Monday, October 8, 2007

Keuntungan Petronas untuk semua


Petronas yang juga dikenali Petroliam Nasional Berhad, ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 dan dibariskan di kalangan Fortune Global 500’s syarikat yang mencari gali minyak dan memproses gas yang terbesar di dunia.

Sejak penubuhannya, Petronas adalah salah satu syarikat yang membanggakan dimana telah banyak menyumbangkan hasil perolehannya kepada kerajaan dan seterusnya rakyat. Salah satu punca keuntungan petronas terbukti dengan peningkatan kadar harga minyak mentah di pasaran dunia.

Untuk pengetahuan anda, harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita, walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak.

Sebagai kerajaan, Kerajaan sedang merangka kaedah yang lebih baik bagi memastikan bahan petrol seperti diesel dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak dengan memastikan harga produk petroleum rendah dan memberi pengecualian cukai jualan serta subsidi kepada semua pengguna bahan petroleum (petrol, diesel dan gas memasak).

Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalah antara terendah di dunia. Namun begitu perlu diingat, bahawa kerajaan beroleh keuntungan dari kenaikan harga minyak pada jangka pendek sahaja.

Pada jangka sederhana, kenaikan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia dan sebagai sebuah ekonomi terbuka, eksport kita akan merosot. Hasil negara akan berkurangan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu dalam jangka sederhana, kenaikan harga minyak sebenarnya tidak menguntungkan kerajaan sebenarnya.

Tidakkah pembangkang terfikir dalam budget negara, separuh daripada keuntungan petronas digunakan untuk dinikmati bersama rakyat?

Sebagai contoh, sudah berpuluh tahun Petronas menaja pelajar-pelajar bumiputera yang miskin melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara. Seterusnya ia telah mengeluarkan graduan yang dapat mengeluarkan keluarga mereka dari paras kemiskinan.

Selain itu, anak-anak syarikat Petronas juga saban tahun menghulurkan bantuan secara langsung kepada fakir miskin dan daif melalui system zakat. Ini menunjukkan Petronas sangat mementingkan kebajikan rakyat dimana keuntungannya dikongsi bersama.

Dan, keuntungan petronas juga disumbangkan untuk pembangunan negara seperti KLCC, Putrajaya, KLIA, Sepang dan tidakkah pembangkang terfikir, adakah pembangunan yang disebut dapat dibina jika setiap rakyat diberi RM2000 seorang?

Penulis berasa pembangkang ghairah mendangkal isu ini adalah disebabkan wang, dan terbukti, pembangkang kini sangat terdesak untuk menyelamatkan partinya daripada terkubur dengan mengharap wang yang akan diberi nanti akan diberi kepada ahli-ahlinya, seterusnya dapat meminta wang tersebut daripada ahli-ahlinya untuk dana parti.

Benarlah pandangan penulis, pemikiran puak-puak pembangkang hanya berfikiran jumud; tidak mahu memandang ke hadapan serta tidak mahu melihat anak bangsa sendiri maju dan hanya menunggu wang datang bergolek depan mata seolah-olah jatuh dari langit.

Inikah yang dinamakan parti Islam? Adakah Islam mahu umat sebegini? dan jika ini berlaku selama itulah Malaysia tidak akan dikenali di dunia.

Peranan utama PETRONAS adalah mengurus dan mengekalkan sumber minyak dan gas negara kita. Bagi mencapai matlamat ini, keuntungannya dilaburkan semula untuk kegiatan carigali baik dalam negeri dan luar negeri. Keuntungannya juga dibelanjakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Sebenarnya, sumbangan PETRONAS kepada hasil negara adalah mencukupi untuk membiayai sepenuhnya subsidi pengeluaran petroleum. Namun begitu, perbelanjaan subsidi adalah perbelanjaan hangus. Walaupun Kerajaan boleh membiayai sepenuhnya subsidi yang kian meningkat tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik kerana akan menjejaskan pelaksanaan program lain yang lebih produktif.

Sebagai contoh, subsidi sebanyak 6.6 billion pada tahun 2005 merupakan 7.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus dan ia merupakan 23.3 peratus daripada perbelanjaan pembangunan tahun 2005. Jika kos membina sebuah sekolah menengah adalah RM11 juta, jumlah ini dapat membina 600 buah sekolah.

Selain itu, kehilangan hasil sebanyak RM7.9 bilion pada tahun 2005 akibat daripada pengecualian cukai telah menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan untuk di salurkan kepada rakyat. Kehilangan hasil berjumlah RM7.9 bilion ini jika dikutip, dapat membina 316,000 buah rumah kos rendah untuk golongan yang tidak berkemampuan dan ini menunjukkan kerajaan tersangat mengambil berat kepada rakyatnya.

Dalam menghadapi isu subsidi produk petroleum serta kaitannya dengan kedudukan kewangannya, Kerajaan telah memilih jalan tengah dan merupakan pilihan terbaik agar rakyat dapat berkongsi sedikit keuntungan petronas bersama kerajaan iaitu:

Menaikkan harga sedikit seperti keadaan sekarang.Jurang di antara harga pasaran dan harga subsidi dapat dikurangkan. Ini bererti sebahagian kenaikan dipindahkan kepada pengguna dan sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi.

Tanggungan subsidi juga dapat dijimatkan dan penjimatan itu dapat membiayai perbelanjaan yang lebih produktif. Kenaikan harga secara sederhana tidak akan memberi kesan mengejut kepada rakyat dan memberikan ruang untuk rakyat dan pengguna membuat penyesuaian sewajarnya dalam perbelanjaan mereka.

Berikutan dengan kenaikan harga minyak, rakyat sendiri perlu sedar dan perlu bertindak bijak dalam berbelanja. Oleh itu, dari segi penggunaan minyak, dengan merancang perjalanan lebih awal, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam, perbelanjaan ke atas minyak boleh dikurangkan.

Rakyat negara ini wajar menyokong usaha Kerajaan berhubung dengan penggunaan tenaga secara berhemat. Pembangkang tidak usahlah mengaitkan para pemimpin UMNO dengan isu ini dimana puak-puak ini hanya bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat yang teringin melihat rakyat dan juga Kerajaan berbalah.

Seterusnya tercapailah cita-cita puak ini untuk mewujudkan kembali suasana reformasi seperti seakan-akan yang berlaku baru-baru ini di Terengganu. Begitulah slogan Pas khususnya yang harus diperbetulkan disini, “Pas parti bahaya, rakyat Malaysia jangan terpedaya!”.

2 comments:

Anonymous said...

Salam, kenapa kerajaan beri subsidi kepada syarikat IPP yang mana syarikat tersebut memperoleh keuntungan berbilion ringgit. Sedangkan subsidi tersebut boleh digunakan untuk rakyat

Anonymous said...

Salam, kenapa kerajaan beri subsidi kepada syarikat IPP yang mana syarikat tersebut memperoleh keuntungan berbilion ringgit. Sedangkan subsidi tersebut boleh digunakan untuk rakyat dan kenapa subsidi syarikat tersebut dipertahankan sedangkan subsidi minyak untuk rakyat diusik