Tuesday, March 17, 2009

KHAIRY JAMALUDDIN PERLU DICONTOHI



KHAIRY JAMALUDDIN boleh dilihat sebagai `popular’ dengan menghentam parti dan kerajaan yang di dokongnya. Beliau juga boleh untuk di lihat sebagai `hero' dengan menuding jari kepada pemimpin lain setiap kali parti dan kerajaan menghadapi masalah.



Selain daripada itu beliau juga boleh menulis surat kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menteri yang lain menuntut ketidakpuasan hati, itu dan ini bagi meraih populariti.



Tetapi beliau lebih rela, mengambil pendekatan tidak `populis' dengan mempertahankan parti dan kerajaan pada setiap masa.



Sebab itulah di dalam program `Hujah’ tempoh hari, beliau di lihat tidak popular dengan mendapat tepukan hanya sekali, itupun bercampur ejekan.



Memanglah, perkara yang paling menarik di dalam politik adalah dengan membangkang. Lebih-lebih lagi sekiranya disulami dengan cacian dan fitnah. Sebab itulah ceramah `Mat Sabu' sentiasa dipenuhi pengunjung.



Persoalannya kenapa Khairy Jamaluddin mengambil pendekatan tersebut?



Sebenarnya tanpa kita sedari, beliau telah menjadi lilin, mengenepikan kepentingan peribadi dengan mempertahankan parti dan kerajaan pada setiap masa.



Beliau rela di lihat tidak popular kerana menjalankan tanggungjawabnya.Sekiranya tiada Khairy Jamaluddin pada malam `Hujah’ tersebut berlangsung, UMNO dan kerajaan langsung tidak dipertahankan.



Beliau sedar dimana beliau berada. Beliau tahu menghormati pemimpin lain, tahu menghormati yang lebih tua dan beliau memahami apakah ertinya institusi Presiden Umno dan Perdana Menteri.



Sebab itulah beliau tidak mengambil jalan mudah untuk meraih populariti.



Oleh itu saya menyeru kepada semua perwakilan yang berada diluar sana supaya mempertimbangkan dengan fikiran yang waras sebelum membuat pilihan. Berpijaklah di bumi yang nyata tanpa dipengaruhi persepsi semata-mata.



Memang menjadi hak perwakilan untuk memilih sesiapa yang mereka suka tetapi pilihlah pemimpin yang tahu di mana diri mereka berada, parti mana yang mereka wakili dan parti mana yang menyebabkan mereka menjadi pemimpin sekarang ini.




Salam Setiakawan.




Layari: http://www.prokhairy.com/ untuk rencana seterusnya..

2 comments:

add said...

uwek,,,uwek,,,,uwek,,,,

Anonymous said...

nak muntah ker...