Monday, October 29, 2007

Penentu Nasib Si Pondan Tua…

Apakah nasib Anwar selepas ini? Satu soalan yang perlu dijawab oleh pro-pro pembangkang yang taksub pada kepimpinan si pengelat ini yang terkenal dengan pelbagai helah dan taktik kotor untuk meraih undi rakyat yang kian terkubur pada partinya.

Umum sedia maklum berkenaan klip video perbualan seorang peguam dan seorang hakim negara. Penulis beranggapan klip video ini sengaja direka Anwar bagi mengaburi mata rakyat jelata yang rata-ratanya terpedaya dengan percakapan petahnya.

Anwar layak digelar sebagai “pondan tua” dan anggapan penulis ini memang layak diberikan padanya kerana perwatakan beliau yang “aaw ,aaw” didalam satu video klip keluaran RTM tidak lama dahulu, yang menayangkan perbuatan si ‘pondan tua‘ ini menari sakan di dalam satu majlis.

Naluri si ‘pondan tua’ ini yang terkenal dengan sifat penakutnya terbukti, apabila berhadapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada pertemuan pertama yang terlalu ketara, apabila BPR meminta bukti yang sahih mengenai isu klip video perbualan seorang peguam kanan dan seorang hakim.

Di dalam pertemuan itu, kedegilan dan sifat penipu Anwar terserlah apabila beliau gagal mengemukakan klip video yang asal selama lebih kurang 14 minit kepada BPR dengan alasan tunggu dan lihat sahaja.

Untuk menutup helah beliau yang kian terkupas, perjumpaan kedua telah dirancang oleh Anwar dengan tujuan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat padanya tetapi hanya sia-sia apabila BPR tidak dapat hadir kerana ada tugas yang lebih penting daripada melayan karenah si ‘pondan tua’ yang menggedik tidak tentu hala.

Kelmarin, BPR telah menyerahkan laporan hasil kajian seorang pakar tempatan mengenai ketulenan klip video kepada panel bebas yang akan bermesyuarat bersama untuk menentukan nasib si ‘pondan tua’ ini.Usaha BPR ini harus dipandang tinggi kerana berusaha mengkaji kesahihan klip video tersebut walaupun ia telah disunting oleh Anwar sendiri.

Anwar semakin berani mencabar undang-undang dan tindakan perlu diambil keatas Anwar kerana gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan BPR dengan sengaja menyembunyikan bukti klip video yang asal untuk kepentingan politik semata-mata.

Penulis hairan, kenapakah Anwar tidak mengemukakan klip video yang asal? Kenapakah Anwar bersikap begini apabila berhadapan isu yang boleh menjatuhkan maruah Negara sendiri? Kenapa perlu takut kalau benarlah beliau di pihak yang benar?

Benarlah kata pepatah ‘berani kerana benar, takut kerana salah’. Penulis pasti hak - hak keistimewaan orang Melayu akan gugur dan kepentingan kaum Melayu dihapuskan apabila Anwar memerintah kelak dan memandangkan demokrasi menyeluruh adalah pegangan Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Mampukah Parti Keadilan Rakyat Malaysia memjaga hak orang - orang Melayu dalam kedudukan mereka yang dipimpinan oleh pemimpin dari berbagai kaum? Ini adalah satu persoalan penting yang harus kita perbincangkan sebelum kita membuat keputusan dalam memilih kepimpinan dan parti memerintah.

Wednesday, October 10, 2007

Perangkap Perkauman


Penulis telah menganalisa di antara punca-punca yang menimbulkan perasaan perkauman di Malaysia adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang membuak di kalangan puak-puak anti-kerajaan yang hanya bertujuan ingin mendapatkan lebih banyak kuasa dalam politik dan ekonomi.

Hakikatnya matlamat puak-puak anti-kerajaan ini adalah sama di mana cuba menggerakkan kempen berbentuk sentimen perkauman yang pasti mengundang perbalahan dan seterusnya rakyat dipecah-pecahkan mengikut kaum,agama dan kebudayaan.

Pada dasarnya, puak-puak ini menggunakan kaedah politik yang sama dengan menggunakan pengalaman pilihanraya umum yang lalu sebagai bahan rujukan. Ini dapat dibuktikan dengan pemikiran kotor puak-puak ini untuk menggunakan sentimen perkauman bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Persoalannya, siapa pencetus kepada isu perkauman ini?

Disini, kita dapat melihat dua puak yang terlibat. Bagi penulis, puak-puak ini ada hubungkait dengan perkara ini. Dalam usaha untuk menarik sokongan rakyat, Pas dan DAP hari ini dapat dilihat ingin memerangkap rakyat yang buta politik kepada sentimen berbentuk perkauman dimana teringin melihat perbalahan di antara kaum di Malaysia.

Penulis ingin mengimbau pada tahun 1999, prestasi DAP merudum setelah menjalinkan kerjasama dengan Pas menerusi pakatan yang dinamakan ‘Barisan Alternatif’ (BA) atau dikenali ‘barisan anjing’, maaf kasar bahasa dan pada tahun 2004 prestasi parti mereka pulih semula setelah menarik diri daripada pakatan tersebut.

Ini membuktikan pada kita, kedua-dua parti ini semakin hari semakin parah dalam arena politik dimana saling menuduh satu sama lain. Pas seolah-olah mahu menunjukkan mereka tidak sehaluan dengan DAP dan begitulah sebaliknya DAP ingin menonjolkan mereka tidak lagi sebulu dengan Pas.

Berbalik pada pemecahan antara DAP dan Pas, di antara puncanya adalah disebabkan Pas yang tidak berpuas hati akan undian rakyat yang melebihkan DAP daripadanya. Pas menyifatkan DAP dalam diam menikam dari belakang dengan mencuri idea sebenar Pas iaitu menggunakan sentimen perkauman yang dipercayai dapat meraih undi rakyat yang banyak, seterusnya dapat merealisasikan impian Pas yang ingin menubuhkan kerajaan olok-olok ala Islamik.

Dengan tertubuhnya parti baru yang ditubuhkan oleh Datuk S Nallakarupan, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) tidak mustahil Pas dan DAP akan memperalatkan parti ini sebagai alat untuk memancing undi kaum India pula.

Oleh itu, kita dapat menganggap hasrat parti pembangkang untuk menerajui kerajaan jika menang pada pilhan raya umum akan datang sebagai sesuatu yang hanya ‘indah khabar dari rupa’.

Inilah stail pembangkang. Lebih label dari isu. Lebih sudu dari kuah. Alih tak alih DAP dan rakan sekutunya hanya bersuara apabila terdapat sesuatu isu yang menyentuh kepentingan mereka dan akan mendiamkan diri apabila melibatkan kaum mereka.

Perlu diingat mempertahankan hak bukanlah perkauman kerana mempertahankan hak seperti mempertahankan kedaulatan negara. Kita perlu berada di atas prinsip, begitulah di dalam BN jika masalah melibatkan kaum Cina kita akan merujuk kepada MCA, jika timbul isu kaum India kita akan rujuk MIC dan begitulah jika timbul isu Melayu perkara itu akan dirujuk pada UMNO.

Monday, October 8, 2007

Keuntungan Petronas untuk semua


Petronas yang juga dikenali Petroliam Nasional Berhad, ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 dan dibariskan di kalangan Fortune Global 500’s syarikat yang mencari gali minyak dan memproses gas yang terbesar di dunia.

Sejak penubuhannya, Petronas adalah salah satu syarikat yang membanggakan dimana telah banyak menyumbangkan hasil perolehannya kepada kerajaan dan seterusnya rakyat. Salah satu punca keuntungan petronas terbukti dengan peningkatan kadar harga minyak mentah di pasaran dunia.

Untuk pengetahuan anda, harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita, walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak.

Sebagai kerajaan, Kerajaan sedang merangka kaedah yang lebih baik bagi memastikan bahan petrol seperti diesel dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak dengan memastikan harga produk petroleum rendah dan memberi pengecualian cukai jualan serta subsidi kepada semua pengguna bahan petroleum (petrol, diesel dan gas memasak).

Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalah antara terendah di dunia. Namun begitu perlu diingat, bahawa kerajaan beroleh keuntungan dari kenaikan harga minyak pada jangka pendek sahaja.

Pada jangka sederhana, kenaikan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia dan sebagai sebuah ekonomi terbuka, eksport kita akan merosot. Hasil negara akan berkurangan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu dalam jangka sederhana, kenaikan harga minyak sebenarnya tidak menguntungkan kerajaan sebenarnya.

Tidakkah pembangkang terfikir dalam budget negara, separuh daripada keuntungan petronas digunakan untuk dinikmati bersama rakyat?

Sebagai contoh, sudah berpuluh tahun Petronas menaja pelajar-pelajar bumiputera yang miskin melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara. Seterusnya ia telah mengeluarkan graduan yang dapat mengeluarkan keluarga mereka dari paras kemiskinan.

Selain itu, anak-anak syarikat Petronas juga saban tahun menghulurkan bantuan secara langsung kepada fakir miskin dan daif melalui system zakat. Ini menunjukkan Petronas sangat mementingkan kebajikan rakyat dimana keuntungannya dikongsi bersama.

Dan, keuntungan petronas juga disumbangkan untuk pembangunan negara seperti KLCC, Putrajaya, KLIA, Sepang dan tidakkah pembangkang terfikir, adakah pembangunan yang disebut dapat dibina jika setiap rakyat diberi RM2000 seorang?

Penulis berasa pembangkang ghairah mendangkal isu ini adalah disebabkan wang, dan terbukti, pembangkang kini sangat terdesak untuk menyelamatkan partinya daripada terkubur dengan mengharap wang yang akan diberi nanti akan diberi kepada ahli-ahlinya, seterusnya dapat meminta wang tersebut daripada ahli-ahlinya untuk dana parti.

Benarlah pandangan penulis, pemikiran puak-puak pembangkang hanya berfikiran jumud; tidak mahu memandang ke hadapan serta tidak mahu melihat anak bangsa sendiri maju dan hanya menunggu wang datang bergolek depan mata seolah-olah jatuh dari langit.

Inikah yang dinamakan parti Islam? Adakah Islam mahu umat sebegini? dan jika ini berlaku selama itulah Malaysia tidak akan dikenali di dunia.

Peranan utama PETRONAS adalah mengurus dan mengekalkan sumber minyak dan gas negara kita. Bagi mencapai matlamat ini, keuntungannya dilaburkan semula untuk kegiatan carigali baik dalam negeri dan luar negeri. Keuntungannya juga dibelanjakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Sebenarnya, sumbangan PETRONAS kepada hasil negara adalah mencukupi untuk membiayai sepenuhnya subsidi pengeluaran petroleum. Namun begitu, perbelanjaan subsidi adalah perbelanjaan hangus. Walaupun Kerajaan boleh membiayai sepenuhnya subsidi yang kian meningkat tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik kerana akan menjejaskan pelaksanaan program lain yang lebih produktif.

Sebagai contoh, subsidi sebanyak 6.6 billion pada tahun 2005 merupakan 7.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus dan ia merupakan 23.3 peratus daripada perbelanjaan pembangunan tahun 2005. Jika kos membina sebuah sekolah menengah adalah RM11 juta, jumlah ini dapat membina 600 buah sekolah.

Selain itu, kehilangan hasil sebanyak RM7.9 bilion pada tahun 2005 akibat daripada pengecualian cukai telah menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan untuk di salurkan kepada rakyat. Kehilangan hasil berjumlah RM7.9 bilion ini jika dikutip, dapat membina 316,000 buah rumah kos rendah untuk golongan yang tidak berkemampuan dan ini menunjukkan kerajaan tersangat mengambil berat kepada rakyatnya.

Dalam menghadapi isu subsidi produk petroleum serta kaitannya dengan kedudukan kewangannya, Kerajaan telah memilih jalan tengah dan merupakan pilihan terbaik agar rakyat dapat berkongsi sedikit keuntungan petronas bersama kerajaan iaitu:

Menaikkan harga sedikit seperti keadaan sekarang.Jurang di antara harga pasaran dan harga subsidi dapat dikurangkan. Ini bererti sebahagian kenaikan dipindahkan kepada pengguna dan sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi.

Tanggungan subsidi juga dapat dijimatkan dan penjimatan itu dapat membiayai perbelanjaan yang lebih produktif. Kenaikan harga secara sederhana tidak akan memberi kesan mengejut kepada rakyat dan memberikan ruang untuk rakyat dan pengguna membuat penyesuaian sewajarnya dalam perbelanjaan mereka.

Berikutan dengan kenaikan harga minyak, rakyat sendiri perlu sedar dan perlu bertindak bijak dalam berbelanja. Oleh itu, dari segi penggunaan minyak, dengan merancang perjalanan lebih awal, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam, perbelanjaan ke atas minyak boleh dikurangkan.

Rakyat negara ini wajar menyokong usaha Kerajaan berhubung dengan penggunaan tenaga secara berhemat. Pembangkang tidak usahlah mengaitkan para pemimpin UMNO dengan isu ini dimana puak-puak ini hanya bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat yang teringin melihat rakyat dan juga Kerajaan berbalah.

Seterusnya tercapailah cita-cita puak ini untuk mewujudkan kembali suasana reformasi seperti seakan-akan yang berlaku baru-baru ini di Terengganu. Begitulah slogan Pas khususnya yang harus diperbetulkan disini, “Pas parti bahaya, rakyat Malaysia jangan terpedaya!”.

Wednesday, October 3, 2007

SKIM PELUANG KEDUA – PINJAMAN PELAJARAN UNTUK GOLONGAN BELIA

Dewasa ini pelbagai gejala-gejala sosial seperti dadah, bohsia, mat rempit dan segala gejala negatif semakin menjadi-jadi di negara kita dan adakah kita pernah terfikir bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini agar setiap masa yang terluang oleh golongan muda ini ditumpukan untuk menimba pengetahuan lantas dengan sendirinya masalah lepak dan berpeleseran dapat dibendung.


Konsep peluang kedua ini merupakan cetusan minda bagi membantu golongan muda dengan memberi peluang pendidikan dan dalam masa yang sama ia menjamin peluang kerjaya khasnya kepada mereka yang mendapat keputusan minimum tetapi masih mempunyai minat yang mendalam untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut Pengerusi Putera UMNO Datuk Abdul Azeez satu inisiatif telah dijalankan bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini serta skim ini adalah untuk remaja yang berumur 18 hingga 25 tahun.

Golongan-golongan remaja diharap tidak akan melepaskan peluang keemasan kerana akan diberi kemudahan untuk belajar dan juga bantuan kewangan serta akan didaftarkan di dalam skim yang di anjurkan oleh Majlis Latihan Vokasional dan Kementerian Belia dan Sukan.

Objektif program ini adalah untuk membantu serta meningkatkan taraf sosio ekonomi anak Melayu seiring dengan kepesatan pembangunan negara. Program ini juga merupakan keutamaan Putera UMNO bagi memastikan setiap peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk anak bangsa yang mendapatkan ilmu pendidikan digunakan sepenuhnya oleh golongan muda ini tanpa dipersia-siakan.

Sebagai usaha membantu golongan ini berubah sikap lebih 6,000 mat rempit akan dhantar keluar negara untuk bekerja dalam pelbagai bidang selepas mengikuti latihan-latihan di kolej tertentu anjuran Putera UMNO.

Dalam program kedua ini kursus-kursus yang ditawarkan memang mempunyai banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang terlibat dalam kerana kursus yang ditawarkan adalah seperti kursus automotif, kursus perhotelan dan juga kursus kejururawatan.

Peluang ini diambil berdasarkan dua permintaan dari luar negara iaitu di Timur Tengah dan Australia yang memerlukan khidmat lelaki muda untuk memberi perkhidmatan dalam bidang tertentu.

Dimana negara-negara Timur Tengah meminta agar lebih kurang 5,000 orang untuk bertugas sebagai jururawat di hospital manakala yang selebihya seramai 1,500 sebagai pengimpal kapal.Ini merupakan peluang baik kepada golongan rempit yang lebih gemar melepak,berlumba haram tanpa mengira masa.

Perkara yang paling penting sekali ialah terletak kepada mat rempit itu terlebih dahulu kerana mereka perlu ada keinginan yang menebal untuk berubah dan memikirkan masa depan mereka akan tetap gelap jika memilih cara hidup yang tidak sihat.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman http://www.puteraumno.net/peluangkedua/ atau hubungi En. Sharol di talian 012-6925589.