Thursday, August 23, 2007

Zoo ada ulama Pas?

Teringat bujang ketika zaman persekolahan dahulu, sekiranya cuti sekolah mak bujang sering mambawa bujang ke Zoo Negara yang terletak di Ulu Klang untuk berjalan-jalan melihat binatang-binatang yang berada di sana. Tidak di lupakan juga kami sekeluarga akan bergambar sebagai kenang-kenangan untuk di tatap di kemudian hari dan sebagai koleksi kenangan untuk anak cucu.

Objektif penubuhan zoo di selruh dunia adalah untuk menjaga binatang-binatang ini dari pupus dan memberi pendedahan kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat dengan binatang-binatang yang terdapat di sana.

Namun senario itu telah berubah, kerana di zoo sekarang ini bukan sekadar ada binatang buas, para pengunjung yang pergi ke sana juga berpeluang untuk melihat ulama Pas yang telah disumbat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man untuk tatapan umum.

Tuan Ibrahim yang bercakap pada program yang diadakan di Pusat Khidmat PAS, Kampung Batu Satu dekat sini baru-baru ini menegaskan sekiranya ulama Pas enggan (kononnya) bersama-sama ikut menari di pentas politik negara ada baiknya mereka di letakkan di sangkar bersama-sama binatang buas yang berada di zoo.

Umum mengetahui ulama Pas atau bujang lebih cenderung untuk mengelar mereka sebagai ular dalam semak lantaran tindak tanduk yang di cerminkan selama ini, telah lama berkecimpung di arena politik tanahair. Mereka ini lebih gemar untuk berpolitik untuk kepentingan peribadi berbanding mengajar dan mendidik rakyat mengenai Islam dalam erti kata yang sebenar.

Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan idealogi mereka, maka dengan mudah akan menjatuhkan hukum kafir, fasik, sesat dan sebagainya. Idealogi yang di bawa oleh mereka telah membawa kepada pepecahan dan perbalahan sesama sendiri.

Lihat sahaja apa yang telah terjadi di Kelantan dan Terenganu sutu ketika dahulu hasil dari fatwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, satu masjid dua imam, yang telah berkahwin terpaksa bercerai-berai, pulau-memulau sesama sendiri dan seribu macam pepecahan yang telah melanda.Terbaru yang bujang terima apabila Badrul Amin mengatakan mufti Perlis sebagai bapak setan.

Inilah mentaliti sebenar ular dalam semak, siapa sahaja yang tidak sehaluan akan dicap dengan pelbagai gelaran dan nama yang bertujuan untuk menghina dan merendah-rendahkan kredibiliti lawan. Mereka juga di lihat gemar mencari musuh berbanding kawan. Telah menjadi resam ular untuk tinggal di tempat-tempat gelap dan sunyi, apabila ada yang di anggap merbahaya akan di patuk.

Cara dan kaedah yang di gunakan mereka ini tidak ubah seperti puak Khawarij yang gemar menghukumkan kafir, sesat dan syirik kepada orang-orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka, atau terhadap orang-orang yang menentang politik dan perjuangan mereka.

Puak ini juga membenarkan adanya penentangan kepada pemimpin atau pemerintah Islam dan menggulingkannya, jika pemerintah itu berlainan ideologi, politik dalam perjuangan mereka.

Hadis
Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda:
“Sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka kepada aku maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku dan sesiapa yang menderhaka pemerintah maka dia telah derhaka kepada aku” (Sahih Muslim : 3417)


Hadis
Usaid bin Hudhair r.a:
Seorang lelaki dari kaum Ansar telah menghadap Rasulullah s.a.w secara bersendirian lalu dia berkata: Kenapa engkau tidak menugaskan aku sebagaimana engkau telah tugaskan Si Polan? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: “Sesungguhnya kamu akan bertemu pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bongkak sepeninggalanku nanti, maka hendaklah kamu bersabar sehingga kamu menemui aku di perigi (dalam Syurga).” Sahih Muslim : 3432

Allah s.w.t berfirman :Mereka tiada akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tiada mengerti. (Al-Quran – 59:14)

Hadis dan petikan ayat Al-Quran di atas secara jelas menerangkan peri pentingnya untuk taat kepada pemerintah dan bersatu-pada dalam segala hal. Namun apa yang di lakukan oleh mereka-mereka yang berada di dalam Pas secara jelas menolak dan mengabaikan saranan dan perintah yang mesti di laksanakan.

Sepanjang pemerhatian bujang, acapkali juga pembangkang ini menyalahgunakan perkataan 'ulama' baik pada semasa ceramah mahupun di Parlimen yang kononnya menerapkan ajaran Islam tetapi langsung tidak mencerminkan Islam. Bagi mereka, ia tidak salah apa yang penting maksud dan cita-cita politik mereka berhasil dan tercapai.

Memandangkan pergunaan ulama begitu mudah di dalam Pas, maka ramailah yang menjadi ulama jadi-jadian atau dalam peribahasa melayu suam-suam kuku. Asal sahaja boleh menyampaikan ceramah, boleh petik dua tiga potong hadis dan surah Al-Quran maka jadilah dia seorang ulama@ular dalam semak gaya Pas.

Berbanding dengan kerajaan, tiada yang sanggup memikul ‘title’ ulama kerana takut tidak terbawa dengan ilmu yang ada. Apa yang ada sekiranya mereka itu berkelayakkan, maka mereka akan di beri tanggungjawab untuk bergantung dengan kelayakan.

Mereka yang berada di dalam kerajaan bukanlah seperti yang di tohmah oleh Tuan Ibrahim, apa yang bujang dapat lihat ialah mereka menjalankan amanah yang di berikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Apa yang perlu di tegur akan mereka suarakan, sebagai contoh Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani yang sering menegur kerajaan.

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri contohnya juga sering di lihat memberikan pendapat kepada kerajaan dalam menanggani satu-satu isu yang ada. Inilah yang dinamakan ulama dan umara berjalan seiring dalam mentadbir kerajaan. Tidak di nafikan masih terdapat banyak kekurangan yang ada, tapi ianya sedang diperbetulkan.

Tiada siapa yang mampu menjadikan ia sempurna, kerana sebagai hamba kita sering mempunyai kelemahan dan kekurangan.

Berbalik kepada Pas bujang merasakan, sebenarnya apa yang cuba di sampaikan oleh Tuan Ibrahim ialah ‘kalau hang sokong aku hang adalah ulama tapi kalau hang tak sokong aku hang boleh pi dok kat zoo’. Sengaja bujang gunakan ayatnya begitu supaya pembaca lebih mudah faham apa yang ingin disampaikan.

Kesimpulannya tindakan Tuan Ibrahim menyamakan ulama Pas setaraf dengan binatang di dalam zoo adalah amat bertepatan sekali dan bujang menyarankan agar Tuan Ibrahim juga seharusnya diletakan di sana bersama-sama dengan pucuk pimpinan Pas yang lain.

No comments: