Kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar yang menuduh kerajaan BN sebagai penceroboh kemerdekaan rakyat adalah dianggap pemikiran seorang pemimpin Pas yang tohor atau kolot. Namun, tidak keterlaluan andainya dikatakan bahawa beliau sebenarnya yang masih dijajah dan fikiran merekalah yang masih belum merdeka.
Pada dasarnya mereka sendiri tidak memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya dan tidak habis-habis dijajah oleh perasaan hasad dengki terhadap kejayaan kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan UMNO. Walaupun apa kebaikan yang cuba dilakukan oleh Pak Lah dan barisan kabinet, namun ia tetap juga salah pada pandangan mereka.
Merdeka yang bermaksud, bebas, lepas, berdiri, bersendiri, berleluasa, berdikari, langgas; memerdekakan: membebaskan, melepaskan, memberhentikan, mengeluarkan; kemerdekaan: kebebasan, kelepasan, hak asasi juga dilihat gagal dihayati oleh Mahfuz dengan sepenuhnya.
Buktinya,kenyataan beliau yang hanya menyifatkan kemerdekaan menjadi tidak bermakna bagi rakyat apabila sebuah kerajaan seperti BN mengorientasikan kezaliman, penindasan, penyelewengan, korupsi, kronisme, kolusi, nepotisme, salah guna kuasa dan salah laku dalam pentabiran BN, jelas tersasar dari maksud sebenar kemerdekaan sepertimana yang diterjemahkan dalam kamus dewan.
Kenyataan Mahfuz ini dilihat amat bercanggah dengan prinsip sebuh negara merdeka apabila menyifatkan pentadbiran BN tidak memperjuangkan nasib rakyat pelbagai kaum dan mentadbir negara sebagai sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, tidak bersih, tidak amanah dan sebagainya.
Biar setinggi mana pun jawatan yang disandang, kata-kata seseorang itu sentiasa melambangkan peribadinya apatah lagi jika ia seorang pemimpin yang kononnya mewakili parti yang memperjuangkan Islam.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Mahfuz yang mengatakan sistem demokrasi kini dihina dengan pencerobohan kepada penubuhan sistem kehakiman, undang-undang, hak asasi manusia dan kebebasan rakyat bersuara?
Apakah mahfuz mengerti apa itu demokrasi dari sudut Islam sebenarnya dan apakah yang dimaksudkan dengan pembudayaan masyarakat yang hendak diterapkan dalam penubuhan negara Islam Pas junjungan Mahfuz dan para sidangnya?
Janggal rasanya apabila mendapati tindak balas Pas terhadap kritikan yang membangkitkan soal samada politik Islam Pas serasi dengan demokrasi, kemajmukan, hak asasi manusia, hak wanita, kepelbagaian budaya dan permodenan masa kini masih disangkal.
Ini jelas menunjukan bahawa Pas sebenarnya tidak serasi dengan demokrasi dan tidak benar-benar berkomited dengan sistem demokrasi berparlimen, tetapi berpegang kepada “satu orang, satu undi, satu kali” dan akan mempergunakan politik pilihanraya untuk “merampas demokrasi”.
Pada mereka, perkongsian kuasa hanyalah merupakan strategi dan mekanisma untuk mencapai objektif muktamad, semata-mata untuk penubuhan kerajaan yang memperalatkan perjuangan Islam dengan melaungkan agenda palsu kononnya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.
Di dalam dokumen Negara Islam Pas, mereka telah meletakkan konsep Negara Islamnya di luar capaian kritikan manusia, dengan menyamakannya dengan perintah Allah. Dokumen Negara Islam Pas membuat dakwaan berikut mengenai konsep sebuah Negara Islam:
“Sebarang cubaan mendakwa bahawa ini tidak adil, adalah sama seperti mendakwa bahawa Allah adalah tidak adil dalam perintahnya. Pilihan ini sebenarnya ditentukan tuhan dan bukannya pilihan yang diberikan oleh Pas. Sebarang sangsian mengenai isu ini samalah seperti mencabar kebijaksanaan tuhan.”
Maknanya, sekiranya konsep Negara Islam adalah berasas dari Tuhan, dan mengkritik konsep ini disamakan dengan mengkritik Allah dan bukannya sekadar mengkritik pemimpin Pas, bagaimanakah agaknya Negara Islam Pas setelah ditubuhkan nanti.
Adakah jika dikritik, ditukar, atau diganti pemerintahnya akan dituduh sebagai melanggari perintah Allah? Begitu juga dengan fahaman, satu undi menentang Pas dan Negara Islamnya kelak akan menjadi satu undi mementang Allah dan sama seperti mengkufuri Tuhan dan menderhaka.
Jika dilihat dan diamati secara mendalam, apakah konsep seperti ini boleh mendakwa dirinya serasi dengan demokrasi sedangkan mereka secara terang-terangan sudah memperalatkan konsep sebuah negara Islam yang sebenar dan diubah mengikut citarasa mereka sendiri.
Demokrasi adalah suatu sistem yang bersumberkan dari manusia dan tidak ada hubungan dengan wahyu atau agama. Di masa kini, adakah anda sebagai rakyat Malaysia merasakan Pas mampu untuk mewujudkan negara Islamnya yang merdeka sepenuhnya?
Menurut konsep dasar demokrasi iaitu pemerintahan yang diatur sendiri oleh rakyat (seluruh rakyat harus berkumpul disuatu tempat umum, lalu membuat peraturan serta undang-undang yang akan mereka terapkan, mengatur berbagai urusan, serta memberi keputusan terhadap masalah yang perlu diselesaikan) dan itulah yang diamalkan oleh negara kita selama ini.
Bukannya seperti demokrasi sebuah negara Islam ciptaan Pas yang mahukan setiap rakyat atau pengundi akan dikumpulkan disatu tempat dan keputusannya pemilihan akan dibuat oleh pemerintah. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahwa syura tidaklah bertentangan dengan demokrasi. Syura (musyawarah) adalah nilai dalam wilayah norma-norma, sementara demokrasi adalah bentuk teknik dalam kehidupan nyata.
Ini bermakna, rakyat itu sendiri yang seharusnya menanamkan nilai-nilai merdeka selain nikmat kemerdekaan dikongsi serta dimanfaatkan bersama kerajaan BN untuk mempastikan segala anasir jahat yang dianjurkan Pas dikikiskan dari pemikiran rakyat.
Melihatkan pengangan mereka itu, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika Mahfuz mengeluarkan tuduhan yang kononnya BN/UMNO lah yang telah menceroboh kemerdekaan rakyat . Sebenarnya, inilah sebenarnya cara mereka untuk menang dalam pilihan raya…Mereka sanggup menidakkan kenyataan dan sanggup juga memeralatkan Islam semata-mata nawaitu untuk memerintah tercapai.
Cuma apa yang penting sekarang ini, pengundi-pengundi atau penyokong-penyokong BN dan UMNO diharap tidak terikut-ikut dengan rentak dan lagak pemimpin Pas itu. Mungkin mereka berpendapat mereka terlalu baik kerana berupaya menggunakan ajaran Islam ciptaan mereka sebagai teras kepada wardah perjuang.
Sanggupkah kita semua ditipu buat selama-lamanya dengan hadis-hadis yang telah digubah oleh Pas. Oleh mereka yang tidak segan silu menggunakan nama Islam hanya untuk kepentingan diri sendiri.