Tuesday, September 11, 2007

Sejarah Ganas Reformasi Berulang – Politik secara Rusuhan Perlu dilawan dengan Ketegasan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Provokasi, ugutan terhadap ketenteraman awam, demonstrasi haram, rusuhan dan perbuatan lain yang mencabar undang-undang masih terus berlaku sehingga menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang dirancang oleh barisan alternatif (BA) dalam kejadian rusuhan yang berlaku di Pantai Baru Buruk, Kuala Terengganu.

Kumpulan ini mendakwa mereka percaya pada demokrasi tetapi tingkah-laku mereka ini lebih cenderung untuk memperlihatkan kejaguhan melawan kerajaan dan gemar menggunakan kekerasan untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Sesiapa sahaja yang berada di Pantai Batu Buruk pada malam 9 september lalu pasti dapat merasakan betapa buasnya nafsu serakah binatang yang ditunjukkan oleh pembangkang mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta benda awam.

Ini adalah politik kotor barisan alternatif bagi memburukkan imej kerajaan dengan menjalankan ceramah yang tidak mempunnyai permit yang sah. Bukan itu sahaja, ceramah yang diberi hanya bertujuan untuk menghasut orang ramai yang hadir yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda supaya menentang kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Surat-surat layang dan beberapa risalah yang memburukkan para pemimpin UMNO disebarkan dari tangan ke tangan. Mereka di ajar supaya memekik dengan penuh semangat dengan memanggil para pemimpin UMNO dengan nama-nama yang buruk.

Kemudian elemen-elemen agama di gunakan untuk membangkitkan kekeliruan anak-anak muda yang hadir. Isu rusuhan ini adalah strategi BA untuk memancing undi rakyat yang gementar melihat sambutan rakyat kembali hangat terhadap kerajaan, di tambah pula dengan isu-isu semasa yang memberikan harapan cerah untuk kerajaan terus menerajui Terengganu.

Hakikatnya, pemuda berani harus terus menerus mengingatkan rakyat tentang kezaliman BA tentang rusuhan ini. Jelas sekali ianya saling tak tumpah macam harimau yang kelaparan memburu mangsa dan melepaskan pada kemudahan awam setempat.

Dengan cara mengadakan rusuhan juga, ia telah menunjukkan politik kotor BA dengan memperlekehkan imej baik kerajaan. Sekaligus, sedar tidak sedar ini telah memberikan imej buruk rakyat pada BA dan memberi peluang cerah untuk kerajaan BN untuk terus menguasai dan membangunkan Terengganu.

Penulis bersetuju dengan keputusan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum yang memutuskan tidak akan membenarkan sebarang ceramah awam diadakan di tempat terbuka sebelum pilihanraya diadakan.

Keputusan ini di buat ekoran kejadian rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang telah mengakibat pelbagai kerugian sehingga mencecah kira-kira RM 1 juta. Dengan ini, kerajaan terpaksa membaiki segala kerosakan sekali gus telah membebankan rakyat akan kemusnahan kemudahan awam dan dipercayai dilakukan oleh pengikut BA.

Dengan insiden rusuhan ini, ianya membuktikan laporan-laporan yang dibuat media arus perdana adalah laporan yang benar bukti keganasan rusuhan yang dilakukan oleh pembangkang dengan lampiran foto-foto ketika rusuhan berlaku.






Berbalik pada isu tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota polis terhadap perusuh yang menyerangnya, penulis berani menjawab beberapa persoalan oleh blog-blog pembangkang bahawa:

(i) mesti melepaskan tembakan ke udara terlebih dahulu,
(ii)sekiranya tidak berkesan,tembakan perlu dihalakan ke paras bawah pinggang, lebih tepat, kaki.
(iii)sekiranya masih tidak berkesan, barulah tembakan boleh dihalakan kepada penyerang.

Diharap penulis-penulis blog pembangkang memahami situasi anggota polis terbabit, di mana beliau secara tiba-tiba dipukul oleh sekumpulan perusuh seramai 20 orang ketika mengawal keadaan dan polis terbabit berhak mempertahankan diri menggunakan amanah kuasa yang telah diberi padanya.

Untuk pengetahuan, pada masa itu keadaan amat kelam-kabut dimana berlaku pergelutan antara perusuh dan anggota polis terbabit, secara logik akal tindakan anggota polis berkenaan amat munasabah kerana bukan niat untuk menembak tetapi berniat ingin mempertahankan diri.

Pembangkang sengaja mendustakan serta mengelirukan laporan-laporan media masa dengan menyalahkan kerajaan BN/UMNO kerana sudah mula terdesak untuk terus mengekalkan kuasa mereka terutamanya di negeri Terengganu yang sudah buntu dengan menggunakan pelbagai tektik untuk menjatuhkan kerajaan BN/UMNO tetapi masih tidak berhasil.

Maka, kita sebagai pemuda berani harus melihat perkara ini sebagai satu petanda positif pada UMNO/BN untuk terus memacu kerajaan pada masa akan datang dengan semangat perjuangan yang ingin membela bangsa, agama dan negara terus gemilang.

1 comment:

padangrata said...

Bagus....kenapa gunakan peluru hidup sahaja, kenapa tak tahan mereka semua, kan mereka semua pengganas, lepas tu boleh gunakan ISA yang ditahan tanpa bicara. Sebab kalau nak dakwa pun sukar, macam kes eric chia, musa hassan dan lain-lain susah nak cari bukti.

Atau sekutu mereka akan bakar bukti

betul tak