Monday, November 12, 2007

Anjing-anjing Jalanan


Sebagai rakyat, penulis terkilan akan tindakan para pengikut pembangkang di mana di lihat sengaja mengadakan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram anjuran BERSIH dan adil yang telah mengundang anggapan yang negatif Negara luar terhadap Malaysia yang terkenal dengan keamanan dan perpaduan yang erat antara kaum.

Demonstrasi ini juga sengaja mengheret institusi raja dalam kancah politik melalui penyerahan memorandum kepada Istana Negara dan tindakan ini adalah disisi undang-undang kerana Yang di-Pertuan Agong adalah institusi berkecuali dan tidak boleh diperalatkan mana-mana pihak.

Perbuatan mereka ini telah menjejaskan keamanan Negara dan perpaduan antara kaum yang telah diterapkan selama 50tahun oleh kerajaan. Selain itu, ia menunjukkan pembangkang yang semakin terdesak dan terpaksa berbuat apa saja untuk menarik sokongan rakyat sehingga sanggup menghina institusi raja.

Apa yang penulis boleh andaikan disini, pembangkang sudah terdesak akan pilihanraya yang semakin hampir dengan harapan masyarakat luar akan membenci kerajaan pimpinan Pak Lah. Tetapi mereka silap kerana tindakan mereka ini akan membangkitkan perasaan benci masyarakat Malaysia kerana menganggu keamanan Negara yang aman dan damai setelah sekian lamanya.

Kejahatan pembangkang tidak ubah seperti perbuatan anjing-anjing jalanan yang tidak bertanggungjawab yang telah mencabar Perlembagaan Negara dimana perlu dielak daripada berulang agar tidak menjejaskan kestabilan Negara.

Kenapakah pembangkang memilih kearah demonstrasi yang membebankan rakyat dan Negara? Penulis percaya, Negara ini mempunyai banyak saluran untuk menyalurkan pandangan atau cadangan dan tidak perlulah kerana tidak berpuas hati, institusi raja diheret dalam kancah politik kotor pembangkang ini.

Jika benarlah pemimpin-pemimpin pembangkang ingin memerintah Negara, bertandinglah secara demokrasi melalui pilihanraya dan tidak perlulah melibatkan institusi raja kerana ia perlu dihormati seperti termaktub dalam perlembagaan Negara.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlulah mengambil iktibar daripada keruntuhan beberapa Negara dunia akibat tiada sifat menghormati pemimpin dan banyak Negara jatuh atau hancur kerana perbuatan seperti ini.

Beginilah kejahatan pembangkang yang sudah terdesak sehingga sanggup mereka-reka isu tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat dan seterusnya, memalukan Negara ini kepada masyarakat antarabangsa yang sedia maklum akan keharmonian Malaysia dengan melakukan demonstrasi jalanan ini.

Pemikiran jahat pembangkang inilah, kita sebagai pemudaberani perlu sama-sama berganding bahu bagi mengubah pemikiran anjing-anjing jalanan ini bagi mewujudkan masyarakat yang lebih terjamin hidupnya dimasa akan datang.

8 comments:

Anonymous said...

Pelik BERUK-BERUK DI JALANAN TAKDE KE...
SAHUTLAH SERUAN RAJA BERUK SEMALAYSIA TU

Anonymous said...

tulah melayu... tau bising jer... wat tindakan melulu x pk ape kesan n akibat...

tol n minyak naik... sumer komen.... india cina pun komen... tp x ler plak diorg berkumpul ramai2 sbb diorg tau..... ape2 tindakan melulu yg bakal mencetuskan huru hara... bakal menaikkan plak benda2 lain... laaaaggiikkk parah... mane kite tau...

bertindak untuk agama bangsa n negara biarlah dgn care intelektual. .. mengikut tanggungjawab n peranan msg2.... cube menghasilkan produk yg berkualiti.. . bermula dr sekecik2nya. .. smpailah yg kecik2 tu jadik 1 benda yg berguna... wat tindakan yg membuatkan org keliling RESPEK kite... bukan hilang hormat kt kiter..

budak kecik buang sampah dlm tong sampah pun telah membuktikan yg die telah bertindak sst yg baik untuk kwsnnyer... secara x langsung ibu bapa, guru or masyarakat keliling yg mendidiknyer pun dah bertindak dgn baik dgn care mendidiknyer. ..

ade org kt org melayu komen saje tp x bertindak?? die tau ker org yg komen tu bertindak atau tidak??? :) diam diam ubi... berisi... biar ikut resmi padi... makin tunduk makin berisi.. kite x tau dgn saper kiter berkomunikasi

Anonymous said...

Jangan kecoh2..sampai masa nanti kita ada kuasa untuk memilih siapa yang layak jadi pemimpin...jesteru itu saya menyeru marilah kita pilih pemimpin yang betul2 ingin memperjuang, mengangkat dan mempertabatkan ISLAM, tengok dan pastikan kita kenal betul2 siapa yang kita pilih..jgn main tusuk saja mata pen tu..senang saja kalau nak kenal, salah satunya...lihat bagaimana dia memimpin keluarganya, agamanya,cara pakaian,akhlak, tingkah laku,apa perjuanganya DLL..kalau hal sekecil itu gagal bagaimana nak memimpin rakyat yang besar ni...mimpi,mimpi, mimpi...jangan harap.

Anonymous said...

Fikirlah secara positif, UMNO dulupun pernah berdemonstrasi di jalanan kerana menentang penjajah. Mereka juga berada di jalanraya menuntut hak mereka. Melayu juga pernah memberontak melawan sultan.

Salahkah rakyat memberontak sekiranya suara mereka sudah tidak didengar?

Cuba jelaskan dengan terperinci dimanakah saluran-saluran yang penulis maksudkan untuk menunjukkan bantahan? Apa saluran yang bisa dijadikan tempat untuk mengadu sekiranya semua media dipelopori oleh kerajaan? Itu sudah lari dari demokrasi. Fikirlah bang... Kita ada hak masing-masing.

Kalau abang taknak buat demonstrasi, itu hak abang. Tentunya abang punya rumah mewah, kereta besar dan bantuan daripada kerajaan. Tapi kami yang asyik membayar income tax tidak pernah lulus permintaan jalanraya, hospital dan sekolah.

Itulah orang miskin seperti kami memberontak. Anwar Ibrahim sahaja yang bisa membantu kami menyedarkan kerajaan akan mimpi mereka di katil empuk itu...

Anonymous said...

salam semua.. ini lah proses demokrasi.. ada pro ada kontra..
demokrasi dan hak bersuara sudah terjamin dalam perlembagaan negara..
jika ada mengatakan ia salah, tangkap dan dakwa lah di mahkamah..
mahkamah sahaja yg tentukan sesuatu itu salah atau tidak..

dan kerana demokrasi lah juga kita merdeka pada hari ini..
jgn sesakli lupa sejarah.. biarlah demokrasi subur dengan cara yg luhur..

Anonymous said...

zack bongok!!!!

TOLONG SKET....... TOLONG BUAT KAJIAN... SETAHU I DALAM UNDANG2 SEMUA NEGARA TIDAK SALAH PERHIMPUNAN AMAN...... CUBA TENGOK SKET SETIAP HURU HARA TU AKIBAT DRPD PIHAK MANA.... SEBELUM CAKAP BUAT KAJIAN DULU YER...... BACA BUKU UNDANG2 DULU

tulah melayu... tau bising jer... wat tindakan melulu x pk ape kesan n akibat... YA KA TINDAKAN MELULU???? APADIA TINDAKAN YG TAK MELULU????

tol n minyak naik... sumer komen.... india cina pun komen... tp x ler plak diorg berkumpul ramai2 sbb diorg tau..... ape2 tindakan melulu yg bakal mencetuskan huru hara... bakal menaikkan plak benda2 lain... laaaaggiikkk parah... mane kite tau... SEINGAT I, PIHAK BERKUASA YG TIMBUL HURU-HARA (NAK TAU BETUL KE TAK, JOIN LER...BARU TAU SAPA YANG BETUL!)

bertindak untuk agama bangsa n negara biarlah dgn care intelektual. .. mengikut tanggungjawab n peranan msg2.... cube menghasilkan produk yg berkualiti.. . bermula dr sekecik2nya. .. smpailah yg kecik2 tu jadik 1 benda yg berguna... wat tindakan yg membuatkan org keliling RESPEK kite... bukan hilang hormat kt kiter..CUBABAGITAU CARANYA..... ......... .... APA, INGAT YG JOIN PERHIMPUNAN TU, ORG2 YG TAK SEKOLAH KA......

budak kecik buang sampah dlm tong sampah pun telah membuktikan yg die telah bertindak sst yg baik untuk kwsnnyer... secara x langsung ibu bapa, guru or masyarakat keliling yg mendidiknyer pun dah bertindak! dgn baik dgn care mendidiknyer. .. BAGUIH LATU,

ade org kt org melayu komen saje tp x bertindak?? die tau ker org yg komen tu bertindak atau tidak??? :) diam diam ubi... berisi... biar ikut resmi padi... makin tunduk makin berisi.. kite x tau dgn saper kiter berkomunikasi. ... APA ISINYA???? I LAHIR DR KELUARGA YG BERPIHAK KEPADA PEMERINTAH, DAN AHLI KELUARGA ADALAH ANTARA ORANG YG TERTINGGI DALAM PEMERINTAH, I TAHU APA YANG TERJADI DAN APA YANG BERLAKU..... .. SO TAKKAN I NAK BERDIAM DIRI, INGATLA..... KITA NI BUKAN UBI LA....... SO... APA YANG U DAH BUAT????

Anonymous said...

Betullah tu,
tapi kenalah ikut peraturan dan undang-undang. Ikut
saluran yang di amalkan oleh negara. Ikutlah majoriti.
Usah langgar undang-undang negara. Kalau laqnggar dan
kena tindakan jangan salahkan orang lain

bongkersz said...

Pemuda berani? Berani, kena tunjuk muka :) Mana sangat yang berani tu? Kena tukar nickname lah, bro.

Demonstrasi jalanan? Apa yang dibuat Datuk Onn, pengasas Umno ketika menentang Malayan Union itu, bukan demonstrasi jalanan?

Hairan, jika pembangkang atau NGO membuat demonstrasi jalanan, dikatakan tidak mengikut undang-undang, membawa kekacauan dan sebagainya, tetapi kalau Pemuda Umno membuat demonstrasi, tidak mengapa.

Perlukah menghormati pemimpin yang terang-terang korup dan tidak menghormati hak rakyat? Saluran yang sebagaimana yang dinyatakan untuk menyalurkan pandangan dan cadangan? Naif sungguh kenyataan tersebut. Apa pihak kerajaan pernah mengambil kira pandangan pihak pembangkang atau rakyat yang kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan?

Demonstrasi itu aman, jika semua pihak menjalankan tugas mereka dengan baik. Ia selalu tidak aman kerana pihak polis bertindak keras, sedangkan mereka cuma perlu mengawal keadaan, bukannya menimbulkan kekecohan.