Friday, December 14, 2007

Pahang Bakal Menjadi Sebuah Negeri Maju

by: jinggo



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tetap meneruskan kesinambungan usaha pembangunan negara dengan memperkenalkan prinsip Islam Hadhari dan menekankan modal insan bagi mengekalkan kemajuan yang dicapai.

Pada majlis perjumpaan dengan penjawat-penjawat awam negeri Pahang di Kuantan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaklumkan bahawa Pahang bakal mengalami perubahan dramatik dan menjadi sebuah negeri maju dengan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Koridor tersebut merupakan satu kemajuan selepas meletakkan Pahang bukan hanya di peta Malaysia tetapi juga akan dikenali oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pasti akan menarik syarikat-syarikat tersebut melabur di negeri itu.

Pahang yang menjadi hub logistik di Pantai Timur akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang merangkumi bidang pelancongan, industri minyak, gas, petrokimia, industri pembuatan, halal hub, pertanian, pendidikan dan aliran perhubungan yang akan memberi manfaat kepada 3.9 juta penduduk.

Walaupun sektor perkhidmatan awam telah menunjukkan peningkatan terutama dari segi sistem penyampaian maklumat kepada pihak awam, sector tersebut perlu mengekalkan momentum berkenaan supaya bertambah baik untuk melancarkan pembangunan dan kemajuan yang dirancang.

Matlamat Dasar Ekonomi Baru adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional serta mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan memberi peluang-peluang pekerjaan meningkatkan dan menambah sumber pendapatan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Pak Lah diperlihatkan sebagai seorang yang ikhlas dalam perjuangannya untuk mencapai perpaduan kaum. Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

Kejayaan pembangunan negara akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius dalam membangun dan memajukan negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.Bagi beliau, pembangunan tidak boleh dilaksanakan sekiranya perpaduan tidak dicapai.

No comments: