Tuesday, March 10, 2009

BENARKAH KHAIRY AROGAN?

Oleh Annuar Md Salleh

Arrogant? – Khairy tidak mengaku beliau dari spesis arogan (ejaan dalam BM). Dia tidak mengaku mungkin kerana dia tahu erti, istilah atau makna arogan itu. Malah bagi yang begitu joli dengan perkataan itu tidak benar-benar tahu erti sebenarnya arogan itu. Bila orang sebut arogan, semua orang mahu mengguna perkataan itu.

Kalau Khairy jenis arogan, tidak akan terbit senyumnya di mana-mana. Dia tidak akan pandang kiri kanan kalau berjalan. Dia tidak pandang mata orang yang menyambut salamnya. Dia juga tidak akan berhenti menyambut sesiapa yang menegurnya. Malah dia tidak akan kelihatan di mana-mana dengan sesiapa. Dia tidak akan melangkah ke mana-mana seorang diri.

Sebagai insan terpelajar, berjawatan dalam barisan Pemuda UMNO, bergelar YB, berterampilan dengan gaya dan ketinggiannya mudah menyerlah apabila melangkah di mana-mana. Senyumnya bukan dibuat-buat. Tonasi suaranya di mana-mana forum, ketangkasan menjawab persoalan menjadikan beliau dicemburui. Maka mudahlah beliau dianggap macam-macam.

Itukah arogan yang dimaksudkan? Kalau itu maksud arogan, nyatalah perkataan itu disalahguna untuk anak muda yang berpotensi berdiri sebagai seorang pemimpin. Kalau dia berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam karier politiknya hingga ke peringkat sekarang ini dikatakan arogan, silaplah lagi.

Arogan ni bongkak melebihi sombong. Tidak akan menyapa orang yang memandangnya. Tidak akan datang menghulur salam dua belah tangan kepada orang yang menegurnya, tidak akan memberikan senyuman kepada sesiapa yang memandangnya, tidak akan mengangkat tangan kepada orang yang dikenalinya.

Sesungguhnya dalam banyak kebetulan melihat Khairy, beliau mesra dengan semua orang. Malah ringan tangannya menyambut salam orang. Matanya tepat memandang orang yang hadapinya. Sombongkah dia atau itukah namanya arogan?

Saya bimbang perkataan arogan itu disalahgunakan tanpa mengetahui bahawa arogan itu adalah satu perkataan yang membawa sifat-sifat yang cukup buruk seperti angkuh, membesar diri, cakap besar, tidak mengendahkan pandangan orang, tidak menerima teguran orang, tidak mudah hadir di majlis-majlis kecil, tidak bercampur dengan luar kelompoknya, tidak akan senyum langsung pada sesiapa yang tidak dikenalinya.

Gambaran Khairy seorang yang arogan seperti yang pernah saya temui 4 kali secara tidak sengaja dan terserempak. Pertama kali di Bangsar Park di hari selepas pengkebumian ibu Tan Sri Muhammad Mohd Taib, sekali di parlimen, sekali di Hotel Seri Pacific, sekali lagi di PWTC.

Dari cara dia bersalam dengan orang pun Khairy lihat tepat wajah orang yang bersalam dengannya. Malah pengawal PWTC yang tertebeng di situ pun beliau hulurkan salam dan bertanya khabar.

Itukah arogan pada pandangan orang yang tidak mengenalinya? Yang tak suka dengan beliau sahaja tidak pernah akan menghulur salam dengannya kerana menjauhkan diri sebaik sahaja Khairy muncul. Kelakuan mesra Khairy ini bukan baru. Ia berlaku sejak beliau belum berkahwin dengan Nori lagi.

Semasa itu pernah dua kali saya temui beliau semasa arwah Datuk Abdullah Omar (besan Pak Lah) masih ada. Begitulah cara Khairy menyambut orang dengan salam mesranya.
Khairy dikatakan arogan semata-mata kerana orang tidak tahu ertinya sahaja. Tidak lebih dari itu.
Bagi yang tahu pula menjadikan tuduhan itu satu ungkapan cemburu dengan kehebatan Khairy yang semakin dilihat berpotensi. Ini termasuklah yang sengaja melemparkan yang buruk sahaja kerana mereka menyokong calon lain untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO akan datang ini.

Nak sokong siapa tu sokonglah. Tapi tidak perlu mengada-adakan buruk Khairy dan mengaitkan beliau sebagai menantu Pak Lah. Itulah yang menjadi penyakit hingga persepsi orang ramai turut sama berdosa menyampaikan perkara palsu yang mereka sendiri tidak tahu.

Dalam politik, ingatlah jangan kita salah anggap, jangan salah guna perkataan, jangan salah laku, jangan cakap bagi pihak orang lain, jangan bawa cerita palsu. Insya’Allah, orang Melayu akan lebih mudah maju kalau terthindar dari semua jangan itu.

Petikan dari FabulousBoyz..
Untuk maklumat lanjut klik http://www.prokhairy.blogspot.com/

3 comments:

Anonymous said...

Walau bagaimanapun dia tetap tidak layak jadi KP.

Anonymous said...

Khairy arrogant? Mungkin juga ya. Penilaian sifat manusia bergantung kepada individu yang menilai. Individu yang dinilai sudah tentu tidak akan mengakui penilaian yang dibuat keatasnya jika ia tidak menyelebelahi individu tersebut. Megahnya Khairy kerana dia menantu Paklah memang betul sebagaimana megahnya Mukhriz sebagai anak Mahathir.Yang penting dalam membuat penentuan antara calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, perwakilan perlu memilih calon terbaik di kalangan yang terbaik, malang sekali yang layak adalah mereka yang kurang baik. Perwakilan terikat untuk memilih yang baik di kalangan yang kurang baik. Hebatnya Khairy kerana diberi laluan mudah keatas samalah seperti Anwar Ibrahim semasa zaman dalam UMNO.

Anonymous said...

arrogant?? teman rase kurang merdu mendengar segelintir orang yang hanya bijak mengkritik berdasarkan perasaan individu itu sendiri.. kritik biarlah berdasarkan pemahaman ke atas individu itu bukan atas sebab yang lain.. teman paham kadang2 kiter buat keputusan hanya berdasarkan perasaan yang membuak untuk menejatuhkan individu itu tpi pikirlah 'biar berjuang bermatian2 demi menegakkan kebenaran,dari berjuang untuk memajukan diri sendri'..
sejak dua menjak telatah pembangkang tampak gagap dalam menegakkan janji2 manis sebelum pilihanraya,kenapa terjadi begini?? tiada pembaharuan yang teman lihat...