Friday, August 24, 2007

PEMBAHARUAN KG. BARU CITRA MELAYU MODEN

Siapa tidak kenal Kg. Baru? Mendengar namanya sahaja, pasti umum mengetahui di mana hendak mencari hidangan istimewa itu. Kg. Baru adalah satu-satunya kampung melayu asal yang telah lama bertapak di Kuala Lumpur dan merupakan kawasan penduduk yang keseluruhannya di monopoli oleh orang-orang melayu.

Ia merupakan tempat kegemaran golongan muda dan keluarga untuk berhibur serta menjamu selera selain dapat mengeratkan silaturrahim antara mereka yang menjadi sumber ekonomi penduduk sekitar. Ini menjadi tonggak kekuatan dan ketahanan Kg. Baru yang dapat bertahan puluhan tahun lamanya di Kuala Lumpur. Ekonomi yang kukuh serta infrastruktur yang pesat membangun juga kedudukan yang strategik di tengah-tengah banda raya menjadi salah satu nadi ekonomi utama bagi Kuala Lumpur.

Kampung baru sendiri mempunyai daya tarikan yang terkenal dengan adat resam melayu yang diamalkan turun-temurun sehingga sekarang. Selain itu, Kg. Baru juga terkenal dengan keramahan penduduk setempat yang di senangi oleh para pelancong asing yang kerap datang mengunjungi.

Terdapat segelintir pihak yang tidak menyokong idea kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur Kg. Baru. Pihak ini terdiri daripada penentang kerajaan termasuk Pas sendiri hanya mahu melihat Kg. Baru terus terpinggir dari arus pembangunan khususnya orang Melayu.

Mereka hanya memberikan pandangan negatif serta gemar berjanji kosong untuk kepentingan peribadi semata-mata. Janji yang di taburkan tidak pernah di tunaikan atau menunjukkan sebarang implikasi kemajuan apatah lagi untuk membuktikan mereka layak mentadbir.

Dakwaan Pas terhadap UMNO, yang mengatakan janji mereka semata-mata demi kepentingan politik hanya menarik perhatian rakyat untuk terus menyokong UMNO adalah tidak benar. Dewan Pemuda Pas Wilayah telah menyuarakan ketidakpuasan terhadap peruntukan yang tidak di beritahu lebih lanjut di dalam mesyuarat tempoh hari.

Pihak pembangkang seharusnya sedia maklum ia merupakan perancangan dan bukan belanjawan yang termaktub di sepanjang tahun. Perancangan bukanlah sesuatu yang sudah terjadi tetapi ia baru di rancang! Mengapa harus mempertikaikan peruntukan tanpa penjelasan sedangkan ia baru di rangka untuk kemajuan penduduk setempat.

Menyedari banyak kawasan tanah terbiar yang sangat bernilai dan menjadi rebutan pelbagai pihak, kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk memajukannya tanpa mempunyai sebarang agenda yang tersembunyi.

Bujang sendiri adalah anak jati Kg. Baru dan telah melihat sendiri pembangunan yang di jalankan kerajaan yang membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya anak muda yang menganggur dan banyak menimbulkan masalah sekali gus dapat menyelamatkan golongan ini terus terpinggir dari arus pembangunan masa kini.

Konsep baru pembangunan kg. Baru berasaskan keseimbangan antara faktor kemanusiaan, alam sekitar dan struktur bandar. Fokus lebih kepada manusia dan kemanusiaan, bukan sistem dan material. Kg. Baru perlu berwajah baru dengan citra Melayu yang lebih lestari dan kontemporari.

Pada pendapat bujang, peranan era moden kampung baru perlu di teraskan kepada konsep pembangunan lestari yang menonjolkan imej mesra alam, moden, dinamik dan versatil orang Melayu bandar yang semakin strategik dalam arus pembangunan ibu kota

Kerajaan sentiasa sedar tentang masalah kemasukan warga asing dan meminta bantuan pihak polis dan rela untuk bergabung tenaga membanteras penempatan warga asing yang menetap secara haram di Kg. Baru. Ia sedang giat di jalankan dan menampakkan hasil yang positif kepada penduduk Kg. Baru sendiri.

Selain itu,masalah banjir sekarang juga sudah tidak menjadi beban bagi penduduk berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana kerajaan telah melebarkan longkang-longkang kecil kepada longkang besar yang dapat mengalirkan air dengan tenang dan jernih.

Peniaga-peniaga Melayu harus sedar niat kerajaan adalah murni untuk membantu dengan menaik taraf gerai yang di bina daripada kayu-kayu yang mudah terbakar kepada bahan yang lebih kukuh. Kerajaan tidak ingin kejadian kebakaran di pasar minggu berulang lagi di masa hadapan pada kawasan lain kerana peniaga sendiri akan menanggung kerugian akibat kebakaran tersebut dan ini akan menjejaskan ekonomi mereka.

Antara faktor penempatan peniaga ke kompleks perniagaan di Jalan Batu, Jalan Ipoh adalah kerana segelintir peniaga tidak mempunyai lesen yang sah dan ia bersifat sementara kepada peniaga dan akan di tempatkan semula di kg. Baruaru sebaik sahaja pembangunan yang di bina siap.

Umum mengetahui kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta pada pembangunan ini yang bakal menaikkan taraf ekonomi penduduk dan peniaga setempat. Rancangan kerajaan ini telah meraih sokongan penduduk yang telah di nyatakan dalam mesyuarat agung tahunan UMNO Titiwangsa baru-baru ini.

Ini bukan pertama kali masalah ini di bincangkan malah sudah sering di adakan mesyuarat yang di hadiri oleh ketua kampung setiap kawasan untuk memperolehi kata sepakat penduduk bagi meneruskan hasrat kerajaan membangunkan kampung baru.

Tindakan pemuda Pas wilayah yang sengaja menuntut penduduk mengadakan satu pertemuan terbuka berbentuk reformasi bertujuan ingin melihat pergaduhan sesama penduduk dan akan memecah-belahkan persaudaraan dan keakraban mereka.

Peruntukan yang di beri adalah untuk menaik taraf tapak pasar minggu, pembinaan jalan menghubungkan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Razak, pembinaan siar kaki dari Chow Kit ke Dataran Merdeka, jalan siar kaki Jalan Raja Alang-Jalan Raja Muda Musa, menaik taraf Jalan Raja Bot dan kawasan sekitar pasar Chow Kit yang telah uzur

Berbalik kepada pemuda Pas Wilayah, mereka sebenarnya umpama ‘katak di bawah tempurung’ yang masih tidak mahu berubah ke arah kemajuan yang di cadangkan oleh kerajaan terhadap mereka. Ini menunjukkan mereka bersama saff pimpinannya masih berada di takuk lama yang berfikiran kolot dengan ideologi Islamnya untuk kepentingan peribadi.

Kesimpulannya, pembangunan yang ingin kerajaan bangunkan haruslah disokong sepenuhnya oleh masyarakat khususnya penduduk kampung baru sendiri,sekali gus ia akan menjadi sebuah penempatan yang moden dan disegani ramai.

No comments: