Wednesday, September 5, 2007

Tak Amboh Salahkan Yang Lain




Penulis tertarik dengan petikan teks dari harakahdaily di mana Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar yang melahirkan kebimbangan jika dakwaan isu perkauman hanyalah rekaan pihak tertentu yang mahu menjadi jaguh dengan sengaja untuk diperlihatkan sebagai penyelesai kepada masalah perkauman yang berlaku di Masai dan Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.


Beliau juga mengimbau kejadian pada tahun 1987 yang mana provokasi antara UMNO dan MCA ketika itu akhirnya pihak lain yang dituduh menjadi punca. Ape motif sebenar Mahfuz berhujah seperti ini? Adakah ingin menyalahkan UMNO sebagai punca kepada masalah perkauman di Johor masa kini?

Berbalik kepada isu perkauman yang berlaku di Johor, masalah kepada isu ini adalah kerana kejadian tembak-menembak yang melibatkan kaum Melayu dan kaum India di Masai, Johor.

Penulis tidak menolak kemungkinan terdapat rasa tidak puas hati yang berlaku di antara kaum di Masai dan Pasir Gudang termasuklah Malaysia keseluruhannya tetapi apakah perlu untuk Pas menyimbah minyak tanah ke atas bara api dengan mengaitkan pihak tertentu terlibat?

Sudah terbuktilah ini adalah tektik kotor Pas untuk meraih undi penduduk menjelang pilihanraya akan dating memandangkan kemorosotan sokongan terhadap parti junjungannya, Pas.

Tidak salahlah jika penulis beranggapan bahawa Mahfuz mengambil kesempatan dengan menggembar-gemburkan isu ini semata-mata demi kepentingan politik yang berpandangan UMNO sengaja ingin menjadi jaguh kepada penyelesaian isu ini untuk mendapatkan kepercayaan rakyat bagi mengundi pada pilihanraya akan dating.

Tidakkah Mahfuz terfikir bahawa terdapat pihak lain yang terlibat dan kemungkinan terdapat kuasa-kuasa asing yang sengaja ingin melaga-lagakan Melayu dan India dengan mengupah seseorang sebagai pencetus kepada isu perkauman ini?

Isu ini tersebar sehingga ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum tanpa mengambil kira sensitivity rakyat pebagai kaum kerana tidak senang dengan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Selain itu, dalam satu kenyataan Ketua Pemuda Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil menyatakan ia adalah merupakan satu episod yang sengaja direka pihak tertentu demi kepentingan politik dengan mengaitkan peristiwa 13 Mei 1969 bertujuan mengelirukan pembaca di harakahdaily.

Tidakkah penulis harakahdaily mengerti bahawa masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.

Apakah relevannya Khairul Faizi dengan menganggap penyebab kepada masalah perkauman adalah kerajaan. Tidakkah sedar bahawa kerajaan UMNO berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia.

Namun begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum.

Isu ini dikatakan tersebar melalui penyebaran meluas system pesanan ringkas (SMS) di Johor, dan SMS tersebut telah pun saya lihat di dada internet tetapi SMS ini bukanlah seperti yang didakwa Mahfuz yang seolah-olah mengaitkan UMNO terlibat dalam masalah ini.

Kandungan SMS tersebut adalah seperti di bawah untuk tatapan semua yang bukan untuk mengelirukan anda seperti di lakukan oleh penulis di harakahdaily di mana membayangkan bahawa UMNO/BN kini adalah pencetus persepsi buruk rakyat terhadap Pas.

SMS 1,
Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati di masai smlm. Baik2 bw kenderaaan. Jgn kuar mlm. Balai polis bergerak dh ada di kwsn kita. Sampaikan pd kaum Melayu kna bhati2. smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.


SMS 2,
A’kum pd smua kekanda2 dan adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan di PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x - FOSSIL MEI LONG –


Kandungan SMS ini jelas mengatakan ini adalah propaganda pihak tertentu untuk menambah kekeliruan rakyat sebagai pembaca untuk menilai dan cerita ini berlarutan dengan pelbagai versi yang memualkan bagi pihak yang mempunyai akal fikiran yang waras.

Tiada apa yang berlaku di sini tetapi Cuma perbuatan anasir-anasir luar yang berniat ingin mengucar-kacirkan persefahaman antara kaum dan Pas tidak perlulah menuding jari terhadap UMNO/BN apabila sesuatu perkara berlaku yang melibatkan kaum Melayu seolah-olah UMNO/BN sahaja yang bertanggungjawab dalam soal perkauman yang tercetus ini.

Penulis dimaklumkan sehingga kini keadaan di Masai dan Pasir Gudang dalam keadaan terkawal dengan bantuan pihak berkuasa yang pantas bertindak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan ini adalah saranan Perdana Menteri sendiri yang tampak gelisah dengan isu ini kerana sebagai penghulu kerajaan beliau sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul bagi mewujudkan masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana Allah menjauhkan umatnya daripada kejadian-kejadian tidak diingini yang bakal berlaku di Masai dan Pasir Gudang dengan penangkapan dua lelaki yang terbukti terlibat dalam penyebaran khabar angin berunsur perkauman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dengan penangkapan ini, penulis berharap kita akan mengetahui siapa sebenarnya dalang dalam penyebaran SMS laying ini di mana sengaja dihantar oleh pihak terbabit untuk melihat kejadian yang berlaku pada 13 Mei 1969 berulang kembali di Johor.

Jelaslah kepada kita semua bahawa kenyataan Mahfuz ini sengaja di perkatakan dengan harapan sokongan rakyat di Johor akan kembali menyokong Pas di mana mendakwa UMNO/BN adalah sengaja ingin menunjukan kehebatan dan kejaguhan untuk diperlihatkan sebagai penyelesai kepada masalah ini.

Sudah terang lagikan bersuluh, Pas masih menggunakan helah kotornya dengan mengelirukan fikiran rakyat dengan hujah-hujah yang bersifat hasad dengki terhadap pihak tertentu dan ini menunjukkan parti Pas masih mundur dan ke belakang.

No comments: