Tuesday, April 21, 2009

SAJAK KHAS BUAT 'MAYAT2 PAS & PKR

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
AMPUNKAN DOSA PAS DAN PKR
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
JANGANLAH KAU PERCIKKAN MEREKA DENGAN BISA ULAR BESAR
JANGANLAH KAU LIBAS MEREKA DENGAN RANTAI BERAPI
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

MEREKA ITU BODOH DAN SOMBONG DI DUNIA
MEREKA MENJUAL AGAMA MU MENGIKUT SUKA HATI MEREKA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

MEREKA MENJUAL 'ALLAH' DEMI MENGEJAR PANGKAT DUNIA
DIA YANG AKU MAKSUDKAN KHALID SAMAD DAN ANWAR DURJANA
AMPUNKAN DOSA MEREKA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

MEREKA MENDAKWA PEROKOK LEBIH HINA DARI BINATANG
YANG BERKATA ITU MURSIDUL AM NYA
DIA TIDAK SEDAR
KELANTAN ADALAH PENGELUAR TEMBAKAU TERBESAR NEGARA
MAKNANYA 'ORANG KELANTAN' TELAH DIHINA OLEH MURSIDUL AM NYA
JIKA PEROKOK DI GELAR BINATANG,
APA PULA GELARAN UNTUK PENGELUARNYA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

YA TUHAN KAMI
MEREKA PERSENDA 'HUDUD' SEMAHU-MAHUNYA
GERTAK MEREKA,
KALAU TAK LAKSANA HUDUD MAKA NERAKA TEMPAT SEMADINYA
SAYANG BILA KARPAL MEMBUKA MULUTNYA
NIK AJIS KATA..KITA BUAT 30 TAHUN LAGI DAAAAA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

YA TUHAN KAMI
NIK AJIS KATA LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN SYAITAN
DARIPADA BERKAWAN DENGAN UMNO
BUSUK SUNGGUH HATI NYA
SEDANGKAN SETIAP HARI DIBACA AYAT PEMBUKA KATA
'AKU BERLINDUNG DENGAN MU DARI SYAITAN YANG DIREJAM'
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

YA TUHAN KAMI
FITNAH ADALAH PERMAINAN MEREKA
SETIAP HARI DI OLAH UNTUK MENYEDAPKAN CERITA
SAYANG BUKTI SEBENARNYA TIADA
KAEDAH HEAR SAY MERUPAKAN AGENDA
MAKA BERTAKUNG-TAKUNG LAH PAK JI DAN MAK JI MENANGGUNG DOSA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

MAKA KAPAN KANLAH MEREKA PADA HARI SELASA
7 APRIL HARIBULAN NYA
DISERTAI DENGAN DOA PENEBUS DOSA
MOGA YANG HIDUP MENERIMA CERITA
AGAR PAS DAN PKR DIJAUHI SELAMANYA !
sumber dari anti-pkr team...

Wednesday, April 8, 2009

KEMENANGAN YANG TIDAK BERMAKNA

MAKA KELIHATAN SETAN DURJANA KEGEMBIRAAN DI BUKIT GANTANG!!

kalah secara fizikal tidak memberi kesan kepada aku dan mungkin kamu. kalah hanya kepada bilangan nombor. perjuangan yang kita bina selama ini membabitkan secara mutlaknya berpaksi kepada isu akidah. hari ini seperti ulangan sejarah yang lalu, kita tewas.mereka menang dan sekadar 'mempertahankan' kawasan yang dimenanginya dahulu.

namun harus aku tegaskan disini, dan bakal termaktub dalam perlembagaan perjuangan aku, ROH PERJUANGAN MENENTANG YANG BATHIL AKU DAN ENGKAU SEBENARNYA TIDAK PERNAH KALAH.

memang benar anwar sang celaka dan pas bin bani israel telah menang. melompatlah seluruh barua-barua islam persis sang munafikun zaman jahiliah kegembiraan.

uhud pernah memperlihatkan ketewasan islam, namun adakah kerana 'kekalahan uhud' bermakna nabi saw dan para sahabat r.a bersalah ? tidak sama sekali.

regim zionis pernah menang dalam pertarungan 1967 di bukit golan menewaskan seluruh pakatan arab, namun adakah kerana mereka 'menang' bermakna perjuangan mereka benar ?

gaza telah dibedil selama 3 minggu oleh zionis, ramai anak palestin terkorban namun sekali lagi adakah kerana 'menangnya' mereka bermakna jihad palestin itu salah ? maka tidak perlulah aku menyebut akan konsep cerita yang sama pernah berlaku terhadap penduduk kashmir,chechen,afghan,iraq dll.

hari ini anwar dan pas menang bukan kerana perjuangan mereka benar. mereka diangkat dan dijulang kerana perjuangan mereka merpersenda/menghina agama telah menarik minat bukan islam untuk menyokong mereka.


menjual ALLAH, merogol agama,persenda hudud,SURAH 'AURA' yang dibenarkan oleh pas,menghina bangsa merupakan 'menu' yang paling sedap dihidang dan dimakan. menu hina ini dijual kepada seluruh rakyat. menangnya sang penderhaka sebenarnya telah melonjakkan semangat juang aku. memang ini yang aku mahukan, yang berjuang akan tahu setakat mana kekentalannya.


FOKUS KEPADA PERJUANGAN ASAL, PETAHANKAN ISLAM DAN BANGSA HINGGA KE AKHIR HAYAT. INILAH KEMENANGAN MUTLAK !

Monday, April 6, 2009

27 sebab kenapa perlu tolak calon PAS!

Kenapa saya perlu menolak calon PAS Bukit Gantang?

1. Calon PAS bukan anak tempatan

2. Calon PAS seorang jutawan hasil projek BN

3. PAS abai arahan Nik Aziz supaya jangan meletakkan Nizar sebagai calon

4. Jika calon PAS menang beliau akan mempunyai 2 jawatan dan akan sibuk

5. PAS menggadaikan tanah kaum Melayu

6. Calon PAS meluluskan geran tanah selama 999 tahun kepada Kg Baru Cina.

7. PAS boneka kepada DAP

8. PAS gagal membela rakyat

9. PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka

10. PAS sembunyikan penderhakaan mereka pada tahun 2009

11. Calon PAS adalah sepupu kepada Ngeh Koo Ham (DAP)

12. PAS menyokong tindakan tidak bermoral Elizabeth Wong

13. Penubuhan negara Islam merupakan pembohongan terbesar PAS

14. PAS pembohong dan tidak menepati janji

15. Calon PAS mohon derhaka kepada Sultan Perak

16. Calon PAS enggan memulangkan kereta kerajaan negeri Perak

17. PAS menganjurkan politik ganas!

18. PAS dan penyokongnya menghina Mufti Perak kerana mohon taat kepada Sultan

19. PAS mencemar kesucian Agama Islam dengan membenarkan agama lain menggunakan nama Allah

20. Pemimpin Pakatan Rakyat juga terlibat dengan rasuah

21. PAS tidak mampu membawa pembangunan

22. PAS menggunakan masjid untuk berpolitik

23. Pakatan Rakyat menganjurkan lompat parti melalui projek 16 September

24. Pakatan rakyat juga hapuskan tulisan jawi di papan tanda nama-nama jalan.

25. Kepimpinan PAS yang talam dua muka tidak sesuai untuk masyarakat majmuk

26. PAS tidak mendapat sokongan penuh pengundi Melayu di Bukit Gantang kerana menderhaka.

27. PAS tidak memperjuangkan hudud kerana takut kepada DAP

28. Kalau ada lagi yang mahu ditambah ... disilakan!

Anwar Buat Gimik Di Sungai Petani



Ekoran gagal menarik perhatian penyokong PKR untuk hadir mendengar ceramahnya secara besar-besaran, Anwar Ibrahim menguar-uarkan bahawa beliau ada pengumuman penting yang ingin dilaksanakan demi kebajikan penyokong-penyokongnya.

Maka para penyokongnya pun hadir untuk mendengar ceramahnya di Sungai Petani, malam tadi kerana mereka begitu teruja untuk mengetahui apakah pengumuman penting tersebut. Walau bagaimanapun majlis ceramah beliau itu hanya berjaya menarik kira-kira 1,500 orang penyokong PKR.

Namun berita yang ditunggu-tunggu langsung tidak diumumkan oleh Anwar sehingga selesai majlis. Sebaliknya beliau menyatakan bahawa pengumuman itu akan dibuat selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai (sesuatu yang belum pasti).

Gimik Anwar ini benar-benar mengecewakan para penyokongnya. Beliau sanggup membuat taktik 'bodo' semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat. Jelas menunjukkan Anwar Ibrahim semakin takut dengan kemaraan dan kebangkitan baru parti BN yang semakin menyerlah dan meniti di bibir rakyat.







Inilah adalah isu kesucian Islam yang dipermainkan pengikut Anwar Fasola.. bukan masalah dia akan dapat hidayat atau sebagainya!



Sedangkan umat Islam sendiri jika hendak membaca ayat Quran hendaklah dalam keadaan suci dan baca dengan hukum Tajwid!



Inikan pula si kafir harbi... jika nak kata mandi wajib tentu jauh sekali... apatah lagi mengucap dua kalimah syahadah!



Adakah umat Islam akn terus membiarkan ayat Al-Quran akan terus dipersenda, dimainkan dan dihina!Tolaklah mereka yang telah bersekongkol mencemarkan Islam!



Tolak lah PAS!

Friday, April 3, 2009

Biarlah Pak Lah Bersara Dalam Keadaan Tenang

Sudahlah. Inilah yang dapat dikatakan apabila saya ditanya mengenai kritikan dan kutukan berterusan ke atas mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad oleh mantan PM sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perjuangan Tun Mahathir untuk melihat Pak Lah letak jawatan dah tercapai. Hasrat Tun Mahathir nak lihat Datuk Seri Najib Tun Razak jadi PM akan tercapai. Hendak apa lagi Tun?

Saya pun ingin melihat Pak Lah letak jawatan atas sebab yang tidak sama dengan Tun. Pak Lah dah letak jawatan. Saya hormati tindakannya itu.

Pak Lah, Tun Mahathir dan kita semua adalah manusia biasa. Kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan termasuk melakukan dosa.

Tun Mahathir bukan malaikat. Tun Mahathir pun banyak melakukan kesilapan tetapi kita tidak ingin mendedahkannya satu persatu kerana kita menghormati Tun sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Kita pohon kepada Tun Mahathir supaya hentikanlah kritikan dan kutukan secara terbuka ke atas Pak Lah. Insaflah yang kita adalah insan yang terlalu kerdil untuk menganggap kita saja yang betul dan orang lain semuanya tak betul.

Jika dunia dianggap berharga, maka negeri balasan Allah lebih tinggi dan mulia.

Setiap orang mampu melenyapkan permusuhan dengan merenungkan apa yang akan diperolehi jika menang. Adakah manfaat yang diperolehi atau kepuasan hawa nafsu berlandaskan perasaan hasad dan dengki?

Permusuhan amat berbahaya kerana ia membangkitkan berbagai keburukan. Adakah ini yang diperjuangkan? Apakah ini yang dikatakan perjuangan yang belum selesai?

Cukuplah. Biarkanlah Pak Lah dan isteri menikmati sisa-sisa hidup dalam suasana aman, damai dan penuh dengan ketenangan. Pak Lah dah buat apa yang didesak dan diminta. Sama-samalah kita hormatinya.

Ulama Hadhramaut Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad ada berpesan: "Secara umum, pada awalnya kebaikan itu berat untuk dilakukan, tetapi akhirnya penuh dengan kenikmatan. Orang yang berbuat baik ibarat seorang pendaki gunung. Ia tidak akan merasa tenang sebelum sampai ke puncaknya. Sedangkan keburukan awalnya manis dan akhirnya kelak pahit. Orang yang melakukan perbuatan buruk adalah ibarat seorang yang jatuh dari puncak gunung atau atap sebuah rumah. Ia baru akan merasa kesakitan setelah mendarat di tanah".

Kepada Pak Lah kita ucapkan "Selamat bersara dan semoga Allah menganugerahkan nikmat kesihatan dan ketenangan hingga ke akhir hayat".