Sunday, March 2, 2008

Mengapa Rakyat Tetap Undi Barisan Nasional...

Lumrah kehidupan pelbagai pertanyaan melebihi jawapan, begitulah diumpamakan dengan persoalan ' Adakah Pas masih relevan?'. Inilah persoalan yang perlu dijawab rakyat Malaysia khususnya penyokong pembangkang yang dilihat taksub pada kemenangan sehingga mengenderai syaitan untuk memerangi Barisan Nasional.

Terbaru Pas melebarkan sayap buatannya dengan mewujudkan fatwa baru iaitu rakyat dibolehkan mengumpat dan mencerca demi kebaikan kononnya tetapi bagaimana pula pegangan Islam sebenar yang melarang umatNya daripada berbuat dosa dimana mengumpat itu adalah dosa.

Disebalik kancah pilihanraya ke-12 ini, para pemimpin Pas dilihat taksub untuk mengekalkan kedudukan sehingga sanggup mengabaikan pesanan Mursyidul Amnya sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memesan supaya tidak mencerca atau menyerang peribadi lawan tetapi dasar ketamakan yang membuak mengatasi perasaan hormat mereka terhadap ketua mereka sendiri merangkap penasihat parti.

Inikah pemimpin yang anda mahu contohi? Pemimpin yang berlagak berilmu tinggi sehingga mencipta pegangan sendiri sehingga melawan hukum tuhan sendiri. Mengapa rakyat Malaysia akan terus memilih Barisan Nasional? Lihatlah simboliknya Barisan Nasional pada rakyat Malaysia dibawah:

1. Kepimpinan teras utama - Berdasarkan kepimpinan BN dan kepimpinan pembangkang, kepimpinan BN jauh lebih baik dan sejak dahulu lagi BN telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas dimana menerapkan konsep permuafakatan antara parti sedang Pas kini kian terpesong kononnya parti Islam yang menerapkan Islam seratus peratus tetapi menolak fahaman Islam sebenar itu sendiri.

2. Kemurahan hati sifat terpuji - Jika hendak melihat betapa baiknya seseorang lihatlah pada hatinya, inilah antara sifat-sifat terpuji para pemimpin BN yang sanggup melopori kesusahan rakyat bersama demi kesejahteraan bersama berbanding Pas yang hanya 'indah rupa dari kata-kata'.

3. Menipu bukan sifat BN - Kerajaan BN tidak rela menang dengan menipu rakyat dan kemenangan BN adalah kemenangan rakyat juga kerana BN dipilih oleh rakyat berdasarkan sistem demokrasi berparlimen yang bebas, berbanding Pas serta pakatannya yang hanya bersandiwara bertopengkan serban dan jubah kononnya inilah pakatan pembela rakyat.

4. Kebajikan rakyat misi utama - Ternyata kebajikan rakyat terbela dengan adanya kerajaan menerusi BN yang berusaha merubah kehidupan rakyat kepada kehidupan lebih terjamin dimana sebanyak 43.4 bilion jumlah subsidi telah dibelanjakan setahun ke atas barang-barang keperluan buktinya kini jurang kemiskinan antara rakyat berjaya diturunkan secara ketara.

5. Pembangunan modal insan penyampaian berkesan - Terbukti kepimpinan BN kini berjaya menerapkan pembinaan modal insan sekaligus telah memberi manfaat besar kepada negara terus memacu negara menjadi lebih bermutu setaraf negara maju yang lain, sedangkan Pas mempergunakan rakyat demi pemikiran sempit dan taksub mereka terhadap perjuangan ala Islamiah sehingga sanggup memburukkan imej bersih kerajaan pada dunia luar.

Pencapaian cemerlang negara dalam pelbagai bidang terutama sejak BN diberi mandat besar dalam pilihan raya umum empat tahun lalu harus dibanggakan; sekali gus membuktikan keupayaan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menunaikan janjinya kepada para pengundi tahun 2004.

Kepada rakyat Kelantan khususnya yang dijajah Pas selama tiga penggal(18 tahun), bangun dan sedarlah kerana Pas hanya parti angan-angan sahaja dimana parti ini(Pas) telah banyak menipu, merosakkan dan menjual maruah rakyat Kelantan demi fahaman toghutnya. Inilah contoh penipu besar serta perosak bangsa yang jelas kesannya terdapat di Kelantan, Terengganu dan bandar-bandar terkenal di Malaysia.

Undilah Barisan Nasional. Selamat Aman Makmur.

3 comments:

Anonymous said...

yg lelain tu .. aku malas nak komen ..

cuma tang Selamat Aman Makmur. tu ...

dah ramai budak kena culik ....??
di mana yg kata Selamat Aman Makmur. tu ..... ??

azhar said...

assalamualaikum brader..
tulisan anta tu tak de berpijak dibumi nyata..banyak tak betul..nasihat saya pergi belajar ugama Islam betul-betul..ttg ngumpat dibolehkan dengan syarat..ade lagi..mike ni pergi ke masjid cari tok guru belajar betul2 ilmu agama..jangan main tulih je..dosa..dosa..dosa..

baharuzzi said...

selamat aman makmur poket-poket mereka...

bodohnya sape yg sokong ameno