Monday, March 3, 2008

Bangganya Aku Pangkah PAS

Andainya Pas menang PRU-12 kali ini, aku pasti individu yang bertuah dan dengan bangganya bercerita pada kawan-kawan aku, PAS menang sebab undi aku. Buat pengetahuan umum, akulah individu yang berusaha siang malam, hujan dan panas untuk pastikan Parti Angan-angan Saja menang.

Jadi, wajiblah aku mendabik dada dan berbangga diri kerana disebabkan usaha aku maka rakyat Kelantan dapat melihat PAS membawa kemajuan yang tidak terhingga terhadap AGAMA dan BANGSAku.

Bangga sungguh aku bila melihat :-

1) Pemimpin aku berjaya memperdaya dan menghasut rakan-rakanku supaya mengikut sahaja apa yang disampaikan kerana penyampaian pemimpin aku berdasarkan al-Quran dan hadis Islam sebenar walaupun mereka tahu mereka sebenarnya sudah terpesong jauh.

2) Akibatnya kehidupan rakan-rakanku porak-peranda daripada berakhlak mulia dan menurut perintah Tuhan kepada berakhlak serupa haiwan melampaui hukum Tuhan.

3) Bangga aku melihat pemimpin aku berTOPENGkan jubah dan serban sedangkan aku tahu niat mereka hanya untuk mengaburi mata saudara-saudaraku.

4) Bangga aku melihat pemimpin aku MEMPERMAINKAN ayat al-Quran dan MEMPERSENDAKAN sunnah demi mengejar kemenangan sehingga memperdayakan saudara-saudaraku dengan mengatakan 'mengumpat itu bukan dosa'

5) Bangga aku melihat rakan-rakanku yang terpelajar berada no.1 dalam carta PENGANGGURAN disebabkan tiada pembangunan disediakan sejak Parti pujaan aku memerintah Kelantan.

6) Bangga aku melihat anak-anak sebangsa aku berada no.1 dalam carta RUSUHAN JALANAN.

7) Bangga aku melihat para pemimpin aku berada no.1 dalam carta PENIPU-PENIPU BESAR terkenal di dunia.

8) Bangga aku melihat para pemimpin aku amat senang MENGHASUT anak-anak melayu sehingga terabai kebajikan diri sendiri.

9)Bangga aku melihat pemimpin yang aku lantik telah berjaya mendidik saudara-saudaraku
supaya mengikut suruhan Tuhan sehingga terciptanya pelbagai pegangan katanya ajaran Tuhan.

BANGGA SUNGGUH AKU.
BANGGA SUNGGUH AKU.
BANGGA SUNGGUH AKU.

Teruskanlah tradisi mengundi PAS, Semoga dengan mengundi PAS dapatlah kita lihat anak-anak, cucu-cucu dan keturunan kita dapat tergolong dalam golongan di atas..
UNDILAH.. UNDILAH.. UNDILAH .. Parti Angan-angan Saja.. PAS..

"Membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan",

10 comments:

Anonymous said...

Nak percaya macamana Ulamak PAS pun cakap tak serupa bikin ??????

Kalau dulu kata : Wanita tak boleh jadi pemimpin
Tapi sekarang : Banyak pulak Wanita jadi calun PAS ????

Kalau dulu kata : Nak buat negara islam
Tapi sekarang : Negara kebjikan ( negara islam tak terlaksana lagi nak buat lain pulak ????????)

Kalau dulu kata : Haram undi orang kafir....
Tapi sekarang : Boleh undi orang kafir....

#### Cukuplah 3 perkara ini diwawarkan.

*** Ulamak pas kata boleh mencaci orang orang......Tapi dah banyak kitab yg telah didengar.... Tak pernah Nabi muhammad Mencerca orang.... Walaupun
Kepada musuhnya.

Bukannya tak percaya langsung kat ulamak PAS ni. Dalam bab agama boleh percaya.Tapi kalau masuk bab politik memang tak leh percaya..... ..

Anonymous said...

Nak percaya macamana Ulamak PAS pun cakap tak serupa bikin ??????

Kalau dulu kata : Wanita tak boleh jadi pemimpin
Tapi sekarang : Banyak pulak Wanita jadi calun PAS ????

Kalau dulu kata : Nak buat negara islam
Tapi sekarang : Negara kebjikan ( negara islam tak terlaksana lagi nak buat lain pulak ????????)

Kalau dulu kata : Haram undi orang kafir....
Tapi sekarang : Boleh undi orang kafir....

#### Cukuplah 3 perkara ini diwawarkan.

*** Ulamak pas kata boleh mencaci orang orang......Tapi dah banyak kitab yg telah didengar.... Tak pernah Nabi muhammad Mencerca orang.... Walaupun
Kepada musuhnya.

Bukannya tak percaya langsung kat ulamak PAS ni. Dalam bab agama boleh percaya.Tapi kalau masuk bab politik memang tak leh percaya..... ..

Anonymous said...

Bangganya aku Undi UMNO:-

Dah 50 tahun memperjuangkan org Melayu, Org Melayu terus maju dalam bidang penagihan dadah, mat rempit, buang anak & menganggur.

Cukuplah 1 ni untuk aku terus undi UMNO. Janji Melayu maju. dpt Sorang pergi angkasawan pun tanda Melayu maju.Kan?

Aku akan terus undi UMNO. Aku hanya akan lihat statistik Melayu berjaya je. Aku takkan percaya statistik org Melayu rosak. Hidup UMNO. Melayu akan terus layu.

Anonymous said...

Sedih aku tgk blog pro BN.. tandus dan kontang... sendiri buat.. sendiri komen.. hehehehhee sedih....

Anonymous said...

Bagui juga blog hang ni...,
Tapi aku tak berapa faham dengan kenyataan yang putar belit dalam blog hang ni....Kalau nak bagi pendapat terus terang je...tak payah nak melalot macam orang tak ada akal... Kalau hang sokong BN kata terus terang hang sokong BN...
Hang sama ga dengan pemimpin yang suka cakao berbelit belit... sampai tersimpui lidah....

Anonymous said...

Kalu orang tak faham tak payah komenlah. Tak kerana UMNO orang Melayu entah ke mana? Hasil perjuangan orang UMNOlah... lu orang tak kebuluran. Tak reti bersyukur. Fitnah jadi mainan. Tengok ada maksiat salah BN, ada mat rempit salah kerajaan, ada rahsuah kakitangan kerajaan salah pemerintah, ada buang anak salah pemimpin. Hoi lu orang buat apa. Entah boleh bersembang kat kedai kopi saja. Ingatkahhhh.... sebanyak 1 juta kakitangan kerajaan entah yang buat rahsuah tu kakitangan pro pembangkang, 24 juta rakyat. Kita punya anak 4 orang pun susah mau jaga. Ada isteri dua pun selalu gaduh2... ada akal Allah Taala bagi tu gunalah.. jangan asyik kata orang....lihat http://perpaduanmelayu.blogspot.com

Mat Yie said...

Pembangkang memang pelupa dan mudah melupakan.

Panglima Perang Cyber said...

Jangan kita lupa bahawa Munafik juga berserban berjubah di zaman baginda s.a.w......tembak mereka dengan pena kita !!!!

Anonymous said...

banggaya aku Pangkah BN (Barang Naik)
1- Pemimpin ku kaya-raya
2- taukey kata senang kira

Anonymous said...

sokong pemuda berani.
teruskan usaha. sekarang, makin ramai dah sedar, disebabkan pr, Islam dan Melayu makin tertekan.