Tuesday, April 21, 2009

SAJAK KHAS BUAT 'MAYAT2 PAS & PKR

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
AMPUNKAN DOSA PAS DAN PKR
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
JANGANLAH KAU PERCIKKAN MEREKA DENGAN BISA ULAR BESAR
JANGANLAH KAU LIBAS MEREKA DENGAN RANTAI BERAPI
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

MEREKA ITU BODOH DAN SOMBONG DI DUNIA
MEREKA MENJUAL AGAMA MU MENGIKUT SUKA HATI MEREKA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

MEREKA MENJUAL 'ALLAH' DEMI MENGEJAR PANGKAT DUNIA
DIA YANG AKU MAKSUDKAN KHALID SAMAD DAN ANWAR DURJANA
AMPUNKAN DOSA MEREKA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

MEREKA MENDAKWA PEROKOK LEBIH HINA DARI BINATANG
YANG BERKATA ITU MURSIDUL AM NYA
DIA TIDAK SEDAR
KELANTAN ADALAH PENGELUAR TEMBAKAU TERBESAR NEGARA
MAKNANYA 'ORANG KELANTAN' TELAH DIHINA OLEH MURSIDUL AM NYA
JIKA PEROKOK DI GELAR BINATANG,
APA PULA GELARAN UNTUK PENGELUARNYA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

YA TUHAN KAMI
MEREKA PERSENDA 'HUDUD' SEMAHU-MAHUNYA
GERTAK MEREKA,
KALAU TAK LAKSANA HUDUD MAKA NERAKA TEMPAT SEMADINYA
SAYANG BILA KARPAL MEMBUKA MULUTNYA
NIK AJIS KATA..KITA BUAT 30 TAHUN LAGI DAAAAA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

YA TUHAN KAMI
NIK AJIS KATA LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN SYAITAN
DARIPADA BERKAWAN DENGAN UMNO
BUSUK SUNGGUH HATI NYA
SEDANGKAN SETIAP HARI DIBACA AYAT PEMBUKA KATA
'AKU BERLINDUNG DENGAN MU DARI SYAITAN YANG DIREJAM'
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

YA TUHAN KAMI
FITNAH ADALAH PERMAINAN MEREKA
SETIAP HARI DI OLAH UNTUK MENYEDAPKAN CERITA
SAYANG BUKTI SEBENARNYA TIADA
KAEDAH HEAR SAY MERUPAKAN AGENDA
MAKA BERTAKUNG-TAKUNG LAH PAK JI DAN MAK JI MENANGGUNG DOSA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

MAKA KAPAN KANLAH MEREKA PADA HARI SELASA
7 APRIL HARIBULAN NYA
DISERTAI DENGAN DOA PENEBUS DOSA
MOGA YANG HIDUP MENERIMA CERITA
AGAR PAS DAN PKR DIJAUHI SELAMANYA !
sumber dari anti-pkr team...

Wednesday, April 8, 2009

KEMENANGAN YANG TIDAK BERMAKNA

MAKA KELIHATAN SETAN DURJANA KEGEMBIRAAN DI BUKIT GANTANG!!

kalah secara fizikal tidak memberi kesan kepada aku dan mungkin kamu. kalah hanya kepada bilangan nombor. perjuangan yang kita bina selama ini membabitkan secara mutlaknya berpaksi kepada isu akidah. hari ini seperti ulangan sejarah yang lalu, kita tewas.mereka menang dan sekadar 'mempertahankan' kawasan yang dimenanginya dahulu.

namun harus aku tegaskan disini, dan bakal termaktub dalam perlembagaan perjuangan aku, ROH PERJUANGAN MENENTANG YANG BATHIL AKU DAN ENGKAU SEBENARNYA TIDAK PERNAH KALAH.

memang benar anwar sang celaka dan pas bin bani israel telah menang. melompatlah seluruh barua-barua islam persis sang munafikun zaman jahiliah kegembiraan.

uhud pernah memperlihatkan ketewasan islam, namun adakah kerana 'kekalahan uhud' bermakna nabi saw dan para sahabat r.a bersalah ? tidak sama sekali.

regim zionis pernah menang dalam pertarungan 1967 di bukit golan menewaskan seluruh pakatan arab, namun adakah kerana mereka 'menang' bermakna perjuangan mereka benar ?

gaza telah dibedil selama 3 minggu oleh zionis, ramai anak palestin terkorban namun sekali lagi adakah kerana 'menangnya' mereka bermakna jihad palestin itu salah ? maka tidak perlulah aku menyebut akan konsep cerita yang sama pernah berlaku terhadap penduduk kashmir,chechen,afghan,iraq dll.

hari ini anwar dan pas menang bukan kerana perjuangan mereka benar. mereka diangkat dan dijulang kerana perjuangan mereka merpersenda/menghina agama telah menarik minat bukan islam untuk menyokong mereka.


menjual ALLAH, merogol agama,persenda hudud,SURAH 'AURA' yang dibenarkan oleh pas,menghina bangsa merupakan 'menu' yang paling sedap dihidang dan dimakan. menu hina ini dijual kepada seluruh rakyat. menangnya sang penderhaka sebenarnya telah melonjakkan semangat juang aku. memang ini yang aku mahukan, yang berjuang akan tahu setakat mana kekentalannya.


FOKUS KEPADA PERJUANGAN ASAL, PETAHANKAN ISLAM DAN BANGSA HINGGA KE AKHIR HAYAT. INILAH KEMENANGAN MUTLAK !

Monday, April 6, 2009

27 sebab kenapa perlu tolak calon PAS!

Kenapa saya perlu menolak calon PAS Bukit Gantang?

1. Calon PAS bukan anak tempatan

2. Calon PAS seorang jutawan hasil projek BN

3. PAS abai arahan Nik Aziz supaya jangan meletakkan Nizar sebagai calon

4. Jika calon PAS menang beliau akan mempunyai 2 jawatan dan akan sibuk

5. PAS menggadaikan tanah kaum Melayu

6. Calon PAS meluluskan geran tanah selama 999 tahun kepada Kg Baru Cina.

7. PAS boneka kepada DAP

8. PAS gagal membela rakyat

9. PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka

10. PAS sembunyikan penderhakaan mereka pada tahun 2009

11. Calon PAS adalah sepupu kepada Ngeh Koo Ham (DAP)

12. PAS menyokong tindakan tidak bermoral Elizabeth Wong

13. Penubuhan negara Islam merupakan pembohongan terbesar PAS

14. PAS pembohong dan tidak menepati janji

15. Calon PAS mohon derhaka kepada Sultan Perak

16. Calon PAS enggan memulangkan kereta kerajaan negeri Perak

17. PAS menganjurkan politik ganas!

18. PAS dan penyokongnya menghina Mufti Perak kerana mohon taat kepada Sultan

19. PAS mencemar kesucian Agama Islam dengan membenarkan agama lain menggunakan nama Allah

20. Pemimpin Pakatan Rakyat juga terlibat dengan rasuah

21. PAS tidak mampu membawa pembangunan

22. PAS menggunakan masjid untuk berpolitik

23. Pakatan Rakyat menganjurkan lompat parti melalui projek 16 September

24. Pakatan rakyat juga hapuskan tulisan jawi di papan tanda nama-nama jalan.

25. Kepimpinan PAS yang talam dua muka tidak sesuai untuk masyarakat majmuk

26. PAS tidak mendapat sokongan penuh pengundi Melayu di Bukit Gantang kerana menderhaka.

27. PAS tidak memperjuangkan hudud kerana takut kepada DAP

28. Kalau ada lagi yang mahu ditambah ... disilakan!

Anwar Buat Gimik Di Sungai Petani



Ekoran gagal menarik perhatian penyokong PKR untuk hadir mendengar ceramahnya secara besar-besaran, Anwar Ibrahim menguar-uarkan bahawa beliau ada pengumuman penting yang ingin dilaksanakan demi kebajikan penyokong-penyokongnya.

Maka para penyokongnya pun hadir untuk mendengar ceramahnya di Sungai Petani, malam tadi kerana mereka begitu teruja untuk mengetahui apakah pengumuman penting tersebut. Walau bagaimanapun majlis ceramah beliau itu hanya berjaya menarik kira-kira 1,500 orang penyokong PKR.

Namun berita yang ditunggu-tunggu langsung tidak diumumkan oleh Anwar sehingga selesai majlis. Sebaliknya beliau menyatakan bahawa pengumuman itu akan dibuat selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai (sesuatu yang belum pasti).

Gimik Anwar ini benar-benar mengecewakan para penyokongnya. Beliau sanggup membuat taktik 'bodo' semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat. Jelas menunjukkan Anwar Ibrahim semakin takut dengan kemaraan dan kebangkitan baru parti BN yang semakin menyerlah dan meniti di bibir rakyat.







Inilah adalah isu kesucian Islam yang dipermainkan pengikut Anwar Fasola.. bukan masalah dia akan dapat hidayat atau sebagainya!



Sedangkan umat Islam sendiri jika hendak membaca ayat Quran hendaklah dalam keadaan suci dan baca dengan hukum Tajwid!



Inikan pula si kafir harbi... jika nak kata mandi wajib tentu jauh sekali... apatah lagi mengucap dua kalimah syahadah!



Adakah umat Islam akn terus membiarkan ayat Al-Quran akan terus dipersenda, dimainkan dan dihina!Tolaklah mereka yang telah bersekongkol mencemarkan Islam!



Tolak lah PAS!

Friday, April 3, 2009

Biarlah Pak Lah Bersara Dalam Keadaan Tenang

Sudahlah. Inilah yang dapat dikatakan apabila saya ditanya mengenai kritikan dan kutukan berterusan ke atas mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad oleh mantan PM sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perjuangan Tun Mahathir untuk melihat Pak Lah letak jawatan dah tercapai. Hasrat Tun Mahathir nak lihat Datuk Seri Najib Tun Razak jadi PM akan tercapai. Hendak apa lagi Tun?

Saya pun ingin melihat Pak Lah letak jawatan atas sebab yang tidak sama dengan Tun. Pak Lah dah letak jawatan. Saya hormati tindakannya itu.

Pak Lah, Tun Mahathir dan kita semua adalah manusia biasa. Kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan termasuk melakukan dosa.

Tun Mahathir bukan malaikat. Tun Mahathir pun banyak melakukan kesilapan tetapi kita tidak ingin mendedahkannya satu persatu kerana kita menghormati Tun sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Kita pohon kepada Tun Mahathir supaya hentikanlah kritikan dan kutukan secara terbuka ke atas Pak Lah. Insaflah yang kita adalah insan yang terlalu kerdil untuk menganggap kita saja yang betul dan orang lain semuanya tak betul.

Jika dunia dianggap berharga, maka negeri balasan Allah lebih tinggi dan mulia.

Setiap orang mampu melenyapkan permusuhan dengan merenungkan apa yang akan diperolehi jika menang. Adakah manfaat yang diperolehi atau kepuasan hawa nafsu berlandaskan perasaan hasad dan dengki?

Permusuhan amat berbahaya kerana ia membangkitkan berbagai keburukan. Adakah ini yang diperjuangkan? Apakah ini yang dikatakan perjuangan yang belum selesai?

Cukuplah. Biarkanlah Pak Lah dan isteri menikmati sisa-sisa hidup dalam suasana aman, damai dan penuh dengan ketenangan. Pak Lah dah buat apa yang didesak dan diminta. Sama-samalah kita hormatinya.

Ulama Hadhramaut Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad ada berpesan: "Secara umum, pada awalnya kebaikan itu berat untuk dilakukan, tetapi akhirnya penuh dengan kenikmatan. Orang yang berbuat baik ibarat seorang pendaki gunung. Ia tidak akan merasa tenang sebelum sampai ke puncaknya. Sedangkan keburukan awalnya manis dan akhirnya kelak pahit. Orang yang melakukan perbuatan buruk adalah ibarat seorang yang jatuh dari puncak gunung atau atap sebuah rumah. Ia baru akan merasa kesakitan setelah mendarat di tanah".

Kepada Pak Lah kita ucapkan "Selamat bersara dan semoga Allah menganugerahkan nikmat kesihatan dan ketenangan hingga ke akhir hayat".

Thursday, April 2, 2009

NIZAR SI NAMRUD DERHAKA 2!

Untuk terus bertahan hidup setiap insan memang perlu keBERANIan. KeBERANIan itu jelas tidak mudah diperjelaskan kerana ia penuh dengan risiko. Hidup tanpa keBERANIan adalah hidup yang tiada manfaatnya ibarat tubuh dan bayang-bayang.

Tetapi, jika kita salah mentafsirkan erti sebenar keBERANIan itu, maka terjadilah manusia seumpama Nizar Si Namrud Derhaka yang megah atas jawatan MB Perak satu masa dahulu sehingga lupa tarafnya hanya sebagai rakyat jelata.

Tatapilah video dibawah dimana Nizar Si Namrud Derhaka yang bongkak menjaja cerita munafiknya bagaikan orang hilang akal. Pernah beliau mengatakan, segala keputusan DYMM Sultan Perak akan beliau taati tetapi sekarang??!! SIAPA NIZAR UTK MENGHARAMKAN UMNO DAN PEMIMPIN ISLAM?? NIZAR HANYA BONEKA DAP.


Terimalah hakikat yang saudara bukan lagi Menteri Besar Perak. Janganlah buat perangai macam budak-budak. Jagalah maruah saudara.Apa gunanya mengakui diri kamu masih lagi jadi Menteri Besar kalau kuasa Menteri Besar dah tak ada lagi. Kan dah bodoh stupid punya hal. Nak jadi Menteri Besar "patong" ke? Malulah !!


After all the State Secretary is now officially reports to the new Menteri Besar. So you cannot have another State Secretary to run the administration of the state. How can you want to share the office of Menteri Besar when your electronic entrance card to the office had been deactivated.


Respect is to be earned and you have lost the respect out of your party's action. Please accept the reality that there is now a new Menteri Besar and the least you can do is to welcome the new Menteri Besar to your office, congratulate him and wish him the best and then hand over your functions as Menteri Besar gracefully to him.


After all what is power? Power comes with heavy responsibility to serve the rakyat not to serve yourself. So why cause unnecessary havoc wanting to cling on to something that is gone.


May I suggest to you that if you really want the post back then you have to follow the footstep of Anwar Ibrahim by continuing lobbying the Barisan wakil rakyat to "lompat katak" to your side and fix a date when your Pakatan can form the next state govt. after getting the simple majority. Maybe be you can give the target date on 16th September 2009. That is the sacred date for Pakatan Rakyat!!! kah, kah, kah !!!

Tuesday, March 31, 2009

NIZAR SI NAMRUD DERHAKA !

NIZAR SI NAMRUD DERHAKA !




masa bergurindam dan berseloka sudah tamat. kem-kem didalam umno sudah bersatu menyatakan azam untuk merampas kembali kerusi bukit gantang dan bukit selambau. seluruh rakyat sudah insaf akan permainan 'tipu' pakatan pembangkang.

1 tahun ini sudah cukup memberi mereka masa untuk berfikir semula. 1 tahun ini telah dipamirkan oleh tuhan yang maha esa akan kejelekan dan sikap biadap pakatan pembangkang terhadap agama bangsa dan negara.


tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk rakyat serta pemuda BANGKIT dan mengajar semula petualang negara, pas pkr dan dap !

AYUH SEMUA RAKYAT KITA BANGKIT DAN MENJATUHKAN PETUALANG BANGSA NIZAR JAMALUDIN, NIZAR SI BONEKA DAP BERPERANGAI SIAL ! SIAL KERANA MENJUAL HAK BANGSA, SIAL KERANA MENGHINA SULTAN AZLAN , SIAL KERANA MENJUAL MARUAH BANGSA !

AYUH RAKYAT KITA BANGKIT, MEMBUNGKUS DAN MENGKAPANKAN NIZAR DAN PAS KEMAS-KEMAS DI BUKIT GANTANG ! AYUH KITA TALKINKAN PAS DI BUKIT GANTANG !

KERANA PAS SUDAH LAMA MELACURKAN AGAMA ISLAM DEMI POLITIK SIALAN MEREKA ! BRENGSET !

AYUH RAKYAT !

KITA BUNGKUSKAN NIZAR DAN PAS DI BUKIT GANTANG !

INGAT WAHAI SAUDARA KU SEKALIAN, ISLAM BUKAN MILIK PAS, TETAPI ISLAM ITU MILIK KITA SEMUA ! DAN PAS TELAH MELACURKAN ISLAM, MAKA TANGGUNGJAWAP KITA..YA KITA..AKU GAP, DAN KAMU UNTUK MENJUNGJUNG DAN MENGANGKAT SEMULA AD-DIN ITU DITEMPAT YANG SEBENARNYA !

AYUH RAKYAT, KITA AKAN DIBERI GANJARAN OLEH ALLAH SWT KERANA MENYELAMATKAN MARUAH ISLAM DARIPADA TERUK DILACURKAN OLEH NIZAR BRENGSET DAN PAS !

Wednesday, March 25, 2009

Khairy Paling Layak Terajui Pemuda UMNO


Meneliti perkembangan politik nasional masa kini, percaturan politik UMNO terutamanya. Jujur saya katakan, saya lebih memfokuskan terhadap siapa bakal menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Saya kira ramai yang beranggapan bahawa persaingan antara calon-calon Ketua Pemuda adalah sengit, pada saya tidak.

Ini kerana kebanyakan nada suara para pemuda masa kini memperkatakan hanya KHAIRY mampu menggalas tanggungjawab besar dalam usaha memperkasakan Pemuda dan seterusnya memperkuatkan UMNO. Ini berikutan, sehingga lewat petang sebentar tadi Khairy terus gah mendahului para pencabarnya dan ia ditambah hari ini melalui pencalonan dari Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.

Secara peribadi, saya merasakan Khairy layak untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Berbanding dengan Mukhriz Mahathir, Khir Toyo dan Zahidi Zainul Abidin, Khairy ternyata mewakili sosok progresif anak muda Melayu baik dari segi intelektual mahupun dari sudut penampilan.

Seandainya ahli-ahli UMNO benar-benar serius untuk memperkasa dan memantapkan semula UMNO, maka perkara ini seharusnya bermula di peringkat Pemuda. HIDUP KJ, HIDUP KJ, HIDUP KJ...


Wednesday, March 18, 2009

KJ Tiada Kaitan Dengan Ajen-Ajennya - Rithaudeen


Ini kata Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen - HANYA TUHAN YANG TAHU...


Adakah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dianiaya oleh pihak-pihak tertentu? Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen apabila diajukan soalan itu, menjawab, “Saya tidak boleh menjawab soalan itu. Hanya Tuhan yang tahu.”


Apabila diajukan soalan sama ada keputusan itu adil atau tidak dan sama ada beliau menghadapi desakan daripada pihak-pihak tertentu, Rithaudeen menjawab: “Kami adalah entiti yang bebas dan tidak ada seorangpun harus kacau dan campurtangan urusan kami. Sama ada keputusan yang kami buat itu adil atau tidak, terpulang. Kami mesti telus dan terperinci dalam melakukan siasatan.


“Kami akan siasat setiap aduan yang diterima, tanpa mengira dari sesiapa atau mengenai sesiapa,” tegasnya.


Beliau berkata, jawatankuasa telah memanggil semua orang yang dituduh, termasuk Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika menjalankan siasatan berhubung aduan rasuah.
Sidang media yang berlangsung hari ini agak panas apabila wartawan berebut-rebut mengajukan soalan.


Wartawan bertalu-talu bertanyakan mengenai hukuman berbeza yang dikenakan terhadap Mohd Ali Rustam dan calon Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin walaupun kesalahan mereka adalah sama.


Rithaudeen berulangkali menjelaskan Mohd Ali dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas ejen-ejennya didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik dan Mohd Ali dilihat mempunyai kaitan secara langsung di atas kesalahan ejen-ejennya, berbanding Khairi yang didapati tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan tindakan ejen-ejennya.


“Kami telah menyoalsiasat ejen-ejennya, termasuk Setiausaha Politiknya Haji Saadun dan mendapati beliau serta beberapa ejen lain bersalah melakukan rasuah dan sogokan wang,” katanya dengan menambah kesalahan itu dilakukan sebelum dan selepas penamaan calon Perhimpunan Agung UMNO.


Layari: http://www.prokhairy.com/ untuk rencana seterusnya..

Tuesday, March 17, 2009

KHAIRY JAMALUDDIN PERLU DICONTOHI



KHAIRY JAMALUDDIN boleh dilihat sebagai `popular’ dengan menghentam parti dan kerajaan yang di dokongnya. Beliau juga boleh untuk di lihat sebagai `hero' dengan menuding jari kepada pemimpin lain setiap kali parti dan kerajaan menghadapi masalah.



Selain daripada itu beliau juga boleh menulis surat kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menteri yang lain menuntut ketidakpuasan hati, itu dan ini bagi meraih populariti.



Tetapi beliau lebih rela, mengambil pendekatan tidak `populis' dengan mempertahankan parti dan kerajaan pada setiap masa.



Sebab itulah di dalam program `Hujah’ tempoh hari, beliau di lihat tidak popular dengan mendapat tepukan hanya sekali, itupun bercampur ejekan.



Memanglah, perkara yang paling menarik di dalam politik adalah dengan membangkang. Lebih-lebih lagi sekiranya disulami dengan cacian dan fitnah. Sebab itulah ceramah `Mat Sabu' sentiasa dipenuhi pengunjung.



Persoalannya kenapa Khairy Jamaluddin mengambil pendekatan tersebut?



Sebenarnya tanpa kita sedari, beliau telah menjadi lilin, mengenepikan kepentingan peribadi dengan mempertahankan parti dan kerajaan pada setiap masa.



Beliau rela di lihat tidak popular kerana menjalankan tanggungjawabnya.Sekiranya tiada Khairy Jamaluddin pada malam `Hujah’ tersebut berlangsung, UMNO dan kerajaan langsung tidak dipertahankan.



Beliau sedar dimana beliau berada. Beliau tahu menghormati pemimpin lain, tahu menghormati yang lebih tua dan beliau memahami apakah ertinya institusi Presiden Umno dan Perdana Menteri.



Sebab itulah beliau tidak mengambil jalan mudah untuk meraih populariti.



Oleh itu saya menyeru kepada semua perwakilan yang berada diluar sana supaya mempertimbangkan dengan fikiran yang waras sebelum membuat pilihan. Berpijaklah di bumi yang nyata tanpa dipengaruhi persepsi semata-mata.



Memang menjadi hak perwakilan untuk memilih sesiapa yang mereka suka tetapi pilihlah pemimpin yang tahu di mana diri mereka berada, parti mana yang mereka wakili dan parti mana yang menyebabkan mereka menjadi pemimpin sekarang ini.




Salam Setiakawan.




Layari: http://www.prokhairy.com/ untuk rencana seterusnya..

Monday, March 16, 2009

Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ

Mukadimah
‘‘Jangan burukkan kawan-kawan’’ Itulah pesanan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kepada jentera yang membantu beliau berkempen merebut jawatan Ketua Pemuda.

Beliau membuat peringatan itu kerana tidak mahu pemilihan yang bakal menyaksikan persaingan antara beliau dengan dua lagi calon iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membawa perpecahan kepada Pemuda.

Bagi Khairy dalam keghairahan untuk memenangkan calon masing-masing semangat setiakawan dalam Pemuda harus dikekalkan. Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, beliau yang kini menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda secara terbuka menjawab pelbagai persoalan berkaitan dirinya dan perebutan jawatan dalam Pemuda.

Apapun beliau amat berharap perwakilan akan membuat keputusan berasaskan kepada realiti dan bukannya persepsi terhadap seseorang calon. Khairy juga turut memaparkan apa yang ingin beliau lakukan dalam usaha merapatkan hubungan Pemuda dengan rakyat.

MINGGUAN: Bagaimana penerimaan perwakilan, ketika YB berkempen?

KHAIRY: Alhamdulillah, maklum balas dan sokongan yang diterima terhadap gagasan setiakawan daripada perwakilan sangat positif dan saya harap akan diterjemahkan kepada undi pada 25 Mac nanti.
MINGGUAN:Kempen dalam Pemuda kali ini turut menyaksikan peribadi YB diserang sekali lagi, apa pandangan YB?

KHAIRY: Saya berpendapat, faktor paling besar yang menyemarakkan perbincangan dan tuduhan terhadap saya selama ini ialah “isu menantu”. Tuduhan utama ialah karier saya dipercepatkan kerana saya menantu Perdana Menteri. Bahaslah apa pun. Persepsi bahawa laluan saya dipermudahkan cepat merebak. Apakah salah dan dosa saya, sebenarnya kerana menjadi menantu? Jodoh, ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Tetapi yang pasti isu menantu ini akan hilang dengan sendirinya apabila Pak Lah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas itu berlaku, saya tidak akan dilihat sebagai seorang yang dibayangi oleh isu ini dan tidak boleh dipersalahkan lagi atas segala yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

MINGGUAN:Tetapi apakah semua persepsi itu betul?

KHAIRY: Tidak. Saya menjadi sasaran mudah umpama kambing hitam. Kita mesti akui setiap pemimpin apatah lagi Perdana Menteri mempunyai ramai pengkritik. Mereka ini akan cari sasaran mudah untuk menyerang, memandangkan saya menantu Perdana Menteri dan kebetulan pula terlibat dalam politik, segala permasalahan pentadbiran negara dikatakan berpunca daripada KJ.

Persepsi ini menjadi mengarut sampai harga minyak naik pun saya disalahkan. Pemilihan calon-calon pilihan raya pun salah saya juga. Semua tuduhan ini bersifat sensasi, umpama menjelmakan insan kerdil seperti Khairy Jamaluddin menjadi punca segalanya. Sampai hari ini apabila saya mencabar mereka yang menuduh saya untuk kemukakan bukti, mereka gagal. Jadi saya percaya, semua itu adalah agenda politik untuk melemahkan Perdana Menteri dan menguburkan kerjaya politik saya.

Bagaimanapun saya pasrah dan reda dengan dugaan ini dan berharap perwakilan yang berjumpa saya mengenali KJ sebenarnya dan boleh memisahkan antara realiti dan persepsi.

MINGGUAN:Difahamkan YB sekali lagi akan menjadi sasaran penulis-penulis buku politik?

KHAIRY: Secara peribadi dan prinsipnya, saya menghormati hak setiap orang mengkritik, menegur, menyokong atau menyatakan beliau tidak gemar pemimpin tertentu. Cuma kalau boleh elakkan perbuatan mencerca dan menghindari perkataan yang terlalu kesat. Ini kerana, apapun perbezaan pandangan, jangan kita meletakkan tahap kita serendah mereka yang dijelaskan oleh Rasulullah umpama memakan daging saudaranya sendiri.

Saya harap perwakilan tidak dipengaruhi oleh buku-buku politik yang jelas berat sebelah dan menyerang calon-calon secara peribadi. Mereka sudah ada masa yang agak lama untuk menilai setiap calon. Penilaian yang dibuat secara langsung in person adalah lebih sahih daripada cerita dalam sesetengah buku-buku politik yang berniat menjatuhkan pemimpin.

MINGGUAN:Apa masalah utama yang harus diselesaikan oleh seorang Ketua Pemuda?

KHAIRY: Masalah utama berhubung kemerosotan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah cabaran utama Pemuda UMNO.

Dalam hal ini, saya akan mantapkan lagi gerak kerja Pemuda dalam dua aspek. Pertama, dari segi latihan dan pendidikan politik. Ia bertujuan memperkuatkan jati diri ahli dan merakyatkan Pemuda. Maksudnya, dalam setiap tindakan Pemuda selepas ini akan membawa kesan positif kepada rakyat kerana Pemuda harus dilihat sebagai pembela nasib rakyat.

Perkara kedua, mengembalikan peranan aktivis dalam Pemuda. Saya akan menubuhkan kor penceramah dan imam muda iaitu lima penceramah dan lima imam muda dari setiap bahagian. Mereka akan menjadi aktivis kita di peringkat akar umbi dan memastikan dalam dua aspek yang mungkin kita nampak ada sedikit kelemahan iaitu penyampaian maklumat dan aktiviti keagamaan.
Saya juga akan menubuhkan unit penyampai maklumat yang akan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan setiap ahli dan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat dan keputusan terkini yang dibuat oleh pemimpin. Ini termasuk unit perang siber yang lebih agresif melalui kaedah seperti blog dan juga portal rangkaian sosial seperti Facebook dan MySpace yang begitu popular di kalangan generasi muda. Maklumat yang kita sampaikan mesti terkini, tepat dan padat. Barulah ahli kita memahami bagaimana nak berdepan dengan sesuatu isu di kawasan masing-masing.

MINGGUAN:Tetapi dikalangan Pergerakan Pemuda sendiri dikatakan berlaku jurang antara ahli dengan pemimpin?

KHAIRY : Sebab itulah saya ingin membawa pendekatan mengakar umbikan kepimpinan Pemuda. Yang pertama, saya akan pastikan mesyuarat exco Pemuda dibuat di setiap negeri. Ini akan memperlihatkan pemimpin Pemuda turun ke bawah dan sentiasa bersama ahli-ahli. Saya juga berharap mesyuarat Pemuda negeri juga akan dibuat di setiap bahagian dan bukan di ibu negeri sahaja.

Saya juga akan hidupkan kembali program Pemuda masuk kampong supaya Pemuda dilihat bersama dengan masyarakat setempat. Kita perlu kikis imej Pemuda UMNO sebagai satu institusi yang dilihat elit melalui langkah turun kebawah bersama rakyat.Saya bercadang untuk sentiasa bergerak kebahagian-bahagian untuk memahami masaalah rakyat secara langsung tempat bergantung kepada laporan ibu pejabat.
Kita perlu kepada kepimpinan yang hands on dalam keadaan politik hari ini.Bagi menaikan martabat Pemuda diakar umbi, saya mencadangkan satu pindaan kepada Perlembagaan parti bagi membolehkan ketua-ketua Pemuda cawangan menjadi perwakilan secara automatic kepada mesyuarat perwakilan bahagian. Ini akan mengurangkan jurang antara Pemuda cawangan dan bahagian induk dan member suara kepada Pemuda diperingkat akar umbi. Ia juga merupakan harapan ahli akar umbi yang rasa diri mereka tidak dibela kerana tiada kuasa politik.

MINGGUAN:Ramai generasi muda terjejas akibat kegawatan ekonomi, apa visi YB dalam hal ini?

KHAIRY : Bagi saya, yang penting adalah kita dapat menjanakan ekonomi di peringkat akar umbi. Saya akan bekerja kuat dalam memantau agensi-agensi kerajaan agar pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion yang baru diumumkan sampai ke golongan muda supaya mereka ini mendapat pekerjaan, memperolehi modal pinjaman serta peluang bagi menjana ekonomi.
Banyak masaalah yang dihadapi dalam ekonomi hari ini adalah disebabkan oleh birokrasi dan kerenah institusi kewangan dan jabatankerajaan. Perkara ini perlu perhatian dan antara tugas Pemuda adalah memudahkan generasi muda mendapat akses kepada kemudahan dan peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.

Jika dilantik sebagai Ketua Pemuda salah satu tanggung jawab saya adalah menjaga kebajikan orang muda. Dan saya akan pastikan Pemuda bukan hanya memainkan peranan sebagai pendesak tetapi juga pemudah cara untuk memastikan pemerkasaan ekonomi orang muda di peringkat akar umbi berjalan dengan baik. Isu utama bagi saya adalah pengangguran dan peluang untuk memulakan perniagaan bagi generasi muda.

Antara tiga kelompok yang saya telah kenal pasti dan memerlukan perhatian iaitu generasi ke dua bagi Felda dan Felcra, generasi kedua dari kampong-kampung tradisi dan golongan muda yang berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah di Bandar.
Jika Pemuda dilihat mengambil berat masaalah ekonomi mereka dengan inisiatif menarik, saya percaya kita dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap gagasan politik yang dibawa oleh UMNO.

MINGGUAN:Institusi Melayu nampaknya semakin diprkotak-katikah, apakah komen YB?

KHAIRY : Saya cukup sensitive terhadap satu konspirasi yang seolah-olah mahu memperkotak-katikan institusi asas negara iaitu institusi raja-raja Melayu dan juga kontrak sosial yang telah dimeterai oleh semua kaum.

Saya percaya pemuda harus berada di barisan hadapan mempertahankan institusi ini, malah saya sendiri secara lantang bersuara bagi memastikan bangsa dan institusi raja-raja tidak diperlekehkan.
Bila Pemuda disifatkan sebagai ‘celaka’, rasanya sayalah antara yang paling awal tampil mencabar orang itu mengeluarkan bukti yang Pemuda UMNO ada mengirimkan peluru hidup pada beliau.
Apabila kemuliaan institusi Raja Raja Melayu dipersendakan saya tampil mempertahankannya. Saya meramalkan serangan terhadap bangsa dan institusi Melayu nukan dengancara intelek, kewarasan dan hikmah.

Pemuda UMNO perlu tewaskan mereka yang memperlekehkan kita dengan akal dan ketajaman pemikiran. Saya bersedia berdepan dengaan mana-mana pihak termasuk pembangkang demi mempertahankan maruah bangsa dan negara.Sekarang sudah tiba masa kita berdepan secara terbuka dengan musuh-musuh kita dan Pemuda perlu kepimpinan yang bukan hanya berani tetapi juga mampu mengatasi serangan tersebut dalam medan politik.

MINGGUAN:Jika dilihat dari segi umur, YB adalah yang termuda, apakah ia akan memainkan peranan dalam pemilihan?

KHAIRY : Saya rasa factor umur penting kerana hanya orang muda dapat memahami jiwa orang muda. Sebagai seorang calon yang masih dalam umur Pemuda, sudah pasti visi saya adalah untuk Pemuda dan bersifat jangka panjang. Saya tidak melihat jawatan Ketua Pemuda sebagai batu loncatan. Kalau nak singgah untuk sepenggal, kita takkan dapat membawa pembaharuan berkekalan. Saya menawarkan diri sebagai calon yang mempunyai wawasan jangka masa panjang untuk Pemuda.

Itulah sebabnya, mengapa saya memilih slogan setiakawan supaya saya dapat menubuhkan satu rangkaian yang seangkatan dengan saya dan akan terus maju bersama dalam politik.
Begitu juga apabila saya lebih senang bergerak dipanggil KJ. Pangilan KJ memudahkan saya bergerak tanpa protokol tertentu dan bagi mendekatkan diri dengan pemuda. Bagi saya, ahli Pemuda dan semua golongan muda perlu diyakini bahawa mereka mempunyai akses kepada pemimpin mereka. Inilah pegangan saya.

MINGGUAN:Dua lagi calon tidak mahu menerima jawatan dalam Kabinet, jika mereka dipilih sebagai Ketua Pemuda?

KHAIRY : Saya menghormati keputusan kedua-dua sahabat saya itu. Bagaimanapun soal pelantikan sebagai angota pentabiran adalah hak mutlak Perdana Menteri. Tetapi jika Ketua Pemuda dilantik, saya melihat ini sebagai satu penghormatan kepada orang muda dan member ruang kepada Ketua Pemuda menterjemahkan inspirasi dan wawasan Pemuda UMNO dan juga kepentingan golongan muda di dalam Kerajaan.

MINGGUAN:Apa harapan YB berkaitan peralihan kuasa yang akan berlangsung tidak lama lagi?

KHAIRY : Saya yakin proses peralihan kuasa akan berjalan lancer kerana ia melibatkan dua pemimpin berjiwa besar. Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bakal Perdana Menteri dan Presiden UMNO UMNO walaupun beliau mengambil alih dari seorang pemimpin yang juga bapa mertua saya. Saya berikrar untuk member sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada najib.

Satu nasihat penting yang Pak Lah berikan kepada saya, kita perlu menjadi orang parti yang kuat. Contohnya, pada team B kalah… Pak Lah tidak keluar dari UMNO walaupun dipecat dari jawatan cabinet. Di situ beliau membuktikan kesetiaannya kepada parti. Jadi, bagi saya yang diajar untuk menjadi orang kuat parti UMNO, saya akan terus member komitmen kepada kepimpinan parti. Saya juga percaya bahawa Najib is the right man at the right time. Beliau adalah seorang pemimpin yang diangkat tepat pada masanya.

MINGGUAN:Akhir kata jika ditakdirkan YB kalah. Apakah YB akan terus menyumbang pada parti?

KHAIRY : Saya dipilih menjadi Ahli Parlimen Rembau atas tiket UMNO-BN. UMNO adalah wadah perjuangan bagi saya. Saya tidak sekali-kali akan kecewa dengan UMNO. Kalau saya menang pula, pertama sekali saya harus rapatkan barisan dan beri keyakinan kepada penyokong-penyokong Mukhriz dan Mohamad Khir bahawa saya bersama mereka sejajar dengan tema dan falsafah kempen ‘setiakawan’.
Saya tidak sama sekali akan mengenepikan Mukhriz dan Mohamad Khir, sebagai contoh; kalau berlaku satu pilihanraya kecil di Selangor, kita sangat memerlukan peranan dan sumbangan Mohamad Khir manakala Mukhriz pula mempunyai idea-idea yang boleh disumbangkan untuk Pemuda.

Adalah menjadi tanggung jawab saya menyatukan kesemua elemen dan ahli dalam pemuda.
Layari: www.prokhairy.com untuk rencana seterusnya..

Tuesday, March 10, 2009

BENARKAH KHAIRY AROGAN?

Oleh Annuar Md Salleh

Arrogant? – Khairy tidak mengaku beliau dari spesis arogan (ejaan dalam BM). Dia tidak mengaku mungkin kerana dia tahu erti, istilah atau makna arogan itu. Malah bagi yang begitu joli dengan perkataan itu tidak benar-benar tahu erti sebenarnya arogan itu. Bila orang sebut arogan, semua orang mahu mengguna perkataan itu.

Kalau Khairy jenis arogan, tidak akan terbit senyumnya di mana-mana. Dia tidak akan pandang kiri kanan kalau berjalan. Dia tidak pandang mata orang yang menyambut salamnya. Dia juga tidak akan berhenti menyambut sesiapa yang menegurnya. Malah dia tidak akan kelihatan di mana-mana dengan sesiapa. Dia tidak akan melangkah ke mana-mana seorang diri.

Sebagai insan terpelajar, berjawatan dalam barisan Pemuda UMNO, bergelar YB, berterampilan dengan gaya dan ketinggiannya mudah menyerlah apabila melangkah di mana-mana. Senyumnya bukan dibuat-buat. Tonasi suaranya di mana-mana forum, ketangkasan menjawab persoalan menjadikan beliau dicemburui. Maka mudahlah beliau dianggap macam-macam.

Itukah arogan yang dimaksudkan? Kalau itu maksud arogan, nyatalah perkataan itu disalahguna untuk anak muda yang berpotensi berdiri sebagai seorang pemimpin. Kalau dia berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam karier politiknya hingga ke peringkat sekarang ini dikatakan arogan, silaplah lagi.

Arogan ni bongkak melebihi sombong. Tidak akan menyapa orang yang memandangnya. Tidak akan datang menghulur salam dua belah tangan kepada orang yang menegurnya, tidak akan memberikan senyuman kepada sesiapa yang memandangnya, tidak akan mengangkat tangan kepada orang yang dikenalinya.

Sesungguhnya dalam banyak kebetulan melihat Khairy, beliau mesra dengan semua orang. Malah ringan tangannya menyambut salam orang. Matanya tepat memandang orang yang hadapinya. Sombongkah dia atau itukah namanya arogan?

Saya bimbang perkataan arogan itu disalahgunakan tanpa mengetahui bahawa arogan itu adalah satu perkataan yang membawa sifat-sifat yang cukup buruk seperti angkuh, membesar diri, cakap besar, tidak mengendahkan pandangan orang, tidak menerima teguran orang, tidak mudah hadir di majlis-majlis kecil, tidak bercampur dengan luar kelompoknya, tidak akan senyum langsung pada sesiapa yang tidak dikenalinya.

Gambaran Khairy seorang yang arogan seperti yang pernah saya temui 4 kali secara tidak sengaja dan terserempak. Pertama kali di Bangsar Park di hari selepas pengkebumian ibu Tan Sri Muhammad Mohd Taib, sekali di parlimen, sekali di Hotel Seri Pacific, sekali lagi di PWTC.

Dari cara dia bersalam dengan orang pun Khairy lihat tepat wajah orang yang bersalam dengannya. Malah pengawal PWTC yang tertebeng di situ pun beliau hulurkan salam dan bertanya khabar.

Itukah arogan pada pandangan orang yang tidak mengenalinya? Yang tak suka dengan beliau sahaja tidak pernah akan menghulur salam dengannya kerana menjauhkan diri sebaik sahaja Khairy muncul. Kelakuan mesra Khairy ini bukan baru. Ia berlaku sejak beliau belum berkahwin dengan Nori lagi.

Semasa itu pernah dua kali saya temui beliau semasa arwah Datuk Abdullah Omar (besan Pak Lah) masih ada. Begitulah cara Khairy menyambut orang dengan salam mesranya.
Khairy dikatakan arogan semata-mata kerana orang tidak tahu ertinya sahaja. Tidak lebih dari itu.
Bagi yang tahu pula menjadikan tuduhan itu satu ungkapan cemburu dengan kehebatan Khairy yang semakin dilihat berpotensi. Ini termasuklah yang sengaja melemparkan yang buruk sahaja kerana mereka menyokong calon lain untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO akan datang ini.

Nak sokong siapa tu sokonglah. Tapi tidak perlu mengada-adakan buruk Khairy dan mengaitkan beliau sebagai menantu Pak Lah. Itulah yang menjadi penyakit hingga persepsi orang ramai turut sama berdosa menyampaikan perkara palsu yang mereka sendiri tidak tahu.

Dalam politik, ingatlah jangan kita salah anggap, jangan salah guna perkataan, jangan salah laku, jangan cakap bagi pihak orang lain, jangan bawa cerita palsu. Insya’Allah, orang Melayu akan lebih mudah maju kalau terthindar dari semua jangan itu.

Petikan dari FabulousBoyz..
Untuk maklumat lanjut klik http://www.prokhairy.blogspot.com/