Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmatnya yang tidak terhitung banyaknya. Selawat dan salam dipersembahkan buat Rasul junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W. dengan perutusan baginda membawa rahmat ke seluruh alam.
Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmatnya yang tidak terhitung banyaknya. Selawat dan salam dipersembahkan buat Rasul junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W. dengan perutusan baginda membawa rahmat ke seluruh alam.
Sabda Rasulullahi sallahu alaihi wasallam :”Rebutlah lima perkara sebelum dating lima perkara: mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum fakir, hidupmu sebelum mati dan waktu lapangmu sebelum sibuk”.
Percakapan mengenai Pemuda Berani secara khususnya berlainan daripada percakapan mengenai seorang pemuda yang pengecut, ini kerana berani itu dianggap tunggang hilang berani mati yakni tidak gentar menjalankan kewajipan terutama untuk membela bangsa dan negara dan tidak gentar dan undur menghadapi cabaran musuh.
Berkat kemantapan gandingan teraju kepimpinan, pemuda telah mengharungi pelbagai detik dan episode yang mendebarkan dalam perjuangan. Bangkit dari segala kepayahan dan kesukaran, perjuangan pemuda berani kini amat bernilai dan bermakna di mana berjuang menjunjung tradisi membela dan membangun bersama rakyat.
Sebagai Pemuda Berani, kita menjaguhi gerakan keilmuan dan kita halakan sikap radikal kita kepada proses perubahan dan pembaharuan agar UMNO tetap relevan di alaf baru dan kekal sepanjang zaman. Tanpa menoleh ke belakang, kita sebagai pemuda berani harus gembeling dengan satu suara, satu nada ; bila, di mana, walau bagaimanapun jua.
Kita perlu bersyukur semakin kita peroleh kejayaan dan semakin tinggi cabaran yang didaki, kita tidak lari daripada memastikan setiap komitmen kita kepada parti dan setiap janji kepada rakyat perlu ditunaikan sebaik-baiknya. Inilah waktunya untuk membalas kepercayaan pucuk pimpinan, kepercayaan parti dan kepercayaan rakyat terhadap kita.
Penuhilah tuntutan kepimpinan kita; umpama ungkapan Melayu:
Menjadi pemimpin ia pilihan
Budi mulia dada beriman
Janji diisi amanah dijalankan
Terhadap rakyat belas kasihan
Terhadap negeri penuh perhatian
Maruahnya nampak bertuah badan
Ke mana pergi jadi teladan.
UMNO menjadi parti keramat kerana kemurnian dan kesucian matlamat perjuangannya. Kemurnian dan kesucian ini perlu dipelihara dengan membina benteng-benteng kekuatan dan ketahanan berteraskan keikhlasan, kesetian, kemurnian dan kesucian perjuangan. Maka, Pemuda Berani tidak akan membiarkan UMNO dilemahkan oleh dalang dan petualang.
Penuhilah tuntutan kepimpinan kita; umpama ungkapan Melayu:
Menjadi pemimpin ia pilihan
Budi mulia dada beriman
Janji diisi amanah dijalankan
Terhadap rakyat belas kasihan
Terhadap negeri penuh perhatian
Maruahnya nampak bertuah badan
Ke mana pergi jadi teladan.
UMNO menjadi parti keramat kerana kemurnian dan kesucian matlamat perjuangannya. Kemurnian dan kesucian ini perlu dipelihara dengan membina benteng-benteng kekuatan dan ketahanan berteraskan keikhlasan, kesetian, kemurnian dan kesucian perjuangan. Maka, Pemuda Berani tidak akan membiarkan UMNO dilemahkan oleh dalang dan petualang.
Kita jangan sekali-kali lupa bahawa petualang/penderhaka ini secara perlahan-lahan ingin merosakkan perpaduan sesame kita, menjejaskan imej dan ekonomi negara melalui demonstrasi dan rusuhan jalanan seperti yang berlaku baru-baru ini di Terengganu dengan membakar bendera UMNO dan memusnahkan kemudahan-kemudahan setempat tanpa menghiraukan amaran yang telah diberikan oleh pihak berkuasa.
Perjuangan Pemuda Berani adalah untuk membela hak, nasib dan masa depan umat Melayu yang telah bermula sekian lama dimana mendokong warisan amanah perjuangan UMNO dan generasi terdahulu yang telah mengabdikan diri demi bangsa dan agama.
Dengan tugas yang diamanahkan pada golongan pemuda seperti kita, kita perlu berusaha meningkatkan akses, ekiuti, dan kualiti pendidikan anak Melayu secara berterusan dengan memberikan bantuan dan sokongan kepada pelajar Melayu yang tidak berkemampuan dan memastikan tidak berlaku sebarang pembaziran atau pertindihan.
Menyedari akan hakikat persaingan sengit yang hadir bersama arus globalisasi, kita sebagai Pemuda Berani harus mengajak masyarakat Melayu untuk melihat pelaksanaan sistem meritokrasi dari perspektif positif.
Insya-Allah, tanggungjawab ini tidak akan kita persia-siakan dan sebagai Pemuda Berani, harus berjanji melipat gandakan usaha bagi memastikan kepentingan pendidikan anak bangsa tidak terabai. Usaha ini mesti dianggap sebagai satu jihad penting, jihad utama dan jihad paling besar dalam menatang perjuangan kita memartabatkan bangsa Melayu.
Inilah masanya untuk kita untuk memahami intipati sebenar ajaran Islam yang progresif, yang membentuk cara hidup komprehensif berteraskan kepada tamadun dan pembangunan, yang dahagakan ilmu pengetahuan, yang dinamis, yang toleran dan paling penting mampu menjawab permasalahan umat Islam masa kini.
Pemuda Berani akan terus mendokong gagasan Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai suatu pendekatan untuk memastikan Malaysia menjadi model Negara Islam yang boleh menjadi teladan kepada dunia.
Islam Hadhari bukanlah suatu agama atau aqidah baru. Malah amalan ini adalah panduan kita sejak dari dahulu. Jika terdapat pihak yang mempertikaikan pendekatan Islam Hadhari, pihak itu hanyalah parti Pas yang mempertikaikan bukan kerana ia menyalahi Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi ternyata ideology politik Pas yang lebih gemar memperalatkan agama untuk kegunaan partinya yang terlalu dangkal, beku dan tidak relevan lagi.
Percayalah, segalanya ini tidak berlaku secara kebetulan. UMNO merupakan parti keramat umat Melayu. UMNO lahir bukan kerana berseronok suka, tetapi atas perjuangan orang Melayu dan untuk orang Melayu.
Sedarilah betapa besarnya harapan dunia Melayu dan harapan dunia Islam yang disandarkan kepada kita. Berjanjilah. Berjanjilah pada diri kita masing-masing dan kepada Allah S.W.T yang kita akan berjuang untuk menyahut seruan Agama, Bangsa dan Negara.
Tidak ada sebaik-baik janji melainkan kepada diri sendiri dan kepada Allah S.W.T kerana tiada yang lebih sayu dari melihat bangsa sendiri menjadi hamba. Tiada yang lebih pilu dari melihat anak bangsa melarat dan menderita di tanah airnya sendiri.
Ambillah sedikit masa yang ada untuk kita sama-sama berfikir jauh, untuk sama-sama melihat ke hadapan dan untuk sama-sama bertanya kepada diri sendiri siapakah individu yang ingin kita pilih bagi memimpin pergerakan keramat ini.
Letakkanlah kepentingan agama, bangsa dan negara di tempat teratas, Insya-Allah, pengorbanan pemuda akan memberikan makna kepada gagasan perjuangan UMNO memperkasakan bangsa dan membina peradapan gemilang.
Perahu payang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
Adat pahlawan membela negara.
Bersamalah kita wahai pemuda berani bulatkan tekad, tingkatkan iltizam, bersatu Memenuhi Tuntutan Perjuangan.
Perahu payang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
Adat pahlawan membela negara.
Bersamalah kita wahai pemuda berani bulatkan tekad, tingkatkan iltizam, bersatu Memenuhi Tuntutan Perjuangan.
No comments:
Post a Comment