Wednesday, November 14, 2007

Demonstrasi BERSIH – Pembangkang Makin Menyerupai Orang-orang Kafir


Sayang seribu kali sayang, kita sedia maklum majoriti pembangkang yang mengikuti demonstrasi sabtu lalu adalah aktivis-aktivis Islam. Mengapa perlu mereka berbuat demikian? Mana ciri-ciri yang ada pada mereka dikatakan Islam dan atas dasar apa mereka melakukan perkara begini?

Apakah berdasarkan dalil ataukah berlandaskan syubhat (kekaburan pemahaman)? Pada pemahaman penulis, wujudnya rakyat jenis begini adalah disebabkan kekurangan kesedaran mereka pada peringatan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, junjungan mereka, iaitu larangan menyerupai orang-orang kafir.

Beliau mengabarkan : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka mereka termasuk kaum tersebut.” Telah diterangkan lagi oleh Syaikh Al Albani hafidhahullah bahawa sesiapa yang menghadiri demonstrasi ini, adalah termasuk bentuk tasyabuh (penyerupaan) kepada orang kafir.

Di dalam hukum Islam, demonstrasi BERSIH ini boleh dilabelkan sebagai demonstrasi liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Pengharamannya dalam Islam berdasarkan pada fakta di mana ia disertai dengan aktiviti yang diharamkan seperti menganggu lalu-lintas, menganggu ketenteraman awam yang sengaja ingin memecahkan perpaduan serta keharmonian Negara demi kepentingan politik dan peribadi pembangkang sahaja.

Di dalam Muzhaharah ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu. Namun penulis tidak menolak bahawasanya di dalam Islam mempunyai tata cara menasihati tetapi tidak perlulah menampakkan kata-kata yang jelek terhadap pemimpin di depan khalayak ramai yang seakan-akan hendak mengaibkan pemimpin berkenaan demi kepentingan peribadinya sahaja.

Oleh itu, rakyat janganlah tertipu dengan ajakan dalang yang melakukan demonstrasi ini, walaupun timbul dari niat yang baik untuk menegur pemimpin. Di sini, terbukti bahawasanya pemimpin pembangkang adalah dalang kepada demonstrasi ini, jelas telah melakukan kekeliruan besar kerana tidak menelusuri jalan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di dalam merubah keadaan masyarakat.

Pembangkang haruslah mengikut syariat Islam yang mengajarkan ketenangan dalam hidup dan tidak ada dalam aturan Islam sesiapa yang ingin merubah keadaan masyarakat dengan cara bergerombol-gerombol, berteriak-teriak, dan demonstrasi (tunjuk perasaan).

Dengan ini penulis dapat ringkaskan, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang terjadi di dataran merdeka anjuran BERSIH dan adil adalah penyimpangan dari jalan kaum Mukminin dan tasyabuh (menyerupai) golongan kafir.

Sesungguhnya Allah telah berfirman (yang artinya) : “Barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang Mukmin, Kami biarkan dia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam neraka Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (An Nisa’ : 115)

Cukuplah penulis katakan aksi demonstrasi ini menunjukkan kebodohan pembangkang terhadap fiqih Islam dan telah membuktikan selama ini, pemimpin mereka hanya bermuka-muka memahami erti Islam tetapi jahil pada erti Islam yang sebenar.

12 comments:

akulah11 said...

Malaslah nak cerita banyak dan putar belitkan hadis & ayat ayat Quran macam saudara. Sebab saya tidak berpandukan sepotong atau dua ayat Al Quran & Hadis saya gunakan keseluruhannya sebagai panduan. Saya rasa video saya ini lebih mudah difahami untuk menunjukan jawapan saya untuk golongan yang saudara bela. http://video.yahoo.com/video/play?gid=564457&b=4&vid=482199&p=

Terima Kasih

Anonymous said...

sebanarnyer aku rase nak wat demonstrasi tu atas org la..tapi aku stuju ngan ko..dah kenape naklaungkan ayat2 quran dan sebagainyer..ini secara tidak langsung mmberi satu tanggapan negatif terhadap org islam..yg teleh dilabelkan oleh org kafir sebagai pemberontak...xsesuai ngan name islam yg bermaksud suci ..sbnarnyer aku benci keganasan ..finito...

Anonymous said...

saudara akulah11, aku dah tgk video yang ko suh tgk tu... klu setakat video tu dipotong2,diedit.. bek xpayah...

Anonymous said...

hhmmm... betul2.... xde pun dlm ajaran agama kiter... x elok wat sst benda yg menyusahkan org lain... yg akan menimbulkan huru hara.... sedih... jenjalan sane... tenguk kiri melayu... tenguk kanan melayu... depan blakang pun melayu.... cina india tepuk jek tangan.... hmmmmmmm

Anonymous said...

ni lah die satu cara nak menjatuhkan org2 melayu.. org2 cina ketawakan kita je dgn perangai yang bukan2 ni.. perhimpunan ni menyusahkan n memalukan rakyat malaysia je lh.. habis lh pelabur asing ingat malaysia ni huru hara.. buat keje x pikir.. yang besalah terlepas, tp yang teraniaya ditangkap.. ape kejadah nye lh smua ni kn... cukup2 lh pihak pembangkang oii..... buang masa je menjatuhkan negara sendiri...

Anonymous said...

perhimpunan haram!!!!

Nak berhimpun 1 juta orang pun pilih la tempat sama...
Menyusah orang nak keluar, orang nak berniaga...

Pi la berhimpun kat Taman negara Pedu ker, Taman
negera Bako, Hutan Endau Rompin ka, nak himpun 2-3
harui pun boleh, pergi la melalak atas pentas tu
samapi kering tekak...

Pemimpin nak nama ajer, pemimpin takde kerja, mcm puak
pembangkang tu nak tunjuk la kata depa tu masih
bernyawa, masih ada taring dalam politik, tapi takde
kerja... KErja makan tido, atas pentas melalak. pas tu
gi demo...

Kalau rakyat tak suka, dah lama semua turun padang...

Rakyat yang suka, semua duduk rumah ajer... malas nak
masuk prot dengan pembangkang ni..kerja tak pandai
mana, demo ajer lebih...

Anonymous said...

Salam untuk semua...

Saya ingin memberikan sedikit tambahan di sini berkenaan tajuk yang diberikan oleh penulis berkenaan perkataan 'menyrupai orang2 kafir'. Janganlah terlalu kasar dalam berbahasa kerana anda tidak tahu apa perjuangan yang dipikul ketika 10hb November.

Kamu harus tahu kenapa mereka berhimpun. Mereka tidak mencederakan sesiapa. Pada awalnyapun perhimpunan dirancang untuk dilakukan di Dataran Merdeka untuk mengelakkan keadaan seperti kedai2 tutup. Tapi Dataran merdeka ditutup ketika itu. Jika ditimbulkan isu kesesakan lalulintas pula, itu adalah masalah kecil berbanding daripada isu yang dibawa iaitu menuntut PILIHANRAYA telus dalam negara. Sejak bila pula Kuala Lumpur tidak mengalami kesesakan lalulintas?

Penulis juga menyarankan agar mengikut syariat. Bukan mengubah keadaan dengan teriak-teriak. Bagaimana lagi mahu membuat tuntutan sekiranya setiap laporan berkenaan kepincangan pilihanraya tidak disisasat? Dan kenapa kerajaan tidak membenarkan rakyat protes pilihanraya? Manalah ada yang protes kalau memang pilihanraya kita sahih.

Yusmir Yusop said...

'menyerupai orang2 kafir'

Saudara pakai serban dengan jubah ke sepanjang hari.Solat ikut cara nabi?Gosok gigi guna kayu sugi atau pakai celak pergi kuliah/ofis/jenjalan/perhimpuanan agung UMNO?

Ke jalan kaki je pergi memane?Mana ble naik kereta,menyerupai org kafir.

Cakap siang pandang-pandang.

pemuda said...

Samalah dgn UMno KOT,demonstrasi yang dipimpin oleh Khairy Jamaludin terhadap Condoleeza Rice...Lupa ker sejarah UMNO yang mana mereka berhimpun menuntut Malayan Union,dan satu perhimpunan raksaksa akan di adakan… di Padang Kelab Selangor. ...

Anonymous said...

ya, btol 2 pemuda
bdak skolah mngh pon taw psal sejarah ahli umno buat perhimpunan raksasa di padang kelab selangor

btol la kte dr mahathir
melayu cepat lupa....

pencinta keamanan said...

to ladymariah...
apa maksud pilihanraya yang telus??
bagi menang kt kroni (timbalan presiden) tu telus ek??
bagi jwatan naib presiden kat anak tu telus ekk???
tak jawab soalan-soalan ahli parti mengenai pilihanraya parti tu telus ek...
ni pantu utk ko ladymariah:
PAKU SEDULANG PAKU SEREPIH
CAKAP KAT ORANG LADYMARIAH YANG LEBIH......hehe

pencinta keamanan said...

to pemuda...

nape ko bela sangat condoleeza rice tu????
dia makcik ko ek...hehehe