Wednesday, March 5, 2008

Pegangan Pas Bertukar Lagi???

Pembatalan penggunaan dakwat kuku pada piliran raya umum ke-12 bukti tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat dan bijak. Ini berdasarkan laporan daripada pihak tertentu yang boleh dipercayai mengatakan terdapat individu berniat jahat ingin menipu serta mempergunakan rakyat supaya mengundi melebihi daripada sepatutnya.

Ternyata ini adalah usaha kerajaan melalui SPR ingin mengekalkan sistem demokrasi yang berasaskan sistem syura (muafakat), adil dan sama-rata kepada semua rakyat. Sistem ini juga telah diakui oleh rakyat umum dimana sebilangan mereka yang dijajah cuba menolak pemikiran toghut/sempit yang ditanam oleh pengkhianat Negara (pembangkang) sejak sekian lama.

Kalau dipentas mengatakan para pemimpin Barisan Nasional (BN) suka menuduh serta memfitnah tetapi malangnya keseluruhan pemimpin Pas sebenarnya berperangai sedemikian seolah-olah tuduh-menuduh boleh didalam Islam.

Selepas di halalkan mengumpat kini tuduh-menuduh pula, beginikah parti yang mahu anda jadikan sebagai pemerintah Negara ini? Tanya sendiri, jawab sendiri, hukum sendiri. Bukankah pembatalan penggunaan dakwat ini telah memudahkan rakyat umum?

Sudah diberi kemudahan bukan hendak berterima kasih, tetapi makin menjadi perangai taksub puak-puak pembangkang membuta menuduh, padahal dalam Islam melarang tuduh-menuduh atau berprasangka kerana ia boleh membawa kepada perbalahan.

Disini pemudaberani menyeru kepada yang para penyokong pembangkang khususnya supaya…

TUKAR parti bukan TUKAR Agama. TUKAR MINDA. TUKAR KAWAN DAN LAWAN. TUKAR CARA MAKAN DAN CARA CARI MAKAN. TUKAR, TUKAR, TUKAR, TUKAR. Hendak Tukar kerajaan itu susah sedikitlah, sebab…

Kerajaan kini melalui BN telah banyak membawa kemajuan serta kejayaan kepada Negara dimana kebajikan dan keperluan rakyat tidak pernah dipinggirkan, bukannya seperti puak-puak toghut yang suka mengeluarkan janji-janji manis tetapi tidak boleh melaksanakan.

Disini amat perlulah Pas serta pakatannya merubah kembali janji-janji atau manifesto yang sedia ada kepada PEMBANGKANG YANG BAIK, BERKALIBER DAN DISEGANI. JADILAH PEMBANGKANG YANG DIPERCAYAI dan bukannya pembangkang SYOK SENDIRI.

Monday, March 3, 2008

Bangganya Aku Pangkah PAS

Andainya Pas menang PRU-12 kali ini, aku pasti individu yang bertuah dan dengan bangganya bercerita pada kawan-kawan aku, PAS menang sebab undi aku. Buat pengetahuan umum, akulah individu yang berusaha siang malam, hujan dan panas untuk pastikan Parti Angan-angan Saja menang.

Jadi, wajiblah aku mendabik dada dan berbangga diri kerana disebabkan usaha aku maka rakyat Kelantan dapat melihat PAS membawa kemajuan yang tidak terhingga terhadap AGAMA dan BANGSAku.

Bangga sungguh aku bila melihat :-

1) Pemimpin aku berjaya memperdaya dan menghasut rakan-rakanku supaya mengikut sahaja apa yang disampaikan kerana penyampaian pemimpin aku berdasarkan al-Quran dan hadis Islam sebenar walaupun mereka tahu mereka sebenarnya sudah terpesong jauh.

2) Akibatnya kehidupan rakan-rakanku porak-peranda daripada berakhlak mulia dan menurut perintah Tuhan kepada berakhlak serupa haiwan melampaui hukum Tuhan.

3) Bangga aku melihat pemimpin aku berTOPENGkan jubah dan serban sedangkan aku tahu niat mereka hanya untuk mengaburi mata saudara-saudaraku.

4) Bangga aku melihat pemimpin aku MEMPERMAINKAN ayat al-Quran dan MEMPERSENDAKAN sunnah demi mengejar kemenangan sehingga memperdayakan saudara-saudaraku dengan mengatakan 'mengumpat itu bukan dosa'

5) Bangga aku melihat rakan-rakanku yang terpelajar berada no.1 dalam carta PENGANGGURAN disebabkan tiada pembangunan disediakan sejak Parti pujaan aku memerintah Kelantan.

6) Bangga aku melihat anak-anak sebangsa aku berada no.1 dalam carta RUSUHAN JALANAN.

7) Bangga aku melihat para pemimpin aku berada no.1 dalam carta PENIPU-PENIPU BESAR terkenal di dunia.

8) Bangga aku melihat para pemimpin aku amat senang MENGHASUT anak-anak melayu sehingga terabai kebajikan diri sendiri.

9)Bangga aku melihat pemimpin yang aku lantik telah berjaya mendidik saudara-saudaraku
supaya mengikut suruhan Tuhan sehingga terciptanya pelbagai pegangan katanya ajaran Tuhan.

BANGGA SUNGGUH AKU.
BANGGA SUNGGUH AKU.
BANGGA SUNGGUH AKU.

Teruskanlah tradisi mengundi PAS, Semoga dengan mengundi PAS dapatlah kita lihat anak-anak, cucu-cucu dan keturunan kita dapat tergolong dalam golongan di atas..
UNDILAH.. UNDILAH.. UNDILAH .. Parti Angan-angan Saja.. PAS..

"Membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan",

Sunday, March 2, 2008

Mengapa Rakyat Tetap Undi Barisan Nasional...

Lumrah kehidupan pelbagai pertanyaan melebihi jawapan, begitulah diumpamakan dengan persoalan ' Adakah Pas masih relevan?'. Inilah persoalan yang perlu dijawab rakyat Malaysia khususnya penyokong pembangkang yang dilihat taksub pada kemenangan sehingga mengenderai syaitan untuk memerangi Barisan Nasional.

Terbaru Pas melebarkan sayap buatannya dengan mewujudkan fatwa baru iaitu rakyat dibolehkan mengumpat dan mencerca demi kebaikan kononnya tetapi bagaimana pula pegangan Islam sebenar yang melarang umatNya daripada berbuat dosa dimana mengumpat itu adalah dosa.

Disebalik kancah pilihanraya ke-12 ini, para pemimpin Pas dilihat taksub untuk mengekalkan kedudukan sehingga sanggup mengabaikan pesanan Mursyidul Amnya sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memesan supaya tidak mencerca atau menyerang peribadi lawan tetapi dasar ketamakan yang membuak mengatasi perasaan hormat mereka terhadap ketua mereka sendiri merangkap penasihat parti.

Inikah pemimpin yang anda mahu contohi? Pemimpin yang berlagak berilmu tinggi sehingga mencipta pegangan sendiri sehingga melawan hukum tuhan sendiri. Mengapa rakyat Malaysia akan terus memilih Barisan Nasional? Lihatlah simboliknya Barisan Nasional pada rakyat Malaysia dibawah:

1. Kepimpinan teras utama - Berdasarkan kepimpinan BN dan kepimpinan pembangkang, kepimpinan BN jauh lebih baik dan sejak dahulu lagi BN telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas dimana menerapkan konsep permuafakatan antara parti sedang Pas kini kian terpesong kononnya parti Islam yang menerapkan Islam seratus peratus tetapi menolak fahaman Islam sebenar itu sendiri.

2. Kemurahan hati sifat terpuji - Jika hendak melihat betapa baiknya seseorang lihatlah pada hatinya, inilah antara sifat-sifat terpuji para pemimpin BN yang sanggup melopori kesusahan rakyat bersama demi kesejahteraan bersama berbanding Pas yang hanya 'indah rupa dari kata-kata'.

3. Menipu bukan sifat BN - Kerajaan BN tidak rela menang dengan menipu rakyat dan kemenangan BN adalah kemenangan rakyat juga kerana BN dipilih oleh rakyat berdasarkan sistem demokrasi berparlimen yang bebas, berbanding Pas serta pakatannya yang hanya bersandiwara bertopengkan serban dan jubah kononnya inilah pakatan pembela rakyat.

4. Kebajikan rakyat misi utama - Ternyata kebajikan rakyat terbela dengan adanya kerajaan menerusi BN yang berusaha merubah kehidupan rakyat kepada kehidupan lebih terjamin dimana sebanyak 43.4 bilion jumlah subsidi telah dibelanjakan setahun ke atas barang-barang keperluan buktinya kini jurang kemiskinan antara rakyat berjaya diturunkan secara ketara.

5. Pembangunan modal insan penyampaian berkesan - Terbukti kepimpinan BN kini berjaya menerapkan pembinaan modal insan sekaligus telah memberi manfaat besar kepada negara terus memacu negara menjadi lebih bermutu setaraf negara maju yang lain, sedangkan Pas mempergunakan rakyat demi pemikiran sempit dan taksub mereka terhadap perjuangan ala Islamiah sehingga sanggup memburukkan imej bersih kerajaan pada dunia luar.

Pencapaian cemerlang negara dalam pelbagai bidang terutama sejak BN diberi mandat besar dalam pilihan raya umum empat tahun lalu harus dibanggakan; sekali gus membuktikan keupayaan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menunaikan janjinya kepada para pengundi tahun 2004.

Kepada rakyat Kelantan khususnya yang dijajah Pas selama tiga penggal(18 tahun), bangun dan sedarlah kerana Pas hanya parti angan-angan sahaja dimana parti ini(Pas) telah banyak menipu, merosakkan dan menjual maruah rakyat Kelantan demi fahaman toghutnya. Inilah contoh penipu besar serta perosak bangsa yang jelas kesannya terdapat di Kelantan, Terengganu dan bandar-bandar terkenal di Malaysia.

Undilah Barisan Nasional. Selamat Aman Makmur.