Wednesday, December 19, 2007

Niat Menolong Hanya Untuk Menunjuk

Umum sedia maklum keadaan banjir yang melanda di beberapa tempat di Negara ini terutama di Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu dan sudah pasti ketika ini para penduduk kampung resah dengan pelbagai masalah kehilangan harta benda atau kehilangan nyawa.

Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri menerusi majlis perbandaran setiap daerah telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan pelbagai rangkaian menyekat banjir dari terus membanjiri di kawasan-kawasan yang terlibat.


Ini terbukti dengan pembinaan kolam tebatan di kebanyakan kawasan yang terlibat dan ia sedang giat dijalankan sebulan yang lalu oleh syarikat-syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri masing-masing selaras arahan Kerajaan Pusat yang sudah menyedari daripada awal tragedi seperti ini akan berlaku.

Dalam usaha pihak kerajaan memberi segala keperluan kepada yang memerlukan, terdapat segolongan aktivis berfikiran kolot cuba ‘menangguk di air yang keruh’, dimana tergamak mereka mengambil kesempatan di atas musibah para penduduk dengan cuba mewujudkan perasaan benci penduduk terhadap kerajaan seterusnya pada parti UMNO/BN demi keuntungan peribadi.

Tindakan ‘menangguk di air yang keruh’ pembangkang ini hanya bertujuan atas fahaman politik untuk membezakan-bezakan parti, kononnya pembangkang adalah parti yang peka akan setiap bencana yang dihadapi rakyat atau harus dikenali pembela nasib rakyat.

Sikap pembangkang kini yang kian terpesong amat dikesali kerana pembangkang bukan sahaja ingin menimbulkan perasaan benci penduduk pada kerajaan, malah cuba mewujudkan persengketaan besar antara penduduk dan parti UMNO/BN padahal secara terang-terangan penduduk sudah menerima bantuan daripada kerajaan apabila menempatkan mangsa-mangsa banjir ditempat yang lebih selamat dan diberi bantuan kelengkapan dan keperluan harian yang secukupnya.

Manusia itu tidak sempurna, dimana mungkin bantuan yang ingin diberi lambat diagihkan tetapi amat mustahil bantuan langsung tidak diberi kerana kerajaan telah peruntukkan berpuluh ribu untuk diberi kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Untuk pengetahuan pembangkang, setelah diselidik secara menyeluruh oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat segelintir penduduk yang tidak terlibat telah mendaftar sebagai mangsa dan benarlah ada masanya mangsa banjir tidak mendapat bantuan kerana terdapat pihak yang telah ‘menangguk di air yang keruh’ seperti perangai pembangkang yang umum sedia maklum.

Oleh itu, tidak wajarlah kepada mangsa-mangsa yang terlibat untuk menyalahkan pihak kerajaan ataupun UMNO/BN apabila tidak mendapat bantuan, ini kerana sikap di antara mereka sendiri yang telah mengambil kesempatan, dalam erti kata lain seperti sikap para pembangkang kini yang gemar ‘menangguk di air yang keruh’ dalam setiap apa bencana yang berlaku seterusnya, menyalahkan pihak kerajaan atau UMNO/BN.

Justeru itu, jika benarlah pembangkang berteraskan niat yang murni untuk menolong atau ingin memberi bantuan, biarlah ia bermula dengan niat kerana Allah s.w.t dan tujuan ikhlas untuk menolong, bukan untuk menunjuk-nunjuk kononnya menjadi jaguh.
Jelaskan Matlamat….. Tuluskan Niat

No comments: