Friday, December 7, 2007

Anwar Sudah Berubah

Umum hangat memperkatakan bahawa beberapa pemimpin parti pembangkang kini di dalam keresahan dan kegelisahan di mana mereka seakan sudah pasti tarikh sebenar pilihanraya yang akan bermula tidak lama lagi. Justeru itu, penyakit terencat akal para pemimpin pembangkang jelas disini dan pelbagai siri perhimpunan telah diwujudkan oleh mereka yang lebih bercirikan sifat keganasan bernafsukan iblis.

Beberapa siri perhimpunan di dalangi Anwar sebelum ini, dilihat lebih menjurus kepada keinginan beliau mewujudkan ketegangan bermotifkan gangguan kepada keselamatan Negara. Tetapi kini, Anwar telah mencabar tahap kesabaran rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dimana beliau terbukti dalang kepada perhimpunan Hindraf ini.

Bukti yang hangat diperkatakan ialah apabila Anwar berucap selaku orang Melayu dan didengari oleh ribuan kaum Hindu yang memperlihatkan Anwar sengaja ingin mewujudkan sifat-sifat negatif yang boleh mengundang kepada perbalahan kaum.

Lagi menyedihkan, baru-baru ini muncul satu penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur perkauman telah disebarkan mengatakan wujudnya kumpulan di kalangan orang Melayu yang akan berhimpun sebagai tindak balas kepada perhimpunan yang dianjurkan Hindraf baru-baru ini.

Penulis juga difahamkan bahawa satu lagi perhimpunan akan dilakukan oleh Hindraf pada 16 Disember dan antara isi kandungan kiriman sms yang dihantar kepada orang Melayu khususnya di Kampung Baru boleh dianggap adalah salah satu tektik kotor pembangkang yang gemar mencetuskan ketegangan serta permusuhan.

Di dalam kandungan sms ini, kita boleh menganggap penghantar kiriman ini adalah kalangan orang Melayu sendiri kerana kelancaran menaip Melayu terserlah di dalam kiriman ini dimana berdasarkan kandungan itu, ia lebih kepada ciri-ciri pembangkang yang berhati busuk.

Pada pemikiran para pembangkang mungkin mustahil Anwar terlibat kerana tidak mungkin orang Melayu sendiri hendak menjahamkan Melayu dan inilah para aktivis pembangkang perlu memikirkan kerana masa depan Melayu itu sendiri ditangan mereka dan janganlah dengan kata-kata pukauan Anwar pembangkang hanyut dibuai mimpin yang tidak pasti.

Penulis hendak mengingatkan orang ramai yang menerima kiriman sms ini, janganlah terpedaya dengan kiriman berjenis hasutan ini kerana kandungan sms seperti ini akan memusnahkan harapan dan masa depan bangsa Melayu itu sendiri. fikirkanlah…

No comments: