Wednesday, September 26, 2007

Beraninya Mat Sabu Menegur Polis…


Peranan polis telah wujud sejak adanya undang-undang di zaman kesultanan Melaka dan merupakan undang-undang yang terawal di Malaysia. Polis adalah satu organisasi pasukan keselamatan dan terdapat pelbagai jabatan didalam ditubuhkan khas untuk membanteras jenayah di Malaysia.

Di bawah jabatan siasatan jenayah, polis bertanggungjawab dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah keganasan terhadap manusia dan harta benda. Tidak hairanlah jika polis melibatkan diri dalam kes rusuhan di Terengganu baru-baru ini.


Namun, naib presiden Pas, Mat Sabu @ Mat Penyapu masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian kes isu rusuhan ini dan mendakwa pihak polis adalah dalang yang tidak bertindak professional sebagai pasukan keselamatan pada isu rusuhan ini.

Apa yang hendak ditegaskan bahawa kadar jenayah di Malaysia menurun sebanyak 8.3 peratus dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Ini menunjukkan pihak polis mesra, cepat, betul serta adil dalam membanteras jenayah yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bermoral yang terdiri daripada pembangkang.

Walaubagaimanapun, dasar pembangkang di Malaysia memang tidak ubah seperti ‘tin kosong’ bercakap besar tetapi percakapan mereka semua itu tidak berilmu dan tidak boleh diguna pakai.

Pada perjumpaan baru-baru ini, berhubung isu tragedi Batu Burok yang dihadiri oleh Mat Sabu di Kuala Nerus, beliau menyatakan Pemuda Umno adalah musuh mereka dan polis adalah barua UMNO.

Penulis hendak menegaskan bahawa dalam isu ini, polis telah bertindak secara rasional dengan menangkap segelintir orang awam yang rata-rata tergolong daripada pembangkang. Tiada anasir-anasir luar yang terlibat atau mencampuri urusan pihak polis dalam kejadian ini mahupun Pemuda Umno.

Setelah siasatan terperinci oleh polis, ternyata tohmahan Mat Sabu ke atas Pemuda Umno sebagai pencetus rusuhan adalah kata-kata dusta yang bersifatkan hasad dengki. Malah tindakan Pemuda Umno harus di puji dan paling Berani dengan melaporkan kejadian sebenar kepada polis bertujuan hendak menegakkan keadilan orang-orang awam yang teraniaya oleh perbuatan penyokong pembangkang.

Rentetan isu rusuhan yang terjadi di Batu Burok, Terengganu; dimana fungsi parti Pas sebenarnya? Untuk membendung dan menyelesaikan masalah? Di mana prinsip parti Pas sebenarnya? Adakah hanya tunggul kayu yang hanya melihat penyokongnya sendiri membuat salah?

Meskipun isu-isu yang dilihat memberi impak negatif kepada UMNO/BN dan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang semakin menonjol dan jumlahnya kalau dikira bertambah banyak, tetapi saya masih merasakan ia tidak cukup untuk mencetuskan satu sentimen menyeluruh di kalangan pengundi untuk menolak UMNO/BN.

Dalam masa yang sama, Mat Sabu berangan-berangan ingin menubuhkan sebuah negara demokrasi tulin di bawah jajahan Pas, namun penulis tersenyum sendirian dan tertanya-tanya beberapa persoalan.

Apakah yang difahami Mat Sabu berkenaan demokrasi tulin? Apakah bukti bahawa Pas mengamalkan demokrasi di dalam partinya? Adakah sekadar amalan demokrasi ini bagai batuk di tangga, sekadar untuk melepaskan hajat untuk menang dalam pilihanraya?

Penulis percaya di dalam Pas mereka hanya mengamalkan kepercayaan sesame mereka sendiri(jumud) dan enggan sama sekali mendengar pandangan individu lain mengenai partinya jika berlawan daripada perjuangan parti yang kononya mengikut ajaran Islam.

Pemerintahan demokrasi yang tulen adalah suatu pemerintahan yang benar-benar melaksanakan kehendak rakyat yang sebenarnya dan penafsiran atas demokrasi akan berubah menjadi suara terbanyak dari rakyat yang ramai.

Berbalik kerajaan Pas di Kelantan, jika benar Pas mengamalkan demokrasii, amalan demokrasi tidak asli lagi, kerana Pas tidak dapat melaksanakan kehendak seluruh rakyat. Dalam hal ini, terbukti demokrasi telah disalahgunakan oleh para pemimpin Pas untuk memperoleh pengaruh pada pemerintahan negara, dengan memperalatkan dan menganiaya rakyat Kelantan untuk menyokong perjuangannya dengan janji-janji yang sentiasa tidak ditunaikan.

Demi menjaga kesejahteraan, maka membuat sebarang janji hendaklah ditepati. Menepati janji itu adalah tuntutan syara‘, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”.
(Surah Al-Isra’: 34)

Hal ini dijelaskan lagi oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dalam firmanNya:
Tafsirnya: “Dan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah: 177)

Ini bererti mungkir janji atau sengaja tidak mahu menyempurnakan janjinya di mana orang sedemikian tergolong dalam golongan orang-orang munafiq. Munafiq juga adalah satu sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat. Hal orang munafiq ini telah ditegaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:
Maksudnya: “Dari tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga iaitu jika dia bercakap dia berbohong dan jika dia berjanji dia mengingkari janji dan jika diamanahkan dia khianat”.
(Hadis riwayat Muslim)

Demikian, keburukan orang-orang yang sengaja mungkir janji sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Qur‘an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ternyata kata-kata Mat Sabu @ Mat Penyapu dan para pemimpin Pas yang lain sentiasa tidak relevan serta dusta demi kepentingan politik sahaja.

Thursday, September 20, 2007

Pas Semakin Tidak Berprinsip!!!

Penulis sangat bersemangat menulis tentang pemimpin Pas yang semakin galak menipis maruah Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan terbukti bahawa pemimpin Pas kini sudah terpesong daripada prisip perjuangan Islam yang didukunginya.

Penulis hendak mempersoalkan dengan persoalan ‘apakah prinsip sebenar parti Pas’ dan persoalan sebeginilah yang mesti difikirkan oleh para pemimpin Pas yang kian terlanjur menggunakan muslihat kotor dalam politik dan berpura-pura kononnya pemimpin yang Islamik di mata masyarakat.

Kejahilan para pemimpin Pas dalam bab kemaafan dan tidak berdendam(artikel pembangkang) membuat penulis diterjal persoalan; dimana maruah pemimpin Pas yang dulunya berpegang pada prinsip mendidik dan membina individu-individu, masyarakat dan negara supaya menjalani kehidupan seharian berpaksikan tauhid.

Semenjak dari penubuhannya lagi, Pas telah mencanangkan penubuhan sebuah negara Islam. Kini, setelah hampir 50 tahun bergerak sebagai sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, konsep negara Islam ala Pas ini masih kabur dan fantasi semata-mata.

Terbukti para pemimpin Pas kini masih mempunyai pemikiran, perangai, perspeksi yang jahat terhadap kerajaan UMNO/BN dan Inilah mainan politik BA terutamanya Pas yang boleh menghancurkan negara. Cuba bayangkan sekiranya ditakdirkan Allah, pemerintahan negara jatuh ke tangan golongan-golongan 'haprak parpu' (BA) ini. Belum apa-apa sudah mula berebut pahaman yang harus dibawa.

Yang membezakan di antara kesemua itu hanyalah Ilmu dan hidayah kebenaran yang diberikan oleh Allah dan ternyata para pemimpin Pas tidak boleh menerima kenyataan dan tidak menerima kebenaran yang dibawa oleh dalil-dalil yang dikemukakan di dalam Al-Quran dan hadis yang hanya ‘jumud’ terhadap pandangan ‘golongan sendiri’.

Pas yang kononnya parti Islam tetapi sewenang-wenangnya menggunakan perkataan-perkataan yang menghina terhadap musuhnya seperti taghut, firaun dan sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang mudah terpengaruh dan tercetuslah apa yang dikatakan rusuhan.

Akibatnya, tokoh-tokoh agama, para ulama, para ustaz di bawah naungan Pas tanpa segan silu lagi membelakangkan prinsip hidup Islam dengan mengatakan orang ini tidak betul dan orang itu salah. Tidak salahlah kita menyalahkan parti Pas adalah pencetus sebenar isu rusuhan yang berlaku di Terengganu baru-baru ini.

Penulis berasa, di dalam Islam, jahat dalam politik sama sahaja jahat di luar politik. Malah jahat Pas dalam politik mengakibatkan bangsa rosak, negara kucar-kacir dan agama dipesongkan sesuka-hati sedangkan jahat di luar politik, paling memuncak jahat seseorang itu bersifat individu yang memberi kesan tidak menyeluruh seperti rompakan dll.

Tapi bagaimana dikatakan Pas jahat di dalam politik? Bukan sahaja rakyat menjadi mangsa Pas (tahun 2004 menyebabkan Kelantan mencatat kadar tertinggi kemiskinan) sebaliknya satu negara, tergadainya maruah bangsa, hinanya agama rasmi, rosaknya kedaulatan undang-undang, terlucutnya kuasa raja-raja dan lain-lain lagi.

Setelah pelbagai pembohongan Pas didedahkan oleh pemimpin, media dan penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), sedikit demi sedikit hasutan yang dipupuk oleh Pas telah terhakis dan masyarakat mula sedar akan penipuan besar yang cuba dibawa oleh Pas.

Hingga hari ini, Islam sebagai Ad-din hanyalah slogan politik Pas. Kalau perjanjian untuk menegakkan Islam sebagai Ad-din pun mereka enggan tandatangani, bayangkan pula perjanjian-perjanjian lain. Pas adalah parti yang memperalatkan Islam untuk kepentingan politik.

Terbukti rakyat negeri Kelantan sudah serik berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas sejak hampir 17 tahun lalu dan penulis mendapat khabar rakyat negeri itu sendiri mengaku mereka tidak mahu lagi mengundi Pas sebaliknya ingin kembali ke pangkuan jalan dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Al-Quran tidak melarang kita berbeza pendapat. Hadis juga tidak melarang, tetapi kedua-duanya melarang kita berpecah-belah. Tetapi Pas masih ingin menyalahkan kerajaan UMNO/BN dalam mentadbir kerajaan. Pas sentiasa mahu menegakkan benang basah seolah-olah suara mereka lebih lantang dari suara-suara ulama yang diiktiraf.

Kerajaan BN melalui UMNO telah menyediakan landasan yang lengkap untuk umat Islam mendalami ilmu agama Islam dan mengamalkannya tanpa sebarang halangan. Tidak akan ada kemenangan tanpa kekuatan. Tidak ada kekuatan tanpa kesatuan dan tidak ada kesatuan tanpa silaturrahim. Demikianlah yang dikatakan ‘Pas semakin tidak berprinsip’.

Tuesday, September 18, 2007

Pas Hipokrit Dalam Isu Penyokongnya Membakar Jalur Gemilang

BENDERA adalah panji diri sesebuah negara. Ia juga adalah panji kepada sesuatu bangsa. Maruah dan kehormatan bangsa dan negara itu terletak kepada bendera. Bendera menjadi lambang kepada bangsa dan negara.

Minggu lepas, kejadian bakar bendera yang berlaku di Pantai Batu Burok telah dieksploit sepenuhnya oleh Pas bagi menuduh kerajaan UMNO/BN tidak bertanggungjawab sedangkan individu terbabit sudah pun diberkas dan pihak polis telah memastikan individu yang terbabit adalah dikalangan seorang penyokong pembangkang atau orang awam antara pencetus provokasi yang mengundang kebencian rakyat serta pemimpin kerajaan atas tindakannya.

Malah yang menimbulkan kemusykilan ketika mana individu tersebut sedang membakar bendera Malaysia, beliau sama sekali tidak dihalang oleh rakan-rakan seperjuangannya,Pas malah mereka seolah-olah membutakan mata setelah mengetahui rakannya sendiri yang membakar.

Kenapa situasi ini terjadi? Apakah dalam parti Pas jika penyokongnya membuat kesalahan, ia dibiarkan dan hanya melihat kerana takut untuk menegur sesame sendiri kerana khuatir akan menjejaskan sokongan individu terbabit untuk terus menyokong Pas dan untuk mengelakkan perbalahan dalaman.

Mengapa ini terjadi? Teguran itu adalah sebaik-baik nasihat kerana ia adalah suatu perkataan yang harus di terima secara terbuka tanpa menyimpan perasaan dendam tetapi sukar untuk diamalkan oleh penyokong-penyokong Pas.

Terbukti di dalam Pas budaya ini tidak diamalkan malah ia semakin terkubur di mana di dalam parti Pas suasana masyarakat lebih mementingkan di sendiri dan apabila timbulnya sesuatu masalah besar akibat pengabaian budaya menegur ini maka masing-masing saling menuding jari terhadap orang lain tanpa mengakui kesilapan diri-sendiri.

Sebab itulah antara punca tingkatnya kadar jenayah pada hari ini akibat masing-masing tidak menghiraukan kelakuan negative yang dilihat dan hanya berpeluk tubuh sehingga terhindarnya rasa tanggungjawab seseorang terhadap dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat sekitar. Melainkan yang membakar bendera itu orang gila mungkin dia perlu dilepaskan. Tetapi kalau dia waras, tiak kira siapa dia, dan anak siapa, harus dikenakan tindakan.

Rentetan dari peristiwa tersebut, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata tindakan pemimpin Pas membenarkan penyokong-penyokongnya membakar dan memijak bendera Jalur Gemilang yang telah menjatuhkan maruah negara, malah ia memperlihatkan Pas boleh dianggap sebagai sebuah parti yang tidak menghormati maruah dan martabat Negara.

Namun masih ada lagi segelintir pemimpin Pas yang mempersoalkan integriti pihak polis dalam peristiwa rusuhan ini. Apa yang dibangkitkan adalah isu penggunaan peluru hidup oleh seorang anggota polis untuk mempertahankan diri oleh ketua dewan pemuda Pas pusat, Salahudin Ayub yang membayangkan penggunaan peluru hidup adalah salah.

Penulis pernah melihat anggota-anggota polis di sekitar Terengganu di mana ketika anggota ini keluar menjalankan tugas, sepucuk pistol sentiasa berada disisinya. Justeru itu, penulis berasa setiap anggota yang keluar menjalankan tugas wajib membawa pistol dan dibekalkan peluru hidup bagi mempertahankan diri dan keadaan sekeliling daripada jenayah yang tidak diduga bakal terjadi.

Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi adalah wajar dan relevan bagi membenteras perusuh-perusuh Pas pada masa akan datang kerana mereka ini semua tidak makan dek suara apabila di larang, dan tindakan pihak polis bagi meleraikan rusuhan adalah tindakan yang bijak.

Keamanan dan keharmonian Negara akan lebih terjamin dan mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.

Dapat dilihat betapa buruknya hati budi sesetengah kepimpinan Pas terhadap negaranya sendiri dan dalam masa yang sama berdolak dalih apabila hal begini ini berlaku. Rusuhan in bukan pertama kali berlaku di Terengganu, malah bukti-bukti diperoleh setakat ini menunjukkan Pas merancang rusuhan sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda awam.

Justeru itu, Pemuda Berani dituntut berhati-hati jangan lalai dan leka sehingga terjerumus jatuh ke dalam perangkap jahat Pas dalam memutarbelitkan fakta kejadian pembakaran bendera ini. Dalam masa yang sama, kerja-kerja penerangan perlu dilakukan secara menyeluruh dengan matlamat rakyat menerima dan akur dengan versi UMNO dan menolak versi Pas Jahiliyah terhadap kejadian ini.

Oleh itu, jangan sesekali Pemuda Berani membuka ruang sehingga UMNO dilihat rakyat seolah memakai topeng hodoh yang disediakan Pas. AWAS!!

Tuesday, September 11, 2007

Sejarah Ganas Reformasi Berulang – Politik secara Rusuhan Perlu dilawan dengan Ketegasan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Provokasi, ugutan terhadap ketenteraman awam, demonstrasi haram, rusuhan dan perbuatan lain yang mencabar undang-undang masih terus berlaku sehingga menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang dirancang oleh barisan alternatif (BA) dalam kejadian rusuhan yang berlaku di Pantai Baru Buruk, Kuala Terengganu.

Kumpulan ini mendakwa mereka percaya pada demokrasi tetapi tingkah-laku mereka ini lebih cenderung untuk memperlihatkan kejaguhan melawan kerajaan dan gemar menggunakan kekerasan untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Sesiapa sahaja yang berada di Pantai Batu Buruk pada malam 9 september lalu pasti dapat merasakan betapa buasnya nafsu serakah binatang yang ditunjukkan oleh pembangkang mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta benda awam.

Ini adalah politik kotor barisan alternatif bagi memburukkan imej kerajaan dengan menjalankan ceramah yang tidak mempunnyai permit yang sah. Bukan itu sahaja, ceramah yang diberi hanya bertujuan untuk menghasut orang ramai yang hadir yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda supaya menentang kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Surat-surat layang dan beberapa risalah yang memburukkan para pemimpin UMNO disebarkan dari tangan ke tangan. Mereka di ajar supaya memekik dengan penuh semangat dengan memanggil para pemimpin UMNO dengan nama-nama yang buruk.

Kemudian elemen-elemen agama di gunakan untuk membangkitkan kekeliruan anak-anak muda yang hadir. Isu rusuhan ini adalah strategi BA untuk memancing undi rakyat yang gementar melihat sambutan rakyat kembali hangat terhadap kerajaan, di tambah pula dengan isu-isu semasa yang memberikan harapan cerah untuk kerajaan terus menerajui Terengganu.

Hakikatnya, pemuda berani harus terus menerus mengingatkan rakyat tentang kezaliman BA tentang rusuhan ini. Jelas sekali ianya saling tak tumpah macam harimau yang kelaparan memburu mangsa dan melepaskan pada kemudahan awam setempat.

Dengan cara mengadakan rusuhan juga, ia telah menunjukkan politik kotor BA dengan memperlekehkan imej baik kerajaan. Sekaligus, sedar tidak sedar ini telah memberikan imej buruk rakyat pada BA dan memberi peluang cerah untuk kerajaan BN untuk terus menguasai dan membangunkan Terengganu.

Penulis bersetuju dengan keputusan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum yang memutuskan tidak akan membenarkan sebarang ceramah awam diadakan di tempat terbuka sebelum pilihanraya diadakan.

Keputusan ini di buat ekoran kejadian rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang telah mengakibat pelbagai kerugian sehingga mencecah kira-kira RM 1 juta. Dengan ini, kerajaan terpaksa membaiki segala kerosakan sekali gus telah membebankan rakyat akan kemusnahan kemudahan awam dan dipercayai dilakukan oleh pengikut BA.

Dengan insiden rusuhan ini, ianya membuktikan laporan-laporan yang dibuat media arus perdana adalah laporan yang benar bukti keganasan rusuhan yang dilakukan oleh pembangkang dengan lampiran foto-foto ketika rusuhan berlaku.






Berbalik pada isu tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota polis terhadap perusuh yang menyerangnya, penulis berani menjawab beberapa persoalan oleh blog-blog pembangkang bahawa:

(i) mesti melepaskan tembakan ke udara terlebih dahulu,
(ii)sekiranya tidak berkesan,tembakan perlu dihalakan ke paras bawah pinggang, lebih tepat, kaki.
(iii)sekiranya masih tidak berkesan, barulah tembakan boleh dihalakan kepada penyerang.

Diharap penulis-penulis blog pembangkang memahami situasi anggota polis terbabit, di mana beliau secara tiba-tiba dipukul oleh sekumpulan perusuh seramai 20 orang ketika mengawal keadaan dan polis terbabit berhak mempertahankan diri menggunakan amanah kuasa yang telah diberi padanya.

Untuk pengetahuan, pada masa itu keadaan amat kelam-kabut dimana berlaku pergelutan antara perusuh dan anggota polis terbabit, secara logik akal tindakan anggota polis berkenaan amat munasabah kerana bukan niat untuk menembak tetapi berniat ingin mempertahankan diri.

Pembangkang sengaja mendustakan serta mengelirukan laporan-laporan media masa dengan menyalahkan kerajaan BN/UMNO kerana sudah mula terdesak untuk terus mengekalkan kuasa mereka terutamanya di negeri Terengganu yang sudah buntu dengan menggunakan pelbagai tektik untuk menjatuhkan kerajaan BN/UMNO tetapi masih tidak berhasil.

Maka, kita sebagai pemuda berani harus melihat perkara ini sebagai satu petanda positif pada UMNO/BN untuk terus memacu kerajaan pada masa akan datang dengan semangat perjuangan yang ingin membela bangsa, agama dan negara terus gemilang.

Monday, September 10, 2007

KEWAJIPAN SEORANG PEMUDA BERANI


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmatnya yang tidak terhitung banyaknya. Selawat dan salam dipersembahkan buat Rasul junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W. dengan perutusan baginda membawa rahmat ke seluruh alam.


Sabda Rasulullahi sallahu alaihi wasallam :”Rebutlah lima perkara sebelum dating lima perkara: mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum fakir, hidupmu sebelum mati dan waktu lapangmu sebelum sibuk”.

Percakapan mengenai Pemuda Berani secara khususnya berlainan daripada percakapan mengenai seorang pemuda yang pengecut, ini kerana berani itu dianggap tunggang hilang berani mati yakni tidak gentar menjalankan kewajipan terutama untuk membela bangsa dan negara dan tidak gentar dan undur menghadapi cabaran musuh.

Berkat kemantapan gandingan teraju kepimpinan, pemuda telah mengharungi pelbagai detik dan episode yang mendebarkan dalam perjuangan. Bangkit dari segala kepayahan dan kesukaran, perjuangan pemuda berani kini amat bernilai dan bermakna di mana berjuang menjunjung tradisi membela dan membangun bersama rakyat.

Sebagai Pemuda Berani, kita menjaguhi gerakan keilmuan dan kita halakan sikap radikal kita kepada proses perubahan dan pembaharuan agar UMNO tetap relevan di alaf baru dan kekal sepanjang zaman. Tanpa menoleh ke belakang, kita sebagai pemuda berani harus gembeling dengan satu suara, satu nada ; bila, di mana, walau bagaimanapun jua.

Kita perlu bersyukur semakin kita peroleh kejayaan dan semakin tinggi cabaran yang didaki, kita tidak lari daripada memastikan setiap komitmen kita kepada parti dan setiap janji kepada rakyat perlu ditunaikan sebaik-baiknya. Inilah waktunya untuk membalas kepercayaan pucuk pimpinan, kepercayaan parti dan kepercayaan rakyat terhadap kita.
Penuhilah tuntutan kepimpinan kita; umpama ungkapan Melayu:

Menjadi pemimpin ia pilihan
Budi mulia dada beriman
Janji diisi amanah dijalankan
Terhadap rakyat belas kasihan
Terhadap negeri penuh perhatian
Maruahnya nampak bertuah badan
Ke mana pergi jadi teladan
.

UMNO menjadi parti keramat kerana kemurnian dan kesucian matlamat perjuangannya. Kemurnian dan kesucian ini perlu dipelihara dengan membina benteng-benteng kekuatan dan ketahanan berteraskan keikhlasan, kesetian, kemurnian dan kesucian perjuangan. Maka, Pemuda Berani tidak akan membiarkan UMNO dilemahkan oleh dalang dan petualang.

Kita jangan sekali-kali lupa bahawa petualang/penderhaka ini secara perlahan-lahan ingin merosakkan perpaduan sesame kita, menjejaskan imej dan ekonomi negara melalui demonstrasi dan rusuhan jalanan seperti yang berlaku baru-baru ini di Terengganu dengan membakar bendera UMNO dan memusnahkan kemudahan-kemudahan setempat tanpa menghiraukan amaran yang telah diberikan oleh pihak berkuasa.

Perjuangan Pemuda Berani adalah untuk membela hak, nasib dan masa depan umat Melayu yang telah bermula sekian lama dimana mendokong warisan amanah perjuangan UMNO dan generasi terdahulu yang telah mengabdikan diri demi bangsa dan agama.

Dengan tugas yang diamanahkan pada golongan pemuda seperti kita, kita perlu berusaha meningkatkan akses, ekiuti, dan kualiti pendidikan anak Melayu secara berterusan dengan memberikan bantuan dan sokongan kepada pelajar Melayu yang tidak berkemampuan dan memastikan tidak berlaku sebarang pembaziran atau pertindihan.

Menyedari akan hakikat persaingan sengit yang hadir bersama arus globalisasi, kita sebagai Pemuda Berani harus mengajak masyarakat Melayu untuk melihat pelaksanaan sistem meritokrasi dari perspektif positif.

Insya-Allah, tanggungjawab ini tidak akan kita persia-siakan dan sebagai Pemuda Berani, harus berjanji melipat gandakan usaha bagi memastikan kepentingan pendidikan anak bangsa tidak terabai. Usaha ini mesti dianggap sebagai satu jihad penting, jihad utama dan jihad paling besar dalam menatang perjuangan kita memartabatkan bangsa Melayu.

Inilah masanya untuk kita untuk memahami intipati sebenar ajaran Islam yang progresif, yang membentuk cara hidup komprehensif berteraskan kepada tamadun dan pembangunan, yang dahagakan ilmu pengetahuan, yang dinamis, yang toleran dan paling penting mampu menjawab permasalahan umat Islam masa kini.

Pemuda Berani akan terus mendokong gagasan Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai suatu pendekatan untuk memastikan Malaysia menjadi model Negara Islam yang boleh menjadi teladan kepada dunia.

Islam Hadhari bukanlah suatu agama atau aqidah baru. Malah amalan ini adalah panduan kita sejak dari dahulu. Jika terdapat pihak yang mempertikaikan pendekatan Islam Hadhari, pihak itu hanyalah parti Pas yang mempertikaikan bukan kerana ia menyalahi Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi ternyata ideology politik Pas yang lebih gemar memperalatkan agama untuk kegunaan partinya yang terlalu dangkal, beku dan tidak relevan lagi.

Percayalah, segalanya ini tidak berlaku secara kebetulan. UMNO merupakan parti keramat umat Melayu. UMNO lahir bukan kerana berseronok suka, tetapi atas perjuangan orang Melayu dan untuk orang Melayu.

Sedarilah betapa besarnya harapan dunia Melayu dan harapan dunia Islam yang disandarkan kepada kita. Berjanjilah. Berjanjilah pada diri kita masing-masing dan kepada Allah S.W.T yang kita akan berjuang untuk menyahut seruan Agama, Bangsa dan Negara.

Tidak ada sebaik-baik janji melainkan kepada diri sendiri dan kepada Allah S.W.T kerana tiada yang lebih sayu dari melihat bangsa sendiri menjadi hamba. Tiada yang lebih pilu dari melihat anak bangsa melarat dan menderita di tanah airnya sendiri.

Ambillah sedikit masa yang ada untuk kita sama-sama berfikir jauh, untuk sama-sama melihat ke hadapan dan untuk sama-sama bertanya kepada diri sendiri siapakah individu yang ingin kita pilih bagi memimpin pergerakan keramat ini.

Letakkanlah kepentingan agama, bangsa dan negara di tempat teratas, Insya-Allah, pengorbanan pemuda akan memberikan makna kepada gagasan perjuangan UMNO memperkasakan bangsa dan membina peradapan gemilang.

Perahu payang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
Adat pahlawan membela negara.

Bersamalah kita wahai pemuda berani bulatkan tekad, tingkatkan iltizam, bersatu Memenuhi Tuntutan Perjuangan.

Wednesday, September 5, 2007

Tak Amboh Salahkan Yang Lain




Penulis tertarik dengan petikan teks dari harakahdaily di mana Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar yang melahirkan kebimbangan jika dakwaan isu perkauman hanyalah rekaan pihak tertentu yang mahu menjadi jaguh dengan sengaja untuk diperlihatkan sebagai penyelesai kepada masalah perkauman yang berlaku di Masai dan Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.


Beliau juga mengimbau kejadian pada tahun 1987 yang mana provokasi antara UMNO dan MCA ketika itu akhirnya pihak lain yang dituduh menjadi punca. Ape motif sebenar Mahfuz berhujah seperti ini? Adakah ingin menyalahkan UMNO sebagai punca kepada masalah perkauman di Johor masa kini?

Berbalik kepada isu perkauman yang berlaku di Johor, masalah kepada isu ini adalah kerana kejadian tembak-menembak yang melibatkan kaum Melayu dan kaum India di Masai, Johor.

Penulis tidak menolak kemungkinan terdapat rasa tidak puas hati yang berlaku di antara kaum di Masai dan Pasir Gudang termasuklah Malaysia keseluruhannya tetapi apakah perlu untuk Pas menyimbah minyak tanah ke atas bara api dengan mengaitkan pihak tertentu terlibat?

Sudah terbuktilah ini adalah tektik kotor Pas untuk meraih undi penduduk menjelang pilihanraya akan dating memandangkan kemorosotan sokongan terhadap parti junjungannya, Pas.

Tidak salahlah jika penulis beranggapan bahawa Mahfuz mengambil kesempatan dengan menggembar-gemburkan isu ini semata-mata demi kepentingan politik yang berpandangan UMNO sengaja ingin menjadi jaguh kepada penyelesaian isu ini untuk mendapatkan kepercayaan rakyat bagi mengundi pada pilihanraya akan dating.

Tidakkah Mahfuz terfikir bahawa terdapat pihak lain yang terlibat dan kemungkinan terdapat kuasa-kuasa asing yang sengaja ingin melaga-lagakan Melayu dan India dengan mengupah seseorang sebagai pencetus kepada isu perkauman ini?

Isu ini tersebar sehingga ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum tanpa mengambil kira sensitivity rakyat pebagai kaum kerana tidak senang dengan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Selain itu, dalam satu kenyataan Ketua Pemuda Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil menyatakan ia adalah merupakan satu episod yang sengaja direka pihak tertentu demi kepentingan politik dengan mengaitkan peristiwa 13 Mei 1969 bertujuan mengelirukan pembaca di harakahdaily.

Tidakkah penulis harakahdaily mengerti bahawa masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.

Apakah relevannya Khairul Faizi dengan menganggap penyebab kepada masalah perkauman adalah kerajaan. Tidakkah sedar bahawa kerajaan UMNO berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia.

Namun begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum.

Isu ini dikatakan tersebar melalui penyebaran meluas system pesanan ringkas (SMS) di Johor, dan SMS tersebut telah pun saya lihat di dada internet tetapi SMS ini bukanlah seperti yang didakwa Mahfuz yang seolah-olah mengaitkan UMNO terlibat dalam masalah ini.

Kandungan SMS tersebut adalah seperti di bawah untuk tatapan semua yang bukan untuk mengelirukan anda seperti di lakukan oleh penulis di harakahdaily di mana membayangkan bahawa UMNO/BN kini adalah pencetus persepsi buruk rakyat terhadap Pas.

SMS 1,
Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati di masai smlm. Baik2 bw kenderaaan. Jgn kuar mlm. Balai polis bergerak dh ada di kwsn kita. Sampaikan pd kaum Melayu kna bhati2. smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.


SMS 2,
A’kum pd smua kekanda2 dan adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan di PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x - FOSSIL MEI LONG –


Kandungan SMS ini jelas mengatakan ini adalah propaganda pihak tertentu untuk menambah kekeliruan rakyat sebagai pembaca untuk menilai dan cerita ini berlarutan dengan pelbagai versi yang memualkan bagi pihak yang mempunyai akal fikiran yang waras.

Tiada apa yang berlaku di sini tetapi Cuma perbuatan anasir-anasir luar yang berniat ingin mengucar-kacirkan persefahaman antara kaum dan Pas tidak perlulah menuding jari terhadap UMNO/BN apabila sesuatu perkara berlaku yang melibatkan kaum Melayu seolah-olah UMNO/BN sahaja yang bertanggungjawab dalam soal perkauman yang tercetus ini.

Penulis dimaklumkan sehingga kini keadaan di Masai dan Pasir Gudang dalam keadaan terkawal dengan bantuan pihak berkuasa yang pantas bertindak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan ini adalah saranan Perdana Menteri sendiri yang tampak gelisah dengan isu ini kerana sebagai penghulu kerajaan beliau sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul bagi mewujudkan masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana Allah menjauhkan umatnya daripada kejadian-kejadian tidak diingini yang bakal berlaku di Masai dan Pasir Gudang dengan penangkapan dua lelaki yang terbukti terlibat dalam penyebaran khabar angin berunsur perkauman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dengan penangkapan ini, penulis berharap kita akan mengetahui siapa sebenarnya dalang dalam penyebaran SMS laying ini di mana sengaja dihantar oleh pihak terbabit untuk melihat kejadian yang berlaku pada 13 Mei 1969 berulang kembali di Johor.

Jelaslah kepada kita semua bahawa kenyataan Mahfuz ini sengaja di perkatakan dengan harapan sokongan rakyat di Johor akan kembali menyokong Pas di mana mendakwa UMNO/BN adalah sengaja ingin menunjukan kehebatan dan kejaguhan untuk diperlihatkan sebagai penyelesai kepada masalah ini.

Sudah terang lagikan bersuluh, Pas masih menggunakan helah kotornya dengan mengelirukan fikiran rakyat dengan hujah-hujah yang bersifat hasad dengki terhadap pihak tertentu dan ini menunjukkan parti Pas masih mundur dan ke belakang.