Friday, November 16, 2007

10 NOV : SEMAKIN RAMAI GOLONGAN MUDA DIPERBODOHKAN

Di sini, penulis dapat menjangkakan bahawa Barisan Alternatif (BA) akan meneruskan pendekatan karut-marutnya untuk menganjurkan kembali perhimpunan K.O.T.O.R. nya dengan tujuan agar mereka dapat menghasut pemikiran anak-anak muda untuk menentang undang-undang kerajaan dan seterusnya, akan menggelapkan masa depan anak muda itu sendiri.

Sikap keegoaan pemimpin-pemimpin BA pada perhimpunan @ rusuhan yang lepas terserlah, bagai a***** yang terlepas sangkar. Kononnya ingin menuntut hak tetapi terang-terangan isu-isu telah ditimbulkan oleh mereka itu memberikan gambaran negatif tentang negara Malaysia kepada Negara luar.

Persoalannya, di manakah sebenarnya teras dan perjuangan Melayu dan Islam yang selama ini mereka perjuangkan? Adakah sudah terhapus dimakan dek pemimpin-pemimpin yang ‘toghut’? Kenapakah perlu menglibatkan golongan muda? Ini kerana kedudukan parti mereka yang semakin tersepit dan terdesak di samping kemuflisan isu untuk menghentam kerajaan.

Jika perhimpunan K.O.T.O.R. ini terus berlaku, hancurlah masa depan golongan muda sebagai penyambung kepimpinan. Ini membuktikan BA sengaja ingin mengubah imej baru dengan mencipta kepuasan dan keseronokan kepada perbuatan melulu dan gesaan yang tidak praktikal serta tidak masuk akal sehingga boleh menghancurkan Negara sendiri demi kepentingan politik KOTORnya.

Remaja sekarang mudah terkeliru dengan agenda-agenda pemimpin toghut ini. Penulis pernah bersama seorang remaja daripada Kelantan Darul Pas a.k.a Naim, yang telah terpedaya dengan kata-kata seorang yang dianggap idola terutama yang berpakaian serban jubah.

Maka setiap apa yang dikatakan oleh Pak Aji itu, remaja itu terus percaya. Remaja itu pun berkata “takkanlah tergamak kot Pak Aji tu, orang punya alim, warak nak menipu orang”. Pemahaman beginilah merisaukan banyak pihak kerana mudah terpedaya dengan faktor luaran seseorang yang dianggap alim dan kuat Agama Islamnya.

Tidak perlu terpedaya dengan orang yang kita anggap alim, pakai serban serta jubah kerana mereka juga boleh melakukan kesilapan-kesilapan besar yang boleh memudaratkan masyarakat Islam. Fikirkanlah, jika perkara yang baik harus dipelihara, sedang perkara yang bertentangan dengan agama Islam haruslah ditinggalkan

Inilah tradisi BA terutamanya puak-puak Pas, yang bijak memperbodohkan golongan muda dengan laungan takbirnya dengan beranggapan itu adalah laungan keramat semata-mata kerana agama Islam. Ini membuktikan kerakusan Pas untuk menjana pendekatan politik sempit terhadap golongan muda untuk mencapai kemenangan.

Tindakan terbaru puak-puak BA pada perhimpunan BERSIH tapi yang sebenarnya KOTOR itu amat memalukan dan tidak rasional berbanding kelantangan mereka yang kononnya bersikap professional dan berjuang atas landasan Islam.

Dalam hal ini, SPR jelas dijadikan bahan mainan Pas bagi melepaskan kegeraman dan kekecewaan mereka berhubung beberapa peraturan baru yang diperkenalkan oleh SPR yang dianggap tidak menyebelahi mereka.

Pada hemat penulis, kepada semua yang tidak sealiran dengan mereka (BA) dijadikan mangsa pelbagai kecaman termasuklah badan kehakiman, institusi raja-raja, pihak polis dan pelbagai lagi yang hanya menunggu masa dan ketika.

Penulis berani berkata Pas dan Keadilan tidak akan berjaya sampai bila-bila. Pada mereka apa sahaja perkara tidak elok yang menimpa mereka adalah ujian tapi bila sesuatu yang kena pada UMNO ia ditafsirkan sebagai bala dan malapetaka.


APA YANG TERBUKU TELAH DILUAH SEKIRANYA TERKASAR MAAF DIPINTA KUAKHIRI DENGAN DOA YANG DIAJAR OLEH RASUL KITA MUHAMMAD S.A.W.


YA ALLAH TUNJUKKAN AKU KEBENARAN SEBAGAI KEBENARANDAN BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGIKUTINYADAN TUJUKKANLAH AKU KEPALSUAN SEBAGAI KEPALSUAN
DAN BERIKANLAH AKU KEKUTAN UNTUK MENINGGALKANNYA

2 comments:

Anonymous said...

cakap bersandarkan agama, tapi berkibatlkan UMNO yang membelakangkan agama....WOOOIII....BUTA MATA KE UMNO TIDAK MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DALAM NEGARA NI, BUTA MATA KE PEMIMPIN UMNO TAK KIRA HALAM HARAM, DEDAH AURAT DAN BERSALAMAN LELAKI PEREMPUAN, BUTA MATA KE PERMIT DAN LESEN UNTUK AKTIVITI MAKSIAT, PUSAT JUDI, DISKO DAN PUB..MENTERI MANA YANG NAK MELANJUTKAN PUSAT HIBURAN SAMPAI 3 PAGI....SIAPA YANG MENYERUPAI ORANG2 KAFIR NI....

WARIS said...

memang betul umno x betul.umno jahat.umno rasuah.umno sapu duit rakyat.umno blaaaaaaaa.dap pulak macammano.dah baik sangat ke dap sampai dijadikan kawan tido sebantal.kalau umno x baiknya 10 kali,dap pulak buruknya 1000 kali.masih nak dijadikan kawan.jadi matlamat sekarang nak tegakkan Islam ke atau putra jaya.belum pernah dengar lagi cakap dap x betul sejak jadi kawan ni.semua umno yang x betul.saya orang bodoh walaupun duduk atas pagar x menyebelahi mana2 parti tapi boleh nampak juga mana yang tersirat.kita ni orang melayu cakap berdegar2 sesama bangsa.memburukkan sesama bangsa x habis2.orang dok terang2 sapu apa yang kita punya.masih lagi x sedar2.dah lah tu.cubalah pikir jauh sikit.buruk2 bangsa sendiri tak sama baiknya orang lain.di malaysia ni nak kuat Islam mesti melayu kuat dahulu.pasal bangsa lain jumlahnya seakan2 nak sama dengan kita.kalau nak berpolitik biarlah berpandangan jauh.macam cina kalu nak sentuh hal bangsa dia semua cina satu hati.x kira parti apa pun.patut melayu jadikan lah contoh.ni x.kalau dengan bangsa sendiri tahan pecah kepala.macam pilihanraya kecil pdikson.pikir2lah saudara semua..