Wednesday, February 27, 2008

Pembangkang Tiada Isu- Gunakan Strategi Mengunkit

Oleh: Jingga

Tindakan parti-parti pembangkang dalam membangkitkan pelbagai isu lapuk selain mengutuk segala masalah yang sudah berjaya diselesaikan kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas membuktikan mereka ketandusan modal dan bertujuan untuk menarik sokongan rakyat.

Perkara ini diakui oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa segala tindakan pembangkang ibarat ‘memukul gendang lama’dan tidaklah dihairankan kerana ianya bukan satu perkara baru sebaliknya pernah berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu.

Mereka ini lebih sesuai digelar “katak bawah tempurung” kerana hanya berbunyi selepas hujan.Samalah seperti apa yang mereka lakukan sekarang ini dengan membangkitkan isu-isu lama yang sudah menjadi lapuk.

Tujuan mereka ialah menarik sokongan rakyat.Tetapi pembangkang ini lupa hakikat rakyat kini semakin matang dan tidak mudah terpedaya dengan helah pembangkang, sebaliknya akan terus menyokong BN seperti pada pilihan raya lalu.

Biarpun manifesto yang diketengahkan parti-parti pembangkang termasuk menghalalkan demonstrasi jalanan, ianya membuktikan mereka seolah-olah ingin melihat negara huru hara dan berpecah belah.

"Ini berbeza manifesto BN yang mengutamakan keselamatan, keamanan dan kemakmuran yang diperlukan rakyat. Kita tahu ramai pihak luar irihati dengan pencapaian kita dan ingin melihat negara kucar-kacir tapi BN tidak akan benarkan perkara ini," katanya.

Jika dahulu mereka menyifatkan pemimpin kerajaan BN terbabit rasuah dan salah guna kuasa. Tetapi apa yang dapat dilihat sekarang pemimpin pembangkang sendiri menyalahgunakan kuasa untuk mengutuk saudara sesama Islam dengan menggelarkan orang Umno sebagai orang utan.

Lebih mendukacitakan apabila pemimpin yang mengangkat Islam sebagai wadah perjuangan mereka, ternyata angkuh dan sombong. Ini terbukti apabila pemimpin yang kelihatan warak enggan meyambut salam sesama Islam.

Jelas kini, arah perjalanan mereka tersasar dari landasan sebenar.Segalanya jelas dikala menjelangnya pilihanraya umum march ini.

No comments: