Wednesday, November 21, 2007

Pembangkang Harus Hayati Hari Asyura

Hari Asyura seperti mana yang difahami sesetengah tokoh arab adalah lambang yang mengancam para pemerintah atau penguasa. Namun di sebaliknya, asyura juga bermaksud hari suka-cita ataupun hari bersyukur yang jatuh pada tanggal sepuluh Muharram kalendar hijriah.

Pembangkang khususnya parti Pas yang bertopikan kopiah serta bermuka-muka kononnya alim perlu menghayati hari asyura itu sendiri. Puak-puak ini perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa perayaan Nabi Nuh bersama pengikutnya yang bersatu dan bermuafakat untuk mengelakkan bahtera Nuh daripada tenggelam.

Ini adalah satu kejayaan hasil permuafakatan dan perpaduan ummah pada masa itu. Inilah keamanan dan keharmonian yang harus dicontohi oleh masyarakat kita hari ini. Pembangkang harus hayati hasil daripada perpaduan dan permuafakatan pengikut nabi Nuh di mana ia perlu diamalkan bagi mewujudkan masyarakat yang lebih teratur dan terjamin pada masa kini.

Jika benarlah pembangkang memperjuangkan keadilan berteraskan agama Islam, mereka sewajarnya mengingati Asyura, kerana Asyura hanya layak dirayakan oleh ummah yang mementingkan perpaduan yang taat pada ketuanya dan ia tidak layak untuk golongan yang memecahkan perpaduan.

Mari kita lihat, perhimpunan BERSIH tetapi haram, tidak ke pelik bunyinya? Sepatutnya, jika benarlah perhimpunan BERSIH, ia haruslah bersih daripada segala tindakan yang mencemarkan dan memburukkan negara sendiri. Tetapi, nafsu serakah b******** jadian ini telah mendapat liputan meluas di serata dunia dan ia memburukkan imej Malaysia selaku Negara yang terkenal dengan perpaduan dan permuafakatan antara kaum yang erat.

Adakah ini perpaduan dan permuafakatan yang pembangkang hendak tanamkan dalam kehidupan masyarakat kini? Adakah hendak menegur ataupun menasihati seseorang perlu gunakan kekerasan? Adakah sifat kekerasan sememangnya sifat pembangkang?

Selain itu, demonstrasi ini sangat bertentangan dengan syari’at Islam sehingga sanggup melibatkan kaum wanita karena Allah melarang wanita untuk keluar dari rumahnya kecuali dengan alasan yang syar’i. Ia juga secara terang-terangan pergaulan dan percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya di khalayak ramai yang membolehkan membawa kepada tanggapan yang tidak baik kepada kaum wanita itu.

Maka cukuplah sabda Nabi yang mulia shollallohu ’alaihi wa sallam berikut ini bagi mereka. Dari ’Uqbah bin ’Amir, Rosululloh bersabda, ”Tinggalkanlah olehmu bercampur baur dengan kaum wanita!” (HR. Bukhari)

Sudah terang lagikan bersuluh, pembangkang makin jahil pada agama Islam kerana makin menjauhi ajaran Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam yang cintakan perdamaian didalam hari asyura itu. Jika pembangkang cintakan perdamaian, mereka tidak akan menjatuhkan kehormatan orang Islam yang lain yang seakan-akan menghina agama Islam itu sendiri.

Sesungguhnya ini adalah akhlak yang jauh dari tuntunan Nabi yang mulia! Demonstrasi adalah produk barat yang jelas-jelas mengamalkan ajaran kuffar. Justeru itu, tidak perlu sebagai seorang muslim untuk memasang label ’islami’ kerana memang Islam tidak mengajarkan cara seperti ini.

Sedarlah rakyat semua, jika hendak mencari pemimpin bukan dari segi ikut-ikutan tetapi dari segi teladan yang pemimpin itu tonjolkan. Atau bahkan meyakininya sebagai penyampai dakwah yang islami. Rasulullah bersabda, ”Barangsiapa meniru suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)

No comments: