Wednesday, September 26, 2007

Beraninya Mat Sabu Menegur Polis…


Peranan polis telah wujud sejak adanya undang-undang di zaman kesultanan Melaka dan merupakan undang-undang yang terawal di Malaysia. Polis adalah satu organisasi pasukan keselamatan dan terdapat pelbagai jabatan didalam ditubuhkan khas untuk membanteras jenayah di Malaysia.

Di bawah jabatan siasatan jenayah, polis bertanggungjawab dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah keganasan terhadap manusia dan harta benda. Tidak hairanlah jika polis melibatkan diri dalam kes rusuhan di Terengganu baru-baru ini.


Namun, naib presiden Pas, Mat Sabu @ Mat Penyapu masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian kes isu rusuhan ini dan mendakwa pihak polis adalah dalang yang tidak bertindak professional sebagai pasukan keselamatan pada isu rusuhan ini.

Apa yang hendak ditegaskan bahawa kadar jenayah di Malaysia menurun sebanyak 8.3 peratus dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Ini menunjukkan pihak polis mesra, cepat, betul serta adil dalam membanteras jenayah yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bermoral yang terdiri daripada pembangkang.

Walaubagaimanapun, dasar pembangkang di Malaysia memang tidak ubah seperti ‘tin kosong’ bercakap besar tetapi percakapan mereka semua itu tidak berilmu dan tidak boleh diguna pakai.

Pada perjumpaan baru-baru ini, berhubung isu tragedi Batu Burok yang dihadiri oleh Mat Sabu di Kuala Nerus, beliau menyatakan Pemuda Umno adalah musuh mereka dan polis adalah barua UMNO.

Penulis hendak menegaskan bahawa dalam isu ini, polis telah bertindak secara rasional dengan menangkap segelintir orang awam yang rata-rata tergolong daripada pembangkang. Tiada anasir-anasir luar yang terlibat atau mencampuri urusan pihak polis dalam kejadian ini mahupun Pemuda Umno.

Setelah siasatan terperinci oleh polis, ternyata tohmahan Mat Sabu ke atas Pemuda Umno sebagai pencetus rusuhan adalah kata-kata dusta yang bersifatkan hasad dengki. Malah tindakan Pemuda Umno harus di puji dan paling Berani dengan melaporkan kejadian sebenar kepada polis bertujuan hendak menegakkan keadilan orang-orang awam yang teraniaya oleh perbuatan penyokong pembangkang.

Rentetan isu rusuhan yang terjadi di Batu Burok, Terengganu; dimana fungsi parti Pas sebenarnya? Untuk membendung dan menyelesaikan masalah? Di mana prinsip parti Pas sebenarnya? Adakah hanya tunggul kayu yang hanya melihat penyokongnya sendiri membuat salah?

Meskipun isu-isu yang dilihat memberi impak negatif kepada UMNO/BN dan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang semakin menonjol dan jumlahnya kalau dikira bertambah banyak, tetapi saya masih merasakan ia tidak cukup untuk mencetuskan satu sentimen menyeluruh di kalangan pengundi untuk menolak UMNO/BN.

Dalam masa yang sama, Mat Sabu berangan-berangan ingin menubuhkan sebuah negara demokrasi tulin di bawah jajahan Pas, namun penulis tersenyum sendirian dan tertanya-tanya beberapa persoalan.

Apakah yang difahami Mat Sabu berkenaan demokrasi tulin? Apakah bukti bahawa Pas mengamalkan demokrasi di dalam partinya? Adakah sekadar amalan demokrasi ini bagai batuk di tangga, sekadar untuk melepaskan hajat untuk menang dalam pilihanraya?

Penulis percaya di dalam Pas mereka hanya mengamalkan kepercayaan sesame mereka sendiri(jumud) dan enggan sama sekali mendengar pandangan individu lain mengenai partinya jika berlawan daripada perjuangan parti yang kononya mengikut ajaran Islam.

Pemerintahan demokrasi yang tulen adalah suatu pemerintahan yang benar-benar melaksanakan kehendak rakyat yang sebenarnya dan penafsiran atas demokrasi akan berubah menjadi suara terbanyak dari rakyat yang ramai.

Berbalik kerajaan Pas di Kelantan, jika benar Pas mengamalkan demokrasii, amalan demokrasi tidak asli lagi, kerana Pas tidak dapat melaksanakan kehendak seluruh rakyat. Dalam hal ini, terbukti demokrasi telah disalahgunakan oleh para pemimpin Pas untuk memperoleh pengaruh pada pemerintahan negara, dengan memperalatkan dan menganiaya rakyat Kelantan untuk menyokong perjuangannya dengan janji-janji yang sentiasa tidak ditunaikan.

Demi menjaga kesejahteraan, maka membuat sebarang janji hendaklah ditepati. Menepati janji itu adalah tuntutan syara‘, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”.
(Surah Al-Isra’: 34)

Hal ini dijelaskan lagi oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dalam firmanNya:
Tafsirnya: “Dan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah: 177)

Ini bererti mungkir janji atau sengaja tidak mahu menyempurnakan janjinya di mana orang sedemikian tergolong dalam golongan orang-orang munafiq. Munafiq juga adalah satu sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat. Hal orang munafiq ini telah ditegaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:
Maksudnya: “Dari tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga iaitu jika dia bercakap dia berbohong dan jika dia berjanji dia mengingkari janji dan jika diamanahkan dia khianat”.
(Hadis riwayat Muslim)

Demikian, keburukan orang-orang yang sengaja mungkir janji sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Qur‘an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ternyata kata-kata Mat Sabu @ Mat Penyapu dan para pemimpin Pas yang lain sentiasa tidak relevan serta dusta demi kepentingan politik sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

MasyaALLAH! pandai menggunakan dalil2 Al QUran dan Hadith, apa anda tidak renung ayatini
Surah Al Baqarah ayat 100
marhumnya
* Patutkah (mereka ingkat kepada ayat-ayat ALLAH)? dan setiap kali mereka mengikat janji,segolongannya mereka melemparkan nya, bahkan sebahagian besar dari mereka tidak beriman.

Ayat Al Baqarah ayat 121
marhumnya
* Orang-orang yang telah kami berikan Al Kitab(Al Quran)kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Surah Al Baqarah ayat 39
marhumnya
* Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

MAri sama-sama kita renung isi Al QUran, jangan kita umpama burung kakak tua, pandai bercakap, tidak tahu isinya. Umpama membaca Al QUran, tapi tidak mengetahui Isinya.
Justeru itu, apabila kita mengaku Tiada tuhan melainkan ALLAH, Muhammad PesuruhNya. Maka secara termaktub, diletakkan ALLAHlah tuhan, bukan nafsu mahupun Aqal. maka hendaklah berlandaskan Al QUran(panduan seluruh Umat Manusia). dan Muhammad Pesuruhnya, yakni beriman kepada hadith2nya juga. Ikut serta dengan Anbiya dalam menegakkan Agama ISLAM. Bukan AGama Sekular, Mahupun kefahaman Sekular!