Wednesday, December 26, 2007

Parti Gerakan Tertusuk Duri Buatan Sendiri

Sungguh tidak disangka dalam keadaan yang agak kelam kabut akhir-akhir ini berkenaan isu HINDRAF, makin ramai yang kelihatan hebat di mata tetapi jahil pada kata-kata seterusnya menampakkan kebodohan dan terus bertukar menjadi duri tajam perlahan-lahan menusuk sehinggakan menampakkan isi yang tidak sepatutnya ditunjukkan.

Kenyataan terbuka beliau terhadap media yang menyatakan di antara punca-punca kaum India dipinggirkan di Negara ini adalah di sebabkan pimpinan UMNO dimana sengaja memainkan sentimen perkauman antara kaum adalah kenyataan yang tidak wajar malah ia juga menunjukkan kecetekan pemahaman beliau terhadap kerjasama bersama.

Tindakan beliau yang menghentam dan mengkritik pimpinan kerajaan kini serta Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon secara terbuka kononnya gagal dalam menyelesaikan satu-satu isu dapat digambarkan, ini adalah tidakan yang mencabar pimpinan kerajaan, Pak Lah seterusnya Parti Gerakan yang selama ini berlembut dalam apa jua tindakan yang hendak dikenakan.

Apakah perlu kita membiarkan duri ini terus menusuk sedangkang duri ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seterusnya mengakibatkan kematian? Begitulah di dalam satu-satu parti, apakah orang seperti S. Paranjothy ini harus dibiarkan tanpa sebarang tindakan? Walaupun, setelah dikenalpasti beliau adalah satu wabak penyakit yang amat membahayakan?

Benarlah anggapan sesetengah rakyat Malaysia terhadap golongan ini, dimana amat pakar memutarbelitkan satu-satu fakta untuk kegunaan peribadi tetapi beliau bijak menepis kononnya untuk semua dan ini seiras tektik perjuangan pembangkang ‘toghut’. Namun bukanlah bermaksud kesemua individu dalam golongan ini begini, tetapi terhadap segelintir individu yang masih tidak tahu menghargai jasa pimpinan kerajaan seterusnya UMNO dan parti komponen Barisan Nasional.

Untuk memperlihatkan beliau benar dalam isu penindasan kaum India oleh pimpinan UMNO dan demi mengaburi mata golongan sendiri, tanpa segan silu di dalam perjumpaan bersama media beliau telah memantulkan kembali kepercayaan pimpinan parti Gerakan dengan hebat mengkritik seolah mencabar tanpa sedikit pun perasan kekesalan. Tindakan ini umpama, ‘bagai duri dalam daging’.

Reaksi ini menunjukan Naib Ketua Pemuda Gerakan ini ialah seorang yang angkuh dan degil dengan kedudukan kenyataan beliau, walaupun dibidas oleh pelbagai pihak termasuk Kepimpinan parti sendiri keatas satu tindakan yang membelakangkan ‘semangat menyelesaikan masalah dalam konteks kekeluargaan’ yang dipraktikan Barisan Nasional (BN) semenjak sekelian lama.

Jika benarlah beliau hendak membela kaum sendiri daripada ditindas, mengapa beliau seringkali menentang malah mengeji usaha-usaha Kongres India Malaysia (MIC) untuk membangunkan kaum India sendiri. Apakah beliau menentang hanya kerana pimpinan tidak sehaluan dengan beliau seperti saudara Anwar Ibrahim yang menentang pimpinan Pak Lah kini?

Dapat disimpulkan disini, S. Paranjothy ada cubaan untuk menjatuhkan imej Koh Tsu Koon demi kegunaan peribadi seolah-olah ingin merebut jawatan sebagai peganti Tan Sri Koh dengan menuduh dan menyerang parti komponen BN secara buta tuli di mana sengaja membangkitkan kembali masalah isu perkauman yang telah pun selesai.

PemudaBerani menyelar GERAKAN mengambil tindakan yang tegas dengan tindakan tata tertib yang serius harus dikenakan terhadap S. Paranjothy demi menjaga keharmonian dan hubungan antara parti komponen BN dan kaum serta etnik yang terdapat di Malaysia.


‘Mintak Untuk Difahami Tapi Tak Pernah Memahami Orang Lain. Inilah Pemikiran Golongan Orang Kelas Ke-3’.

No comments: