Wednesday, November 28, 2007

Pas Aman Bersama Babi

Alangkah bejatnya pemikiran para pemimpin Pas ini sehingga sanggup membenarkan penternakan dan penjualan babi di pasar-pasar terbuka di Kelantan oleh kaum cina. Tidak mustahil suatu hari nanti peniaga Melayu pula digalakkan menjual babi dikalangan orang Melayu sendiri.

Inilah salah satu tektik toghut Pas yang amat bangga akan penternakan dan penjualan babi di mana menghalalkan penjualan babi di kalangan orang Melayu di Kelantan. Umum sedia maklum bahawa Pas adalah parti memperjuangkan agama Islam tetapi atas pemikiran toghutnya Pas sanggup menggadaikan ajaran agama Islam yang sebenar.

Apa nak jadi?!! Tindakan Pas ini seolah-olah memperkotak-katikkan umat Islam sewenang-wenangnya di Kelantan. Mengapa tiada satu suara pun yang berani menegur atau menasihati mereka ini? Adakah mereka (PAS) bijak memainkan isu agama, mereka dipandang mulia?

Dimanakah rasionalnya? Tidak lama dahulu Pas pernah mempersoalkan pada kerajaan kerana isu pembelaan babi di Melaka. Tetapi, apabila situasi yang seakan terjadi kepada ulama idola mereka, mereka seperti gasing berputar, berusaha membela walaupun mereka mengetahui ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah mereka lebih bangga akan ketokohan Nik Aziz yang haprak di mana sanggup membela nasib para penternak babi yang kononnya terabai dan ia adalah sesuatu yang harus diberi tumpuan. Jelas, tujuan Nik Aziz hanyalah untuk kepentingan peribadi dan pecaturan politik
yang cetek untuk menarik undi kaum Cina pula.

Apakah sudah terbela nasib peniaga-peniaga Melayu di Kelantan? Sudah terbelakah ekonomi rakyat miskin tegar golongan Melayu di Kelantan? Sehinggakan beliau begitu bermurah hati untuk membela nasib para penternak babi kaum Cina.

Penulis jadi hiba bila mendengar suara sayu salah seorang kenalan penulis anak Kelantan melalui panggilan telefon yang merasa malu dan kecewa dengan sikap Nik Aziz yang tegar untuk berdialog dan ingin membela nasib penternak-penternak babi di Kelantan.

Antara keluhan yang sempat penulis dengar, "Buat apa lah Nik Aziz dok sibuk nak membela nasib para penternak babi tu... alangkah moleknya kalau beliau menumpu untuk membela nasib rakyat miskin Melayu di Kelantan sendiri...yang mana masih ramai lagi yang mengharapkan pembelaan darinya’.

Begitulah lucu, sadis dan ironisnya 'ulama'? Pas ini. Kesengsaraan penternak babi nampak jelas dimatanya, tetapi kesengsaraan rakyat sendiri? Betulkah Pas memperjuangkan Islam? Tahukah bahawa Islam itu sendiri mengharamkan babi. Fikirkanlah…

Wallahualam

Tuesday, November 27, 2007

Budaya Songsang Anwar di Sebalik Pembebasan 3 Pemimpin Hindraf


Gelagat Anwar Ibrahim yang turut sama hadir memberikan sokongan dan meraikan pembebasan tiga pemimpin Hindraf semalam amat menjengkelkan sekali. Apakah perlu Anwar sebagai kaum Melayu menyokong Hindraf sedangkan antara agenda perhimpunan ini adalah menyalahkan bangsa Melayu kerana didakwanya telah menindas kaum India selama 200tahun.

Amat memalukan, Anwar lebih berminat membela kaum lain sedangkan kaum sendiri diperkotak-katikkan. Dimanakah jati diri sebagai Anwar sebagai seorang pemimpin yang sentiasa melaungkan slogan untuk membela orang Melayu? Dalam hal ini, ternyata Anwar mengambil sikap hanya menutup telinga dan mengunci mulut terutamanya apabila bangsanya sendiri dihina dan dipermainkan oleh kaum lain.

Disini kita dapat lihat perangai sebenar ‘jembalang malaysia’(DSAI) yang terus bermain politik dengan sikap suka mengambil peluang pada satu-satu isu. Disamping sanggup melakukan apa sahaja asalkan ianya mampu mendatangkan kredit kepada partinya, walaupun bangsanya dipijak.

Kita semua tahu, agenda Hindraf kelmarin terang-terangan bergerak atas dasar perkauman meskipun mereka menafikan. Lantaran itu, penulis pasti ramai orang-orang Melayu sedih dan terguris akan tindakan Anwar yang tidak berasa sikit pun rasa bersalah.

Nyata, Anwar sangat jahil dengan menyebarkan fahaman politik kepada aktivis-aktivis Hindraf ini dengan menyalahkan parti BN adalah punca perhimpunan ini diadakan. Nampaknya, demi fahaman politiknya yang korup Anwar sanggup merelakan nama Melayu dipergunakan oleh kaum lain kerana partinya sendiri gagal mendapat sambutan daripada orang Melayu.

Inilah namanya perhimpunan beragenda songsang yang jelas memperlihatkan bahawa pemimpin-pemimpin Hindraf termakan hasutan Anwar dalam memainkan isu perkauman, seterusnya akan mencetuskan satu malapetaka yang diingininya selama ini.

Isunya disini bukan masalah mengekang rakyat untuk bersuara, isunya adalah perhimpunan ini tidak seharusnya berlaku di jalanan kerana ia menganggu perjalanan seharian rakyat yang tidak terlibat dan menggugat keselamatan Negara.

Tidakkah kamu sedar wahai Anwar, akibat hasad dengki dan dendam kamulah, maka akan ramai orang Melayu sanggup menggadaikan maruah bangsa demi kepentingan peribadi dan seterusnya, bangsa lain semakin memandang tepat dan melangkah ke hadapan, kita pula semakin merenung ke belakang tanpa melangkah ke hadapan.


Jangan salahkan pihak berkuasa, jika hendak tunjuk ‘gengster’


Monday, November 26, 2007

Perhimpunan Hindraf Tiada Hala Tuju

Inilah perhimpunan kedua yang telah memalukan negara Malaysia selaku negara yang terkenal dengan kedamaian dan kemakmuran pelbagai kaum. Ia menggambarkan perhimpunan Barisan Bertindak Hak Hindu (HINDRAF) ini sebagai perhimpunan ala militan sekadar ikut-ikutan dan tiada hala tuju walaupun agenda utamanya ingin menuntut keadilan kaum India yang tertindas di Malaysia.

Namun penulis agak terkeliru dengan beberapa agenda demontrasi haram Hindraf semalam di mana ternampak pada setiap peserta yang terlibat dalam perhimpunan ini, tidak tahu akan tujuan sebenar mereka berhimpun walaupun sesetengah daripada mereka mengatakan ingin menuntut kaum India di Malaysia di beri hak keistimewaan dan memansuhkan hak keistimewaan kaum Melayu.

Jelas tuntutan Hindraf ini adalah tidak wajar dan keterlaluan kerana bukan kaum India sahaja menghadapi banyak masalah tetapi kaum Melayu juga menghadapi masalah yang sama dan perlu pembelaan yang sama rata. Jelas tuntutan Hindraf ini hanya mementingkan kaum sendiri yang seolah-olah berada di Negara sendiri.

Jika sekalipun tuntutan ini diterima, adakah masalah kaum India akan selesai? Mereka juga menuntut kaum India diberikan hak kerakyatan negara Britain dan menuntut pampasan atas pengabaian British terhadap kaum India semasa merangka perlembagaan Negara ini di awal kemerdekaan dahulu.

Jika ini yang diminta, tidak hairanlah mereka ini digelar ‘orang gila’ kerana tidak masuk diakal kerajaan Britain akan melayan tuntutan ini. Antara kata-kata seorang peguam gila "Kaum India telah mengalami kesengsaraan di bawah pemerintahan majoriti Melayu Muslim dan pemerintahan Inggeris untuk selama 200 tahun".

Apakah selama ini mereka ditindas oleh orang Melayu? Tidak terlihat pula di Malaysia kaum India ditindas kerana selama 50 tahun merdeka, orang Melayu sendiri tidak kisah akan masalah berlainan bangsa kerana peluang-peluang yang tersedia adalah diberi sama rata antara semua kaum.

Kaum India dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tindakan sesetengah golongan anti-Kerajaan yang terbukti tidak dapat menerima sistem pemerintahan hari ini,seterusnya disini mereka secara terang-terangan telah menanamkan sentimen perkauman terhadap kaum-kaum lain kepada Negara ini.

Ini secara lumrahnya telah menarik perhatian kaum India dimana 80% daripada kaum India adalah beragama Hindu. Lihat sahaja semalam, pelbagai gelagat kaum ini yang terkenal dengan sifat keganasan telah bertindak ganas sehingga mengakibat beberapa anggota keselamatan cedera parah.



Hindraf bijak memainkan isu agama dalam perhimpunan ini dan telah mengundang kemarahan sesetengah penganut Hindu lantas bertindak ganas. Isu yang berbangkit berkenaan agama adalah perasaan tidak berpuas hati akan tindakan kerajaan negeri yang telah merobohkan kuil-kuil di sekitar Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka terutamanya peristiwa pencerobohan kuil di Padang Jawa kononnya telah wujud beratus tahun.

Antara dakwaan dan penjelasan yang perlu dijelaskan disini :

Dakwaan Hindraf : Hanya kuil dan rumah kaum Hindu yang dirobohkan oleh penguatkuasa di Padang Jawa dan menuduh Kerajaan tidak menghormati tempat beribadat kaum India.

Penjelasan isu sebenar : Bukan hanya rumah dan kuil Hindu dirobohkan, tetapi ianya melibatkan juga merobohkan sebuah surau dan lebih banyak rumah kaum Melayu berbanding kaum India. Dakwaan Hindraf juga adalah tidak berasas apabila menegaskan kaum India ditindas. Tetapi umumnya jelas dapat dilihat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor seperti di Kampung Berembang dan Kampung Rimba Jaya yang majoritinya adalah kaum Melayu dan rumah mereka juga dirobohkan sama seperti kaum India yang menetap di sana

Ini menunjukkan sikap Hindraf yang suka mengambil kesempatan dan mempropagandakan isu perkauman untuk kepentingan satu kaum sahaja. Perjuangan Hindraf juga boleh mengundang kepada pepecahan dan sikap saling membenci antara kaum di Malaysia.

Pemudaberani berpendapat adalah perlu rakyat menolak perjuangan Hindraf dan jika benar mahu memperjuangkan hak rakyat, mereka perlu melihat contoh seperti Parti Barisan Nasional yang memperjuangkan kepentingan keseluruhan rakyat biasa dan golongan pekerja yang semakin ditindas oleh penyamun pemimpin Parti Sosialis Malaysia.

Nandrii vanakam….

TOLAK PERJUANGAN KAUM OLEH HINDRAF !
HINDRAF inathin poratadattai olippum

DAN AYUH BANGKIT RAKYAT BERSAMA BARISAN NASIONAL.
Barisan Nasional katchill makkalai inaipum

Friday, November 23, 2007

YA ALLAH KEMBALIKANLAH KEHARMONIAN DITANAHAIRKU INI

Assalamuálaikum sekalian,

Penulis mendapat makluman dari seorang rakan JIM (Jamaah Islah Malaysia) yang berpandangan mengenai perhimpunan gabungan BERSIH dan adil pada 10 November lalu. Pertubuhan ini telah mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan 100 000 pada 10 November ini. Alasan yang diberikan ialah JIM telah berkerjasama dengan sebuah badan pemantau lain iaitu Mafrel (Malaysians for Free and Fair Elections) dan tidak mahu terlibat dengan Bersih.

Apa yang diperjelaskan oleh rakan penulis ialah JIM tidak mahu untuk terlibat sama dalam perhimpunan ini disebabkan badan Ngo ini sedar terdapat sesuatu perkara yang tidak kena dengan gabungan Bersih dan ada sesuatu yang disorokkan oleh gabungan Bersih dalam program pehimpunan ini.

Penulis sangat terkejut apabila rakan penulis menunjukkan bukti kejahilan para pembangkang di laman-laman web milik pemimpin-pemimpin mereka yang ‘toghut’. Di dalam satu artikel dari laman web harakahdaily dan parti Keadilan Rakyat, mereka menyeru orang ramai secara keras supaya hadir di perhimpunan tersebut meskipun terdapat amaran dari pihak Polis.

Selain itu, emel-emel dari yahoogroups yang dihantar oleh penyokong-penyokong pembangkang kepada penulis membuktikan merekalah perancang perhimpunan yang lepas (BERSIH), kerana mereka mengajak orang ramai supaya hadir dan membuat kacau diperhimpunan ini. Kandungan emel yang diterima adalah sepertidibawah.

“Perhimpunan pada 10 nov dibatalkan kerana agong tiada di Kuala lumpur. Ayuh kita gulingkan kerajaan pada 10 nov ini. Kita akan bermandi darah pada hari itu. ALLAHHUAKHBAR...ayuh! ramai2x kita hancurkan si laknat ini.”

Dari pengamatan penulis, Malaysia yang dahulunya aman kini boleh bertukar menjadi tempat yang tidak selamat oleh kerana terdapat keadaaan huru hara yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memelihara ketenteraman.

Penulis ingin memesan kepada anak-anak muda yang masih belajar dan ahli-ahli keluarga terdekat supaya tidak menghampiri kawasan perhimpunan yang lalu kerana bimbang rusuhan boleh berlaku semula seperti mana pada waktu Anwar Ibrahim ditahan oleh Polis. Penyokong ekstremis yang tidak berpuashati bertindak liar apabila dihalang oleh Polis yang bertugas menjaga keamanan.

Penulis percaya perkara sama akan berulang pada perhimpunan HINDRAF esok jika terdapat golongan-golongan ekstremis ataupun a****** jalanan buatan Anwar Ibrahim dalam perhimpunan yang akan diadakan pada hari esok. Sebagai seorang rakyat kita perlu memahami hak dan tanggungjawab, pertama sebagai seorang Islam dan seterusnya, sebagai seorang warganegara Malaysia.

Sekian, renung-renungkanlah saudaraku…

Semoga Allah memberikan petunjuk ke atas apa yang kita pilih dan lakukan.

Wednesday, November 21, 2007

Pembangkang Harus Hayati Hari Asyura

Hari Asyura seperti mana yang difahami sesetengah tokoh arab adalah lambang yang mengancam para pemerintah atau penguasa. Namun di sebaliknya, asyura juga bermaksud hari suka-cita ataupun hari bersyukur yang jatuh pada tanggal sepuluh Muharram kalendar hijriah.

Pembangkang khususnya parti Pas yang bertopikan kopiah serta bermuka-muka kononnya alim perlu menghayati hari asyura itu sendiri. Puak-puak ini perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa perayaan Nabi Nuh bersama pengikutnya yang bersatu dan bermuafakat untuk mengelakkan bahtera Nuh daripada tenggelam.

Ini adalah satu kejayaan hasil permuafakatan dan perpaduan ummah pada masa itu. Inilah keamanan dan keharmonian yang harus dicontohi oleh masyarakat kita hari ini. Pembangkang harus hayati hasil daripada perpaduan dan permuafakatan pengikut nabi Nuh di mana ia perlu diamalkan bagi mewujudkan masyarakat yang lebih teratur dan terjamin pada masa kini.

Jika benarlah pembangkang memperjuangkan keadilan berteraskan agama Islam, mereka sewajarnya mengingati Asyura, kerana Asyura hanya layak dirayakan oleh ummah yang mementingkan perpaduan yang taat pada ketuanya dan ia tidak layak untuk golongan yang memecahkan perpaduan.

Mari kita lihat, perhimpunan BERSIH tetapi haram, tidak ke pelik bunyinya? Sepatutnya, jika benarlah perhimpunan BERSIH, ia haruslah bersih daripada segala tindakan yang mencemarkan dan memburukkan negara sendiri. Tetapi, nafsu serakah b******** jadian ini telah mendapat liputan meluas di serata dunia dan ia memburukkan imej Malaysia selaku Negara yang terkenal dengan perpaduan dan permuafakatan antara kaum yang erat.

Adakah ini perpaduan dan permuafakatan yang pembangkang hendak tanamkan dalam kehidupan masyarakat kini? Adakah hendak menegur ataupun menasihati seseorang perlu gunakan kekerasan? Adakah sifat kekerasan sememangnya sifat pembangkang?

Selain itu, demonstrasi ini sangat bertentangan dengan syari’at Islam sehingga sanggup melibatkan kaum wanita karena Allah melarang wanita untuk keluar dari rumahnya kecuali dengan alasan yang syar’i. Ia juga secara terang-terangan pergaulan dan percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya di khalayak ramai yang membolehkan membawa kepada tanggapan yang tidak baik kepada kaum wanita itu.

Maka cukuplah sabda Nabi yang mulia shollallohu ’alaihi wa sallam berikut ini bagi mereka. Dari ’Uqbah bin ’Amir, Rosululloh bersabda, ”Tinggalkanlah olehmu bercampur baur dengan kaum wanita!” (HR. Bukhari)

Sudah terang lagikan bersuluh, pembangkang makin jahil pada agama Islam kerana makin menjauhi ajaran Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam yang cintakan perdamaian didalam hari asyura itu. Jika pembangkang cintakan perdamaian, mereka tidak akan menjatuhkan kehormatan orang Islam yang lain yang seakan-akan menghina agama Islam itu sendiri.

Sesungguhnya ini adalah akhlak yang jauh dari tuntunan Nabi yang mulia! Demonstrasi adalah produk barat yang jelas-jelas mengamalkan ajaran kuffar. Justeru itu, tidak perlu sebagai seorang muslim untuk memasang label ’islami’ kerana memang Islam tidak mengajarkan cara seperti ini.

Sedarlah rakyat semua, jika hendak mencari pemimpin bukan dari segi ikut-ikutan tetapi dari segi teladan yang pemimpin itu tonjolkan. Atau bahkan meyakininya sebagai penyampai dakwah yang islami. Rasulullah bersabda, ”Barangsiapa meniru suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)

Friday, November 16, 2007

10 NOV : SEMAKIN RAMAI GOLONGAN MUDA DIPERBODOHKAN

Di sini, penulis dapat menjangkakan bahawa Barisan Alternatif (BA) akan meneruskan pendekatan karut-marutnya untuk menganjurkan kembali perhimpunan K.O.T.O.R. nya dengan tujuan agar mereka dapat menghasut pemikiran anak-anak muda untuk menentang undang-undang kerajaan dan seterusnya, akan menggelapkan masa depan anak muda itu sendiri.

Sikap keegoaan pemimpin-pemimpin BA pada perhimpunan @ rusuhan yang lepas terserlah, bagai a***** yang terlepas sangkar. Kononnya ingin menuntut hak tetapi terang-terangan isu-isu telah ditimbulkan oleh mereka itu memberikan gambaran negatif tentang negara Malaysia kepada Negara luar.

Persoalannya, di manakah sebenarnya teras dan perjuangan Melayu dan Islam yang selama ini mereka perjuangkan? Adakah sudah terhapus dimakan dek pemimpin-pemimpin yang ‘toghut’? Kenapakah perlu menglibatkan golongan muda? Ini kerana kedudukan parti mereka yang semakin tersepit dan terdesak di samping kemuflisan isu untuk menghentam kerajaan.

Jika perhimpunan K.O.T.O.R. ini terus berlaku, hancurlah masa depan golongan muda sebagai penyambung kepimpinan. Ini membuktikan BA sengaja ingin mengubah imej baru dengan mencipta kepuasan dan keseronokan kepada perbuatan melulu dan gesaan yang tidak praktikal serta tidak masuk akal sehingga boleh menghancurkan Negara sendiri demi kepentingan politik KOTORnya.

Remaja sekarang mudah terkeliru dengan agenda-agenda pemimpin toghut ini. Penulis pernah bersama seorang remaja daripada Kelantan Darul Pas a.k.a Naim, yang telah terpedaya dengan kata-kata seorang yang dianggap idola terutama yang berpakaian serban jubah.

Maka setiap apa yang dikatakan oleh Pak Aji itu, remaja itu terus percaya. Remaja itu pun berkata “takkanlah tergamak kot Pak Aji tu, orang punya alim, warak nak menipu orang”. Pemahaman beginilah merisaukan banyak pihak kerana mudah terpedaya dengan faktor luaran seseorang yang dianggap alim dan kuat Agama Islamnya.

Tidak perlu terpedaya dengan orang yang kita anggap alim, pakai serban serta jubah kerana mereka juga boleh melakukan kesilapan-kesilapan besar yang boleh memudaratkan masyarakat Islam. Fikirkanlah, jika perkara yang baik harus dipelihara, sedang perkara yang bertentangan dengan agama Islam haruslah ditinggalkan

Inilah tradisi BA terutamanya puak-puak Pas, yang bijak memperbodohkan golongan muda dengan laungan takbirnya dengan beranggapan itu adalah laungan keramat semata-mata kerana agama Islam. Ini membuktikan kerakusan Pas untuk menjana pendekatan politik sempit terhadap golongan muda untuk mencapai kemenangan.

Tindakan terbaru puak-puak BA pada perhimpunan BERSIH tapi yang sebenarnya KOTOR itu amat memalukan dan tidak rasional berbanding kelantangan mereka yang kononnya bersikap professional dan berjuang atas landasan Islam.

Dalam hal ini, SPR jelas dijadikan bahan mainan Pas bagi melepaskan kegeraman dan kekecewaan mereka berhubung beberapa peraturan baru yang diperkenalkan oleh SPR yang dianggap tidak menyebelahi mereka.

Pada hemat penulis, kepada semua yang tidak sealiran dengan mereka (BA) dijadikan mangsa pelbagai kecaman termasuklah badan kehakiman, institusi raja-raja, pihak polis dan pelbagai lagi yang hanya menunggu masa dan ketika.

Penulis berani berkata Pas dan Keadilan tidak akan berjaya sampai bila-bila. Pada mereka apa sahaja perkara tidak elok yang menimpa mereka adalah ujian tapi bila sesuatu yang kena pada UMNO ia ditafsirkan sebagai bala dan malapetaka.


APA YANG TERBUKU TELAH DILUAH SEKIRANYA TERKASAR MAAF DIPINTA KUAKHIRI DENGAN DOA YANG DIAJAR OLEH RASUL KITA MUHAMMAD S.A.W.


YA ALLAH TUNJUKKAN AKU KEBENARAN SEBAGAI KEBENARANDAN BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGIKUTINYADAN TUJUKKANLAH AKU KEPALSUAN SEBAGAI KEPALSUAN
DAN BERIKANLAH AKU KEKUTAN UNTUK MENINGGALKANNYA

Wednesday, November 14, 2007

Demonstrasi BERSIH – Pembangkang Makin Menyerupai Orang-orang Kafir


Sayang seribu kali sayang, kita sedia maklum majoriti pembangkang yang mengikuti demonstrasi sabtu lalu adalah aktivis-aktivis Islam. Mengapa perlu mereka berbuat demikian? Mana ciri-ciri yang ada pada mereka dikatakan Islam dan atas dasar apa mereka melakukan perkara begini?

Apakah berdasarkan dalil ataukah berlandaskan syubhat (kekaburan pemahaman)? Pada pemahaman penulis, wujudnya rakyat jenis begini adalah disebabkan kekurangan kesedaran mereka pada peringatan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, junjungan mereka, iaitu larangan menyerupai orang-orang kafir.

Beliau mengabarkan : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka mereka termasuk kaum tersebut.” Telah diterangkan lagi oleh Syaikh Al Albani hafidhahullah bahawa sesiapa yang menghadiri demonstrasi ini, adalah termasuk bentuk tasyabuh (penyerupaan) kepada orang kafir.

Di dalam hukum Islam, demonstrasi BERSIH ini boleh dilabelkan sebagai demonstrasi liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Pengharamannya dalam Islam berdasarkan pada fakta di mana ia disertai dengan aktiviti yang diharamkan seperti menganggu lalu-lintas, menganggu ketenteraman awam yang sengaja ingin memecahkan perpaduan serta keharmonian Negara demi kepentingan politik dan peribadi pembangkang sahaja.

Di dalam Muzhaharah ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu. Namun penulis tidak menolak bahawasanya di dalam Islam mempunyai tata cara menasihati tetapi tidak perlulah menampakkan kata-kata yang jelek terhadap pemimpin di depan khalayak ramai yang seakan-akan hendak mengaibkan pemimpin berkenaan demi kepentingan peribadinya sahaja.

Oleh itu, rakyat janganlah tertipu dengan ajakan dalang yang melakukan demonstrasi ini, walaupun timbul dari niat yang baik untuk menegur pemimpin. Di sini, terbukti bahawasanya pemimpin pembangkang adalah dalang kepada demonstrasi ini, jelas telah melakukan kekeliruan besar kerana tidak menelusuri jalan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di dalam merubah keadaan masyarakat.

Pembangkang haruslah mengikut syariat Islam yang mengajarkan ketenangan dalam hidup dan tidak ada dalam aturan Islam sesiapa yang ingin merubah keadaan masyarakat dengan cara bergerombol-gerombol, berteriak-teriak, dan demonstrasi (tunjuk perasaan).

Dengan ini penulis dapat ringkaskan, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang terjadi di dataran merdeka anjuran BERSIH dan adil adalah penyimpangan dari jalan kaum Mukminin dan tasyabuh (menyerupai) golongan kafir.

Sesungguhnya Allah telah berfirman (yang artinya) : “Barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang Mukmin, Kami biarkan dia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam neraka Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (An Nisa’ : 115)

Cukuplah penulis katakan aksi demonstrasi ini menunjukkan kebodohan pembangkang terhadap fiqih Islam dan telah membuktikan selama ini, pemimpin mereka hanya bermuka-muka memahami erti Islam tetapi jahil pada erti Islam yang sebenar.

Monday, November 12, 2007

Anjing-anjing Jalanan


Sebagai rakyat, penulis terkilan akan tindakan para pengikut pembangkang di mana di lihat sengaja mengadakan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram anjuran BERSIH dan adil yang telah mengundang anggapan yang negatif Negara luar terhadap Malaysia yang terkenal dengan keamanan dan perpaduan yang erat antara kaum.

Demonstrasi ini juga sengaja mengheret institusi raja dalam kancah politik melalui penyerahan memorandum kepada Istana Negara dan tindakan ini adalah disisi undang-undang kerana Yang di-Pertuan Agong adalah institusi berkecuali dan tidak boleh diperalatkan mana-mana pihak.

Perbuatan mereka ini telah menjejaskan keamanan Negara dan perpaduan antara kaum yang telah diterapkan selama 50tahun oleh kerajaan. Selain itu, ia menunjukkan pembangkang yang semakin terdesak dan terpaksa berbuat apa saja untuk menarik sokongan rakyat sehingga sanggup menghina institusi raja.

Apa yang penulis boleh andaikan disini, pembangkang sudah terdesak akan pilihanraya yang semakin hampir dengan harapan masyarakat luar akan membenci kerajaan pimpinan Pak Lah. Tetapi mereka silap kerana tindakan mereka ini akan membangkitkan perasaan benci masyarakat Malaysia kerana menganggu keamanan Negara yang aman dan damai setelah sekian lamanya.

Kejahatan pembangkang tidak ubah seperti perbuatan anjing-anjing jalanan yang tidak bertanggungjawab yang telah mencabar Perlembagaan Negara dimana perlu dielak daripada berulang agar tidak menjejaskan kestabilan Negara.

Kenapakah pembangkang memilih kearah demonstrasi yang membebankan rakyat dan Negara? Penulis percaya, Negara ini mempunyai banyak saluran untuk menyalurkan pandangan atau cadangan dan tidak perlulah kerana tidak berpuas hati, institusi raja diheret dalam kancah politik kotor pembangkang ini.

Jika benarlah pemimpin-pemimpin pembangkang ingin memerintah Negara, bertandinglah secara demokrasi melalui pilihanraya dan tidak perlulah melibatkan institusi raja kerana ia perlu dihormati seperti termaktub dalam perlembagaan Negara.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlulah mengambil iktibar daripada keruntuhan beberapa Negara dunia akibat tiada sifat menghormati pemimpin dan banyak Negara jatuh atau hancur kerana perbuatan seperti ini.

Beginilah kejahatan pembangkang yang sudah terdesak sehingga sanggup mereka-reka isu tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat dan seterusnya, memalukan Negara ini kepada masyarakat antarabangsa yang sedia maklum akan keharmonian Malaysia dengan melakukan demonstrasi jalanan ini.

Pemikiran jahat pembangkang inilah, kita sebagai pemudaberani perlu sama-sama berganding bahu bagi mengubah pemikiran anjing-anjing jalanan ini bagi mewujudkan masyarakat yang lebih terjamin hidupnya dimasa akan datang.