kotor untuk meraih undi rakyat yang kian terkubur pada partinya.

Umum sedia maklum berkenaan klip video perbualan seorang peguam dan seorang hakim negara. Penulis beranggapan klip video ini sengaja direka Anwar bagi mengaburi mata rakyat jelata yang rata-ratanya terpedaya dengan percakapan petahnya.

Anwar layak digelar sebagai “pondan tua” dan anggapan penulis ini memang layak diberikan padanya kerana perwatakan beliau yang “aaw ,aaw” didalam satu video klip keluaran RTM tidak lama dahulu, yang menayangkan perbuatan si ‘pondan tua‘ ini menari sakan di dalam satu majlis.

Naluri si ‘pondan tua’ ini yang terkenal dengan sifat penakutnya terbukti, apabila berhadapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada pertemuan pertama yang terlalu ketara, apabila BPR meminta bukti yang sahih mengenai isu klip video perbualan seorang peguam kanan dan seorang hakim.

Di dalam pertemuan itu, kedegilan dan sifat penipu Anwar terserlah apabila beliau gagal mengemukakan klip video yang asal selama lebih kurang 14 minit kepada BPR dengan alasan tunggu dan lihat sahaja.

Untuk menutup helah beliau yang kian terkupas, perjumpaan kedua telah dirancang oleh Anwar dengan tujuan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat padanya tetapi hanya sia-sia apabila BPR tidak dapat hadir kerana ada tugas yang lebih penting daripada melayan karenah si ‘pondan tua’ yang menggedik tidak tentu hala.

Kelmarin, BPR telah menyerahkan laporan hasil kajian seorang pakar tempatan mengenai ketulenan klip video kepada panel bebas yang akan bermesyuarat bersama untuk menentukan nasib si ‘pondan tua’ ini.Usaha BPR ini harus dipandang tinggi kerana berusaha mengkaji kesahihan klip video tersebut walaupun ia telah disunting oleh Anwar sendiri.

Anwar semakin berani mencabar undang-undang dan tindakan perlu diambil keatas Anwar kerana gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan BPR dengan sengaja menyembunyikan bukti klip video yang asal untuk kepentingan politik semata-mata.

Penulis hairan, kenapakah Anwar tidak mengemukakan klip video yang asal? Kenapakah Anwar bersikap begini apabila berhadapan isu yang boleh menjatuhkan maruah Negara sendiri? Kenapa perlu takut kalau benarlah beliau di pihak yang benar?

Benarlah kata pepatah ‘berani kerana benar, takut kerana salah’. Penulis pasti hak - hak keistimewaan orang Melayu akan gugur dan kepentingan kaum Melayu dihapuskan apabila Anwar memerintah kelak dan memandangkan demokrasi menyeluruh adalah pegangan Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Mampukah Parti Keadilan Rakyat Malaysia memjaga hak orang - orang Melayu dalam kedudukan mereka yang dipimpinan oleh pemimpin dari berbagai kaum? Ini adalah satu persoalan penting yang harus kita perbincangkan sebelum kita membuat keputusan dalam memilih kepimpinan dan parti memerintah.

Wednesday, October 10, 2007

Perangkap Perkauman


Penulis telah menganalisa di antara punca-punca yang menimbulkan perasaan perkauman di Malaysia adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang membuak di kalangan puak-puak anti-kerajaan yang hanya bertujuan ingin mendapatkan lebih banyak kuasa dalam politik dan ekonomi.

Hakikatnya matlamat puak-puak anti-kerajaan ini adalah sama di mana cuba menggerakkan kempen berbentuk sentimen perkauman yang pasti mengundang perbalahan dan seterusnya rakyat dipecah-pecahkan mengikut kaum,agama dan kebudayaan.

Pada dasarnya, puak-puak ini menggunakan kaedah politik yang sama dengan menggunakan pengalaman pilihanraya umum yang lalu sebagai bahan rujukan. Ini dapat dibuktikan dengan pemikiran kotor puak-puak ini untuk menggunakan sentimen perkauman bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Persoalannya, siapa pencetus kepada isu perkauman ini?

Disini, kita dapat melihat dua puak yang terlibat. Bagi penulis, puak-puak ini ada hubungkait dengan perkara ini. Dalam usaha untuk menarik sokongan rakyat, Pas dan DAP hari ini dapat dilihat ingin memerangkap rakyat yang buta politik kepada sentimen berbentuk perkauman dimana teringin melihat perbalahan di antara kaum di Malaysia.

Penulis ingin mengimbau pada tahun 1999, prestasi DAP merudum setelah menjalinkan kerjasama dengan Pas menerusi pakatan yang dinamakan ‘Barisan Alternatif’ (BA) atau dikenali ‘barisan anjing’, maaf kasar bahasa dan pada tahun 2004 prestasi parti mereka pulih semula setelah menarik diri daripada pakatan tersebut.

Ini membuktikan pada kita, kedua-dua parti ini semakin hari semakin parah dalam arena politik dimana saling menuduh satu sama lain. Pas seolah-olah mahu menunjukkan mereka tidak sehaluan dengan DAP dan begitulah sebaliknya DAP ingin menonjolkan mereka tidak lagi sebulu dengan Pas.

Berbalik pada pemecahan antara DAP dan Pas, di antara puncanya adalah disebabkan Pas yang tidak berpuas hati akan undian rakyat yang melebihkan DAP daripadanya. Pas menyifatkan DAP dalam diam menikam dari belakang dengan mencuri idea sebenar Pas iaitu menggunakan sentimen perkauman yang dipercayai dapat meraih undi rakyat yang banyak, seterusnya dapat merealisasikan impian Pas yang ingin menubuhkan kerajaan olok-olok ala Islamik.

Dengan tertubuhnya parti baru yang ditubuhkan oleh Datuk S Nallakarupan, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) tidak mustahil Pas dan DAP akan memperalatkan parti ini sebagai alat untuk memancing undi kaum India pula.

Oleh itu, kita dapat menganggap hasrat parti pembangkang untuk menerajui kerajaan jika menang pada pilhan raya umum akan datang sebagai sesuatu yang hanya ‘indah khabar dari rupa’.

Inilah stail pembangkang. Lebih label dari isu. Lebih sudu dari kuah. Alih tak alih DAP dan rakan sekutunya hanya bersuara apabila terdapat sesuatu isu yang menyentuh kepentingan mereka dan akan mendiamkan diri apabila melibatkan kaum mereka.

Perlu diingat mempertahankan hak bukanlah perkauman kerana mempertahankan hak seperti mempertahankan kedaulatan negara. Kita perlu berada di atas prinsip, begitulah di dalam BN jika masalah melibatkan kaum Cina kita akan merujuk kepada MCA, jika timbul isu kaum India kita akan rujuk MIC dan begitulah jika timbul isu Melayu perkara itu akan dirujuk pada UMNO.

Monday, October 8, 2007

Keuntungan Petronas untuk semua


Petronas yang juga dikenali Petroliam Nasional Berhad, ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 dan dibariskan di kalangan Fortune Global 500’s syarikat yang mencari gali minyak dan memproses gas yang terbesar di dunia.

Sejak penubuhannya, Petronas adalah salah satu syarikat yang membanggakan dimana telah banyak menyumbangkan hasil perolehannya kepada kerajaan dan seterusnya rakyat. Salah satu punca keuntungan petronas terbukti dengan peningkatan kadar harga minyak mentah di pasaran dunia.

Untuk pengetahuan anda, harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita, walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak.

Sebagai kerajaan, Kerajaan sedang merangka kaedah yang lebih baik bagi memastikan bahan petrol seperti diesel dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak dengan memastikan harga produk petroleum rendah dan memberi pengecualian cukai jualan serta subsidi kepada semua pengguna bahan petroleum (petrol, diesel dan gas memasak).

Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalah antara terendah di dunia. Namun begitu perlu diingat, bahawa kerajaan beroleh keuntungan dari kenaikan harga minyak pada jangka pendek sahaja.

Pada jangka sederhana, kenaikan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia dan sebagai sebuah ekonomi terbuka, eksport kita akan merosot. Hasil negara akan berkurangan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu dalam jangka sederhana, kenaikan harga minyak sebenarnya tidak menguntungkan kerajaan sebenarnya.

Tidakkah pembangkang terfikir dalam budget negara, separuh daripada keuntungan petronas digunakan untuk dinikmati bersama rakyat?

Sebagai contoh, sudah berpuluh tahun Petronas menaja pelajar-pelajar bumiputera yang miskin melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara. Seterusnya ia telah mengeluarkan graduan yang dapat mengeluarkan keluarga mereka dari paras kemiskinan.

Selain itu, anak-anak syarikat Petronas juga saban tahun menghulurkan bantuan secara langsung kepada fakir miskin dan daif melalui system zakat. Ini menunjukkan Petronas sangat mementingkan kebajikan rakyat dimana keuntungannya dikongsi bersama.

Dan, keuntungan petronas juga disumbangkan untuk pembangunan negara seperti KLCC, Putrajaya, KLIA, Sepang dan tidakkah pembangkang terfikir, adakah pembangunan yang disebut dapat dibina jika setiap rakyat diberi RM2000 seorang?

Penulis berasa pembangkang ghairah mendangkal isu ini adalah disebabkan wang, dan terbukti, pembangkang kini sangat terdesak untuk menyelamatkan partinya daripada terkubur dengan mengharap wang yang akan diberi nanti akan diberi kepada ahli-ahlinya, seterusnya dapat meminta wang tersebut daripada ahli-ahlinya untuk dana parti.

Benarlah pandangan penulis, pemikiran puak-puak pembangkang hanya berfikiran jumud; tidak mahu memandang ke hadapan serta tidak mahu melihat anak bangsa sendiri maju dan hanya menunggu wang datang bergolek depan mata seolah-olah jatuh dari langit.

Inikah yang dinamakan parti Islam? Adakah Islam mahu umat sebegini? dan jika ini berlaku selama itulah Malaysia tidak akan dikenali di dunia.

Peranan utama PETRONAS adalah mengurus dan mengekalkan sumber minyak dan gas negara kita. Bagi mencapai matlamat ini, keuntungannya dilaburkan semula untuk kegiatan carigali baik dalam negeri dan luar negeri. Keuntungannya juga dibelanjakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Sebenarnya, sumbangan PETRONAS kepada hasil negara adalah mencukupi untuk membiayai sepenuhnya subsidi pengeluaran petroleum. Namun begitu, perbelanjaan subsidi adalah perbelanjaan hangus. Walaupun Kerajaan boleh membiayai sepenuhnya subsidi yang kian meningkat tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik kerana akan menjejaskan pelaksanaan program lain yang lebih produktif.

Sebagai contoh, subsidi sebanyak 6.6 billion pada tahun 2005 merupakan 7.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus dan ia merupakan 23.3 peratus daripada perbelanjaan pembangunan tahun 2005. Jika kos membina sebuah sekolah menengah adalah RM11 juta, jumlah ini dapat membina 600 buah sekolah.

Selain itu, kehilangan hasil sebanyak RM7.9 bilion pada tahun 2005 akibat daripada pengecualian cukai telah menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan untuk di salurkan kepada rakyat. Kehilangan hasil berjumlah RM7.9 bilion ini jika dikutip, dapat membina 316,000 buah rumah kos rendah untuk golongan yang tidak berkemampuan dan ini menunjukkan kerajaan tersangat mengambil berat kepada rakyatnya.

Dalam menghadapi isu subsidi produk petroleum serta kaitannya dengan kedudukan kewangannya, Kerajaan telah memilih jalan tengah dan merupakan pilihan terbaik agar rakyat dapat berkongsi sedikit keuntungan petronas bersama kerajaan iaitu:

Menaikkan harga sedikit seperti keadaan sekarang.Jurang di antara harga pasaran dan harga subsidi dapat dikurangkan. Ini bererti sebahagian kenaikan dipindahkan kepada pengguna dan sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi.

Tanggungan subsidi juga dapat dijimatkan dan penjimatan itu dapat membiayai perbelanjaan yang lebih produktif. Kenaikan harga secara sederhana tidak akan memberi kesan mengejut kepada rakyat dan memberikan ruang untuk rakyat dan pengguna membuat penyesuaian sewajarnya dalam perbelanjaan mereka.

Berikutan dengan kenaikan harga minyak, rakyat sendiri perlu sedar dan perlu bertindak bijak dalam berbelanja. Oleh itu, dari segi penggunaan minyak, dengan merancang perjalanan lebih awal, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam, perbelanjaan ke atas minyak boleh dikurangkan.

Rakyat negara ini wajar menyokong usaha Kerajaan berhubung dengan penggunaan tenaga secara berhemat. Pembangkang tidak usahlah mengaitkan para pemimpin UMNO dengan isu ini dimana puak-puak ini hanya bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat yang teringin melihat rakyat dan juga Kerajaan berbalah.

Seterusnya tercapailah cita-cita puak ini untuk mewujudkan kembali suasana reformasi seperti seakan-akan yang berlaku baru-baru ini di Terengganu. Begitulah slogan Pas khususnya yang harus diperbetulkan disini, “Pas parti bahaya, rakyat Malaysia jangan terpedaya!”.

Wednesday, October 3, 2007

SKIM PELUANG KEDUA – PINJAMAN PELAJARAN UNTUK GOLONGAN BELIA

Dewasa ini pelbagai gejala-gejala sosial seperti dadah, bohsia, mat rempit dan segala gejala negatif semakin menjadi-jadi di negara kita dan adakah kita pernah terfikir bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini agar setiap masa yang terluang oleh golongan muda ini ditumpukan untuk menimba pengetahuan lantas dengan sendirinya masalah lepak dan berpeleseran dapat dibendung.


Konsep peluang kedua ini merupakan cetusan minda bagi membantu golongan muda dengan memberi peluang pendidikan dan dalam masa yang sama ia menjamin peluang kerjaya khasnya kepada mereka yang mendapat keputusan minimum tetapi masih mempunyai minat yang mendalam untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut Pengerusi Putera UMNO Datuk Abdul Azeez satu inisiatif telah dijalankan bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini serta skim ini adalah untuk remaja yang berumur 18 hingga 25 tahun.

Golongan-golongan remaja diharap tidak akan melepaskan peluang keemasan kerana akan diberi kemudahan untuk belajar dan juga bantuan kewangan serta akan didaftarkan di dalam skim yang di anjurkan oleh Majlis Latihan Vokasional dan Kementerian Belia dan Sukan.

Objektif program ini adalah untuk membantu serta meningkatkan taraf sosio ekonomi anak Melayu seiring dengan kepesatan pembangunan negara. Program ini juga merupakan keutamaan Putera UMNO bagi memastikan setiap peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk anak bangsa yang mendapatkan ilmu pendidikan digunakan sepenuhnya oleh golongan muda ini tanpa dipersia-siakan.

Sebagai usaha membantu golongan ini berubah sikap lebih 6,000 mat rempit akan dhantar keluar negara untuk bekerja dalam pelbagai bidang selepas mengikuti latihan-latihan di kolej tertentu anjuran Putera UMNO.

Dalam program kedua ini kursus-kursus yang ditawarkan memang mempunyai banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang terlibat dalam kerana kursus yang ditawarkan adalah seperti kursus automotif, kursus perhotelan dan juga kursus kejururawatan.

Peluang ini diambil berdasarkan dua permintaan dari luar negara iaitu di Timur Tengah dan Australia yang memerlukan khidmat lelaki muda untuk memberi perkhidmatan dalam bidang tertentu.

Dimana negara-negara Timur Tengah meminta agar lebih kurang 5,000 orang untuk bertugas sebagai jururawat di hospital manakala yang selebihya seramai 1,500 sebagai pengimpal kapal.Ini merupakan peluang baik kepada golongan rempit yang lebih gemar melepak,berlumba haram tanpa mengira masa.

Perkara yang paling penting sekali ialah terletak kepada mat rempit itu terlebih dahulu kerana mereka perlu ada keinginan yang menebal untuk berubah dan memikirkan masa depan mereka akan tetap gelap jika memilih cara hidup yang tidak sihat.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman http://www.puteraumno.net/peluangkedua/ atau hubungi En. Sharol di talian 012-6925589.

Wednesday, September 26, 2007

Beraninya Mat Sabu Menegur Polis…


Peranan polis telah wujud sejak adanya undang-undang di zaman kesultanan Melaka dan merupakan undang-undang yang terawal di Malaysia. Polis adalah satu organisasi pasukan keselamatan dan terdapat pelbagai jabatan didalam ditubuhkan khas untuk membanteras jenayah di Malaysia.

Di bawah jabatan siasatan jenayah, polis bertanggungjawab dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah keganasan terhadap manusia dan harta benda. Tidak hairanlah jika polis melibatkan diri dalam kes rusuhan di Terengganu baru-baru ini.


Namun, naib presiden Pas, Mat Sabu @ Mat Penyapu masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian kes isu rusuhan ini dan mendakwa pihak polis adalah dalang yang tidak bertindak professional sebagai pasukan keselamatan pada isu rusuhan ini.

Apa yang hendak ditegaskan bahawa kadar jenayah di Malaysia menurun sebanyak 8.3 peratus dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Ini menunjukkan pihak polis mesra, cepat, betul serta adil dalam membanteras jenayah yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bermoral yang terdiri daripada pembangkang.

Walaubagaimanapun, dasar pembangkang di Malaysia memang tidak ubah seperti ‘tin kosong’ bercakap besar tetapi percakapan mereka semua itu tidak berilmu dan tidak boleh diguna pakai.

Pada perjumpaan baru-baru ini, berhubung isu tragedi Batu Burok yang dihadiri oleh Mat Sabu di Kuala Nerus, beliau menyatakan Pemuda Umno adalah musuh mereka dan polis adalah barua UMNO.

Penulis hendak menegaskan bahawa dalam isu ini, polis telah bertindak secara rasional dengan menangkap segelintir orang awam yang rata-rata tergolong daripada pembangkang. Tiada anasir-anasir luar yang terlibat atau mencampuri urusan pihak polis dalam kejadian ini mahupun Pemuda Umno.

Setelah siasatan terperinci oleh polis, ternyata tohmahan Mat Sabu ke atas Pemuda Umno sebagai pencetus rusuhan adalah kata-kata dusta yang bersifatkan hasad dengki. Malah tindakan Pemuda Umno harus di puji dan paling Berani dengan melaporkan kejadian sebenar kepada polis bertujuan hendak menegakkan keadilan orang-orang awam yang teraniaya oleh perbuatan penyokong pembangkang.

Rentetan isu rusuhan yang terjadi di Batu Burok, Terengganu; dimana fungsi parti Pas sebenarnya? Untuk membendung dan menyelesaikan masalah? Di mana prinsip parti Pas sebenarnya? Adakah hanya tunggul kayu yang hanya melihat penyokongnya sendiri membuat salah?

Meskipun isu-isu yang dilihat memberi impak negatif kepada UMNO/BN dan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang semakin menonjol dan jumlahnya kalau dikira bertambah banyak, tetapi saya masih merasakan ia tidak cukup untuk mencetuskan satu sentimen menyeluruh di kalangan pengundi untuk menolak UMNO/BN.

Dalam masa yang sama, Mat Sabu berangan-berangan ingin menubuhkan sebuah negara demokrasi tulin di bawah jajahan Pas, namun penulis tersenyum sendirian dan tertanya-tanya beberapa persoalan.

Apakah yang difahami Mat Sabu berkenaan demokrasi tulin? Apakah bukti bahawa Pas mengamalkan demokrasi di dalam partinya? Adakah sekadar amalan demokrasi ini bagai batuk di tangga, sekadar untuk melepaskan hajat untuk menang dalam pilihanraya?

Penulis percaya di dalam Pas mereka hanya mengamalkan kepercayaan sesame mereka sendiri(jumud) dan enggan sama sekali mendengar pandangan individu lain mengenai partinya jika berlawan daripada perjuangan parti yang kononya mengikut ajaran Islam.

Pemerintahan demokrasi yang tulen adalah suatu pemerintahan yang benar-benar melaksanakan kehendak rakyat yang sebenarnya dan penafsiran atas demokrasi akan berubah menjadi suara terbanyak dari rakyat yang ramai.

Berbalik kerajaan Pas di Kelantan, jika benar Pas mengamalkan demokrasii, amalan demokrasi tidak asli lagi, kerana Pas tidak dapat melaksanakan kehendak seluruh rakyat. Dalam hal ini, terbukti demokrasi telah disalahgunakan oleh para pemimpin Pas untuk memperoleh pengaruh pada pemerintahan negara, dengan memperalatkan dan menganiaya rakyat Kelantan untuk menyokong perjuangannya dengan janji-janji yang sentiasa tidak ditunaikan.

Demi menjaga kesejahteraan, maka membuat sebarang janji hendaklah ditepati. Menepati janji itu adalah tuntutan syara‘, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”.
(Surah Al-Isra’: 34)

Hal ini dijelaskan lagi oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dalam firmanNya:
Tafsirnya: “Dan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah: 177)

Ini bererti mungkir janji atau sengaja tidak mahu menyempurnakan janjinya di mana orang sedemikian tergolong dalam golongan orang-orang munafiq. Munafiq juga adalah satu sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat. Hal orang munafiq ini telah ditegaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:
Maksudnya: “Dari tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga iaitu jika dia bercakap dia berbohong dan jika dia berjanji dia mengingkari janji dan jika diamanahkan dia khianat”.
(Hadis riwayat Muslim)

Demikian, keburukan orang-orang yang sengaja mungkir janji sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Qur‘an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ternyata kata-kata Mat Sabu @ Mat Penyapu dan para pemimpin Pas yang lain sentiasa tidak relevan serta dusta demi kepentingan politik sahaja.

Thursday, September 20, 2007

Pas Semakin Tidak Berprinsip!!!

Penulis sangat bersemangat menulis tentang pemimpin Pas yang semakin galak menipis maruah Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan terbukti bahawa pemimpin Pas kini sudah terpesong daripada prisip perjuangan Islam yang didukunginya.

Penulis hendak mempersoalkan dengan persoalan ‘apakah prinsip sebenar parti Pas’ dan persoalan sebeginilah yang mesti difikirkan oleh para pemimpin Pas yang kian terlanjur menggunakan muslihat kotor dalam politik dan berpura-pura kononnya pemimpin yang Islamik di mata masyarakat.

Kejahilan para pemimpin Pas dalam bab kemaafan dan tidak berdendam(artikel pembangkang) membuat penulis diterjal persoalan; dimana maruah pemimpin Pas yang dulunya berpegang pada prinsip mendidik dan membina individu-individu, masyarakat dan negara supaya menjalani kehidupan seharian berpaksikan tauhid.

Semenjak dari penubuhannya lagi, Pas telah mencanangkan penubuhan sebuah negara Islam. Kini, setelah hampir 50 tahun bergerak sebagai sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, konsep negara Islam ala Pas ini masih kabur dan fantasi semata-mata.

Terbukti para pemimpin Pas kini masih mempunyai pemikiran, perangai, perspeksi yang jahat terhadap kerajaan UMNO/BN dan Inilah mainan politik BA terutamanya Pas yang boleh menghancurkan negara. Cuba bayangkan sekiranya ditakdirkan Allah, pemerintahan negara jatuh ke tangan golongan-golongan 'haprak parpu' (BA) ini. Belum apa-apa sudah mula berebut pahaman yang harus dibawa.

Yang membezakan di antara kesemua itu hanyalah Ilmu dan hidayah kebenaran yang diberikan oleh Allah dan ternyata para pemimpin Pas tidak boleh menerima kenyataan dan tidak menerima kebenaran yang dibawa oleh dalil-dalil yang dikemukakan di dalam Al-Quran dan hadis yang hanya ‘jumud’ terhadap pandangan ‘golongan sendiri’.

Pas yang kononnya parti Islam tetapi sewenang-wenangnya menggunakan perkataan-perkataan yang menghina terhadap musuhnya seperti taghut, firaun dan sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang mudah terpengaruh dan tercetuslah apa yang dikatakan rusuhan.

Akibatnya, tokoh-tokoh agama, para ulama, para ustaz di bawah naungan Pas tanpa segan silu lagi membelakangkan prinsip hidup Islam dengan mengatakan orang ini tidak betul dan orang itu salah. Tidak salahlah kita menyalahkan parti Pas adalah pencetus sebenar isu rusuhan yang berlaku di Terengganu baru-baru ini.

Penulis berasa, di dalam Islam, jahat dalam politik sama sahaja jahat di luar politik. Malah jahat Pas dalam politik mengakibatkan bangsa rosak, negara kucar-kacir dan agama dipesongkan sesuka-hati sedangkan jahat di luar politik, paling memuncak jahat seseorang itu bersifat individu yang memberi kesan tidak menyeluruh seperti rompakan dll.

Tapi bagaimana dikatakan Pas jahat di dalam politik? Bukan sahaja rakyat menjadi mangsa Pas (tahun 2004 menyebabkan Kelantan mencatat kadar tertinggi kemiskinan) sebaliknya satu negara, tergadainya maruah bangsa, hinanya agama rasmi, rosaknya kedaulatan undang-undang, terlucutnya kuasa raja-raja dan lain-lain lagi.

Setelah pelbagai pembohongan Pas didedahkan oleh pemimpin, media dan penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), sedikit demi sedikit hasutan yang dipupuk oleh Pas telah terhakis dan masyarakat mula sedar akan penipuan besar yang cuba dibawa oleh Pas.

Hingga hari ini, Islam sebagai Ad-din hanyalah slogan politik Pas. Kalau perjanjian untuk menegakkan Islam sebagai Ad-din pun mereka enggan tandatangani, bayangkan pula perjanjian-perjanjian lain. Pas adalah parti yang memperalatkan Islam untuk kepentingan politik.

Terbukti rakyat negeri Kelantan sudah serik berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas sejak hampir 17 tahun lalu dan penulis mendapat khabar rakyat negeri itu sendiri mengaku mereka tidak mahu lagi mengundi Pas sebaliknya ingin kembali ke pangkuan jalan dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Al-Quran tidak melarang kita berbeza pendapat. Hadis juga tidak melarang, tetapi kedua-duanya melarang kita berpecah-belah. Tetapi Pas masih ingin menyalahkan kerajaan UMNO/BN dalam mentadbir kerajaan. Pas sentiasa mahu menegakkan benang basah seolah-olah suara mereka lebih lantang dari suara-suara ulama yang diiktiraf.

Kerajaan BN melalui UMNO telah menyediakan landasan yang lengkap untuk umat Islam mendalami ilmu agama Islam dan mengamalkannya tanpa sebarang halangan. Tidak akan ada kemenangan tanpa kekuatan. Tidak ada kekuatan tanpa kesatuan dan tidak ada kesatuan tanpa silaturrahim. Demikianlah yang dikatakan ‘Pas semakin tidak berprinsip’.

Tuesday, September 18, 2007

Pas Hipokrit Dalam Isu Penyokongnya Membakar Jalur Gemilang

BENDERA adalah panji diri sesebuah negara. Ia juga adalah panji kepada sesuatu bangsa. Maruah dan kehormatan bangsa dan negara itu terletak kepada bendera. Bendera menjadi lambang kepada bangsa dan negara.

Minggu lepas, kejadian bakar bendera yang berlaku di Pantai Batu Burok telah dieksploit sepenuhnya oleh Pas bagi menuduh kerajaan UMNO/BN tidak bertanggungjawab sedangkan individu terbabit sudah pun diberkas dan pihak polis telah memastikan individu yang terbabit adalah dikalangan seorang penyokong pembangkang atau orang awam antara pencetus provokasi yang mengundang kebencian rakyat serta pemimpin kerajaan atas tindakannya.

Malah yang menimbulkan kemusykilan ketika mana individu tersebut sedang membakar bendera Malaysia, beliau sama sekali tidak dihalang oleh rakan-rakan seperjuangannya,Pas malah mereka seolah-olah membutakan mata setelah mengetahui rakannya sendiri yang membakar.

Kenapa situasi ini terjadi? Apakah dalam parti Pas jika penyokongnya membuat kesalahan, ia dibiarkan dan hanya melihat kerana takut untuk menegur sesame sendiri kerana khuatir akan menjejaskan sokongan individu terbabit untuk terus menyokong Pas dan untuk mengelakkan perbalahan dalaman.

Mengapa ini terjadi? Teguran itu adalah sebaik-baik nasihat kerana ia adalah suatu perkataan yang harus di terima secara terbuka tanpa menyimpan perasaan dendam tetapi sukar untuk diamalkan oleh penyokong-penyokong Pas.

Terbukti di dalam Pas budaya ini tidak diamalkan malah ia semakin terkubur di mana di dalam parti Pas suasana masyarakat lebih mementingkan di sendiri dan apabila timbulnya sesuatu masalah besar akibat pengabaian budaya menegur ini maka masing-masing saling menuding jari terhadap orang lain tanpa mengakui kesilapan diri-sendiri.

Sebab itulah antara punca tingkatnya kadar jenayah pada hari ini akibat masing-masing tidak menghiraukan kelakuan negative yang dilihat dan hanya berpeluk tubuh sehingga terhindarnya rasa tanggungjawab seseorang terhadap dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat sekitar. Melainkan yang membakar bendera itu orang gila mungkin dia perlu dilepaskan. Tetapi kalau dia waras, tiak kira siapa dia, dan anak siapa, harus dikenakan tindakan.

Rentetan dari peristiwa tersebut, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata tindakan pemimpin Pas membenarkan penyokong-penyokongnya membakar dan memijak bendera Jalur Gemilang yang telah menjatuhkan maruah negara, malah ia memperlihatkan Pas boleh dianggap sebagai sebuah parti yang tidak menghormati maruah dan martabat Negara.

Namun masih ada lagi segelintir pemimpin Pas yang mempersoalkan integriti pihak polis dalam peristiwa rusuhan ini. Apa yang dibangkitkan adalah isu penggunaan peluru hidup oleh seorang anggota polis untuk mempertahankan diri oleh ketua dewan pemuda Pas pusat, Salahudin Ayub yang membayangkan penggunaan peluru hidup adalah salah.

Penulis pernah melihat anggota-anggota polis di sekitar Terengganu di mana ketika anggota ini keluar menjalankan tugas, sepucuk pistol sentiasa berada disisinya. Justeru itu, penulis berasa setiap anggota yang keluar menjalankan tugas wajib membawa pistol dan dibekalkan peluru hidup bagi mempertahankan diri dan keadaan sekeliling daripada jenayah yang tidak diduga bakal terjadi.

Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi adalah wajar dan relevan bagi membenteras perusuh-perusuh Pas pada masa akan datang kerana mereka ini semua tidak makan dek suara apabila di larang, dan tindakan pihak polis bagi meleraikan rusuhan adalah tindakan yang bijak.

Keamanan dan keharmonian Negara akan lebih terjamin dan mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.

Dapat dilihat betapa buruknya hati budi sesetengah kepimpinan Pas terhadap negaranya sendiri dan dalam masa yang sama berdolak dalih apabila hal begini ini berlaku. Rusuhan in bukan pertama kali berlaku di Terengganu, malah bukti-bukti diperoleh setakat ini menunjukkan Pas merancang rusuhan sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda awam.

Justeru itu, Pemuda Berani dituntut berhati-hati jangan lalai dan leka sehingga terjerumus jatuh ke dalam perangkap jahat Pas dalam memutarbelitkan fakta kejadian pembakaran bendera ini. Dalam masa yang sama, kerja-kerja penerangan perlu dilakukan secara menyeluruh dengan matlamat rakyat menerima dan akur dengan versi UMNO dan menolak versi Pas Jahiliyah terhadap kejadian ini.

Oleh itu, jangan sesekali Pemuda Berani membuka ruang sehingga UMNO dilihat rakyat seolah memakai topeng hodoh yang disediakan Pas. AWAS!!