Wednesday, November 28, 2007

Pas Aman Bersama Babi

Alangkah bejatnya pemikiran para pemimpin Pas ini sehingga sanggup membenarkan penternakan dan penjualan babi di pasar-pasar terbuka di Kelantan oleh kaum cina. Tidak mustahil suatu hari nanti peniaga Melayu pula digalakkan menjual babi dikalangan orang Melayu sendiri.

Inilah salah satu tektik toghut Pas yang amat bangga akan penternakan dan penjualan babi di mana menghalalkan penjualan babi di kalangan orang Melayu di Kelantan. Umum sedia maklum bahawa Pas adalah parti memperjuangkan agama Islam tetapi atas pemikiran toghutnya Pas sanggup menggadaikan ajaran agama Islam yang sebenar.

Apa nak jadi?!! Tindakan Pas ini seolah-olah memperkotak-katikkan umat Islam sewenang-wenangnya di Kelantan. Mengapa tiada satu suara pun yang berani menegur atau menasihati mereka ini? Adakah mereka (PAS) bijak memainkan isu agama, mereka dipandang mulia?

Dimanakah rasionalnya? Tidak lama dahulu Pas pernah mempersoalkan pada kerajaan kerana isu pembelaan babi di Melaka. Tetapi, apabila situasi yang seakan terjadi kepada ulama idola mereka, mereka seperti gasing berputar, berusaha membela walaupun mereka mengetahui ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah mereka lebih bangga akan ketokohan Nik Aziz yang haprak di mana sanggup membela nasib para penternak babi yang kononnya terabai dan ia adalah sesuatu yang harus diberi tumpuan. Jelas, tujuan Nik Aziz hanyalah untuk kepentingan peribadi dan pecaturan politik
yang cetek untuk menarik undi kaum Cina pula.

Apakah sudah terbela nasib peniaga-peniaga Melayu di Kelantan? Sudah terbelakah ekonomi rakyat miskin tegar golongan Melayu di Kelantan? Sehinggakan beliau begitu bermurah hati untuk membela nasib para penternak babi kaum Cina.

Penulis jadi hiba bila mendengar suara sayu salah seorang kenalan penulis anak Kelantan melalui panggilan telefon yang merasa malu dan kecewa dengan sikap Nik Aziz yang tegar untuk berdialog dan ingin membela nasib penternak-penternak babi di Kelantan.

Antara keluhan yang sempat penulis dengar, "Buat apa lah Nik Aziz dok sibuk nak membela nasib para penternak babi tu... alangkah moleknya kalau beliau menumpu untuk membela nasib rakyat miskin Melayu di Kelantan sendiri...yang mana masih ramai lagi yang mengharapkan pembelaan darinya’.

Begitulah lucu, sadis dan ironisnya 'ulama'? Pas ini. Kesengsaraan penternak babi nampak jelas dimatanya, tetapi kesengsaraan rakyat sendiri? Betulkah Pas memperjuangkan Islam? Tahukah bahawa Islam itu sendiri mengharamkan babi. Fikirkanlah…

Wallahualam

No comments: