Dewasa ini pelbagai gejala-gejala sosial seperti dadah, bohsia, mat rempit dan segala gejala negatif semakin menjadi-jadi di negara kita dan adakah kita pernah terfikir bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini agar setiap masa yang terluang oleh golongan muda ini ditumpukan untuk menimba pengetahuan lantas dengan sendirinya masalah lepak dan berpeleseran dapat dibendung.
Konsep peluang kedua ini merupakan cetusan minda bagi membantu golongan muda dengan memberi peluang pendidikan dan dalam masa yang sama ia menjamin peluang kerjaya khasnya kepada mereka yang mendapat keputusan minimum tetapi masih mempunyai minat yang mendalam untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
Menurut Pengerusi Putera UMNO Datuk Abdul Azeez satu inisiatif telah dijalankan bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini serta skim ini adalah untuk remaja yang berumur 18 hingga 25 tahun.
Golongan-golongan remaja diharap tidak akan melepaskan peluang keemasan kerana akan diberi kemudahan untuk belajar dan juga bantuan kewangan serta akan didaftarkan di dalam skim yang di anjurkan oleh Majlis Latihan Vokasional dan Kementerian Belia dan Sukan.
Objektif program ini adalah untuk membantu serta meningkatkan taraf sosio ekonomi anak Melayu seiring dengan kepesatan pembangunan negara. Program ini juga merupakan keutamaan Putera UMNO bagi memastikan setiap peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk anak bangsa yang mendapatkan ilmu pendidikan digunakan sepenuhnya oleh golongan muda ini tanpa dipersia-siakan.
Sebagai usaha membantu golongan ini berubah sikap lebih 6,000 mat rempit akan dhantar keluar negara untuk bekerja dalam pelbagai bidang selepas mengikuti latihan-latihan di kolej tertentu anjuran Putera UMNO.
Dalam program kedua ini kursus-kursus yang ditawarkan memang mempunyai banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang terlibat dalam kerana kursus yang ditawarkan adalah seperti kursus automotif, kursus perhotelan dan juga kursus kejururawatan.
Peluang ini diambil berdasarkan dua permintaan dari luar negara iaitu di Timur Tengah dan Australia yang memerlukan khidmat lelaki muda untuk memberi perkhidmatan dalam bidang tertentu.
Dimana negara-negara Timur Tengah meminta agar lebih kurang 5,000 orang untuk bertugas sebagai jururawat di hospital manakala yang selebihya seramai 1,500 sebagai pengimpal kapal.Ini merupakan peluang baik kepada golongan rempit yang lebih gemar melepak,berlumba haram tanpa mengira masa.
Perkara yang paling penting sekali ialah terletak kepada mat rempit itu terlebih dahulu kerana mereka perlu ada keinginan yang menebal untuk berubah dan memikirkan masa depan mereka akan tetap gelap jika memilih cara hidup yang tidak sihat.
Untuk keterangan lanjut sila layari laman http://www.puteraumno.net/peluangkedua/ atau hubungi En. Sharol di talian 012-6925589.
1 comment:
bagaimana pula orang yang berada diluar negara untuk menerukan pelajaran, tetapi wang tidak mencukupi. khususnya bidang pengajian islam, saya buntu mencari sumber untuk ini
Post a Comment