Wednesday, March 5, 2008

Pegangan Pas Bertukar Lagi???

Pembatalan penggunaan dakwat kuku pada piliran raya umum ke-12 bukti tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat dan bijak. Ini berdasarkan laporan daripada pihak tertentu yang boleh dipercayai mengatakan terdapat individu berniat jahat ingin menipu serta mempergunakan rakyat supaya mengundi melebihi daripada sepatutnya.

Ternyata ini adalah usaha kerajaan melalui SPR ingin mengekalkan sistem demokrasi yang berasaskan sistem syura (muafakat), adil dan sama-rata kepada semua rakyat. Sistem ini juga telah diakui oleh rakyat umum dimana sebilangan mereka yang dijajah cuba menolak pemikiran toghut/sempit yang ditanam oleh pengkhianat Negara (pembangkang) sejak sekian lama.

Kalau dipentas mengatakan para pemimpin Barisan Nasional (BN) suka menuduh serta memfitnah tetapi malangnya keseluruhan pemimpin Pas sebenarnya berperangai sedemikian seolah-olah tuduh-menuduh boleh didalam Islam.

Selepas di halalkan mengumpat kini tuduh-menuduh pula, beginikah parti yang mahu anda jadikan sebagai pemerintah Negara ini? Tanya sendiri, jawab sendiri, hukum sendiri. Bukankah pembatalan penggunaan dakwat ini telah memudahkan rakyat umum?

Sudah diberi kemudahan bukan hendak berterima kasih, tetapi makin menjadi perangai taksub puak-puak pembangkang membuta menuduh, padahal dalam Islam melarang tuduh-menuduh atau berprasangka kerana ia boleh membawa kepada perbalahan.

Disini pemudaberani menyeru kepada yang para penyokong pembangkang khususnya supaya…

TUKAR parti bukan TUKAR Agama. TUKAR MINDA. TUKAR KAWAN DAN LAWAN. TUKAR CARA MAKAN DAN CARA CARI MAKAN. TUKAR, TUKAR, TUKAR, TUKAR. Hendak Tukar kerajaan itu susah sedikitlah, sebab…

Kerajaan kini melalui BN telah banyak membawa kemajuan serta kejayaan kepada Negara dimana kebajikan dan keperluan rakyat tidak pernah dipinggirkan, bukannya seperti puak-puak toghut yang suka mengeluarkan janji-janji manis tetapi tidak boleh melaksanakan.

Disini amat perlulah Pas serta pakatannya merubah kembali janji-janji atau manifesto yang sedia ada kepada PEMBANGKANG YANG BAIK, BERKALIBER DAN DISEGANI. JADILAH PEMBANGKANG YANG DIPERCAYAI dan bukannya pembangkang SYOK SENDIRI.

Monday, March 3, 2008

Bangganya Aku Pangkah PAS

Andainya Pas menang PRU-12 kali ini, aku pasti individu yang bertuah dan dengan bangganya bercerita pada kawan-kawan aku, PAS menang sebab undi aku. Buat pengetahuan umum, akulah individu yang berusaha siang malam, hujan dan panas untuk pastikan Parti Angan-angan Saja menang.

Jadi, wajiblah aku mendabik dada dan berbangga diri kerana disebabkan usaha aku maka rakyat Kelantan dapat melihat PAS membawa kemajuan yang tidak terhingga terhadap AGAMA dan BANGSAku.

Bangga sungguh aku bila melihat :-

1) Pemimpin aku berjaya memperdaya dan menghasut rakan-rakanku supaya mengikut sahaja apa yang disampaikan kerana penyampaian pemimpin aku berdasarkan al-Quran dan hadis Islam sebenar walaupun mereka tahu mereka sebenarnya sudah terpesong jauh.

2) Akibatnya kehidupan rakan-rakanku porak-peranda daripada berakhlak mulia dan menurut perintah Tuhan kepada berakhlak serupa haiwan melampaui hukum Tuhan.

3) Bangga aku melihat pemimpin aku berTOPENGkan jubah dan serban sedangkan aku tahu niat mereka hanya untuk mengaburi mata saudara-saudaraku.

4) Bangga aku melihat pemimpin aku MEMPERMAINKAN ayat al-Quran dan MEMPERSENDAKAN sunnah demi mengejar kemenangan sehingga memperdayakan saudara-saudaraku dengan mengatakan 'mengumpat itu bukan dosa'

5) Bangga aku melihat rakan-rakanku yang terpelajar berada no.1 dalam carta PENGANGGURAN disebabkan tiada pembangunan disediakan sejak Parti pujaan aku memerintah Kelantan.

6) Bangga aku melihat anak-anak sebangsa aku berada no.1 dalam carta RUSUHAN JALANAN.

7) Bangga aku melihat para pemimpin aku berada no.1 dalam carta PENIPU-PENIPU BESAR terkenal di dunia.

8) Bangga aku melihat para pemimpin aku amat senang MENGHASUT anak-anak melayu sehingga terabai kebajikan diri sendiri.

9)Bangga aku melihat pemimpin yang aku lantik telah berjaya mendidik saudara-saudaraku
supaya mengikut suruhan Tuhan sehingga terciptanya pelbagai pegangan katanya ajaran Tuhan.

BANGGA SUNGGUH AKU.
BANGGA SUNGGUH AKU.
BANGGA SUNGGUH AKU.

Teruskanlah tradisi mengundi PAS, Semoga dengan mengundi PAS dapatlah kita lihat anak-anak, cucu-cucu dan keturunan kita dapat tergolong dalam golongan di atas..
UNDILAH.. UNDILAH.. UNDILAH .. Parti Angan-angan Saja.. PAS..

"Membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan",

Sunday, March 2, 2008

Mengapa Rakyat Tetap Undi Barisan Nasional...

Lumrah kehidupan pelbagai pertanyaan melebihi jawapan, begitulah diumpamakan dengan persoalan ' Adakah Pas masih relevan?'. Inilah persoalan yang perlu dijawab rakyat Malaysia khususnya penyokong pembangkang yang dilihat taksub pada kemenangan sehingga mengenderai syaitan untuk memerangi Barisan Nasional.

Terbaru Pas melebarkan sayap buatannya dengan mewujudkan fatwa baru iaitu rakyat dibolehkan mengumpat dan mencerca demi kebaikan kononnya tetapi bagaimana pula pegangan Islam sebenar yang melarang umatNya daripada berbuat dosa dimana mengumpat itu adalah dosa.

Disebalik kancah pilihanraya ke-12 ini, para pemimpin Pas dilihat taksub untuk mengekalkan kedudukan sehingga sanggup mengabaikan pesanan Mursyidul Amnya sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memesan supaya tidak mencerca atau menyerang peribadi lawan tetapi dasar ketamakan yang membuak mengatasi perasaan hormat mereka terhadap ketua mereka sendiri merangkap penasihat parti.

Inikah pemimpin yang anda mahu contohi? Pemimpin yang berlagak berilmu tinggi sehingga mencipta pegangan sendiri sehingga melawan hukum tuhan sendiri. Mengapa rakyat Malaysia akan terus memilih Barisan Nasional? Lihatlah simboliknya Barisan Nasional pada rakyat Malaysia dibawah:

1. Kepimpinan teras utama - Berdasarkan kepimpinan BN dan kepimpinan pembangkang, kepimpinan BN jauh lebih baik dan sejak dahulu lagi BN telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas dimana menerapkan konsep permuafakatan antara parti sedang Pas kini kian terpesong kononnya parti Islam yang menerapkan Islam seratus peratus tetapi menolak fahaman Islam sebenar itu sendiri.

2. Kemurahan hati sifat terpuji - Jika hendak melihat betapa baiknya seseorang lihatlah pada hatinya, inilah antara sifat-sifat terpuji para pemimpin BN yang sanggup melopori kesusahan rakyat bersama demi kesejahteraan bersama berbanding Pas yang hanya 'indah rupa dari kata-kata'.

3. Menipu bukan sifat BN - Kerajaan BN tidak rela menang dengan menipu rakyat dan kemenangan BN adalah kemenangan rakyat juga kerana BN dipilih oleh rakyat berdasarkan sistem demokrasi berparlimen yang bebas, berbanding Pas serta pakatannya yang hanya bersandiwara bertopengkan serban dan jubah kononnya inilah pakatan pembela rakyat.

4. Kebajikan rakyat misi utama - Ternyata kebajikan rakyat terbela dengan adanya kerajaan menerusi BN yang berusaha merubah kehidupan rakyat kepada kehidupan lebih terjamin dimana sebanyak 43.4 bilion jumlah subsidi telah dibelanjakan setahun ke atas barang-barang keperluan buktinya kini jurang kemiskinan antara rakyat berjaya diturunkan secara ketara.

5. Pembangunan modal insan penyampaian berkesan - Terbukti kepimpinan BN kini berjaya menerapkan pembinaan modal insan sekaligus telah memberi manfaat besar kepada negara terus memacu negara menjadi lebih bermutu setaraf negara maju yang lain, sedangkan Pas mempergunakan rakyat demi pemikiran sempit dan taksub mereka terhadap perjuangan ala Islamiah sehingga sanggup memburukkan imej bersih kerajaan pada dunia luar.

Pencapaian cemerlang negara dalam pelbagai bidang terutama sejak BN diberi mandat besar dalam pilihan raya umum empat tahun lalu harus dibanggakan; sekali gus membuktikan keupayaan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menunaikan janjinya kepada para pengundi tahun 2004.

Kepada rakyat Kelantan khususnya yang dijajah Pas selama tiga penggal(18 tahun), bangun dan sedarlah kerana Pas hanya parti angan-angan sahaja dimana parti ini(Pas) telah banyak menipu, merosakkan dan menjual maruah rakyat Kelantan demi fahaman toghutnya. Inilah contoh penipu besar serta perosak bangsa yang jelas kesannya terdapat di Kelantan, Terengganu dan bandar-bandar terkenal di Malaysia.

Undilah Barisan Nasional. Selamat Aman Makmur.

Wednesday, February 27, 2008

Pembangkang Tiada Isu- Gunakan Strategi Mengunkit

Oleh: Jingga

Tindakan parti-parti pembangkang dalam membangkitkan pelbagai isu lapuk selain mengutuk segala masalah yang sudah berjaya diselesaikan kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas membuktikan mereka ketandusan modal dan bertujuan untuk menarik sokongan rakyat.

Perkara ini diakui oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa segala tindakan pembangkang ibarat ‘memukul gendang lama’dan tidaklah dihairankan kerana ianya bukan satu perkara baru sebaliknya pernah berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu.

Mereka ini lebih sesuai digelar “katak bawah tempurung” kerana hanya berbunyi selepas hujan.Samalah seperti apa yang mereka lakukan sekarang ini dengan membangkitkan isu-isu lama yang sudah menjadi lapuk.

Tujuan mereka ialah menarik sokongan rakyat.Tetapi pembangkang ini lupa hakikat rakyat kini semakin matang dan tidak mudah terpedaya dengan helah pembangkang, sebaliknya akan terus menyokong BN seperti pada pilihan raya lalu.

Biarpun manifesto yang diketengahkan parti-parti pembangkang termasuk menghalalkan demonstrasi jalanan, ianya membuktikan mereka seolah-olah ingin melihat negara huru hara dan berpecah belah.

"Ini berbeza manifesto BN yang mengutamakan keselamatan, keamanan dan kemakmuran yang diperlukan rakyat. Kita tahu ramai pihak luar irihati dengan pencapaian kita dan ingin melihat negara kucar-kacir tapi BN tidak akan benarkan perkara ini," katanya.

Jika dahulu mereka menyifatkan pemimpin kerajaan BN terbabit rasuah dan salah guna kuasa. Tetapi apa yang dapat dilihat sekarang pemimpin pembangkang sendiri menyalahgunakan kuasa untuk mengutuk saudara sesama Islam dengan menggelarkan orang Umno sebagai orang utan.

Lebih mendukacitakan apabila pemimpin yang mengangkat Islam sebagai wadah perjuangan mereka, ternyata angkuh dan sombong. Ini terbukti apabila pemimpin yang kelihatan warak enggan meyambut salam sesama Islam.

Jelas kini, arah perjalanan mereka tersasar dari landasan sebenar.Segalanya jelas dikala menjelangnya pilihanraya umum march ini.

Sunday, February 17, 2008

Bukti PAS Bacul Terpaksa Mengadu Pada Agung

Apakah pandangan anda apabila melihat seorang pemimpin kononnya dianggap berani menegakkan kebenaran demi Islam buatannya akhirnya tunduk mengalah sebelum berjuang kerana gentar menghadapi pilihanraya lalu menghantar ‘warkah bantahan’ buatan puak toghutnya kepada Yang Di-Pertuan Agung baru-baru ini.

Untuk pengetahuan umum, antara isu yang dibangkitkan Pas dalam ‘warkah bantahan’ ini sebenarnya adalah warkah tuduhan palsu semata-mata terhadap kerajaan Barisan Nasional dengan menuduh kerajaan menipu rakyat dengan memanipulasi undi pos, proses celup jari yang diragui dan penafian akses kepada media.

Cuba anda fikirkan adakah logik isu-isu yang dibangkitkan Pas ini, salah satunya penafian akses kepada media? Apa penafian yang cuba Pas tegakkan dan adakah selama ini Pas menegakkan kebenaran?

Jika benar kebenaran yang Pas cuba sampaikan dan ia amat baik dan bersesuaian dengan Islam dalam warkah bantahan ini, mustahil kerajaan masa kini menyekat apa yang Pas cuba sampaikan sedangkan menyebarkan kebenaran adalah fitrah murni dan tulus dituntut oleh Allah s.w.t.

Orang tua-tua ada berkata ‘ jangan dilayan orang yang bodoh, nanti kita jadi bodoh’ dan disini enaklah disimpulkan apa yang Pas lakukan dengan menghantar satu warkah bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agung adalah satu perbuatan terdesak dan amat tidak relevan dimana selain isu penafian akses kepada media, isu lain juga dianggap masuk dek akal hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat umum khususnya golongan termudah terpengaruh iaitu belia-belia masa kini.

Inilah sifat ketaksuban Pas yang gemar menegakkan benang basah lalu menuduh dan mencela pada golongan yang cuba memelihara ketelusan kebenaran daripada hasutan puak-puak toghut ini dan bolehlah kita melabelkan Pas adalah pakar dalam bidang penipuan penuh dengan hasutan.

Monday, January 28, 2008

Janji Dusta Sang Pengkhianat

Air paip percuma jika keadilan menang? Benarlah ada perumpamaan ada mengatakan ‘untuk menilai seseorang, nilailah dari kata-katanya bukan dari segi fizikalnya’. Ini juga melambangkan kebebalan pemimpin ini berada di tahap kritikal di mana tahap kesedarannya masih rendah dalam hak menegakkan nasib rakyat.

Tawaran Khalid untuk memberikan khidmat air paip percuma adalah tawaran yang paling tidak munasabah dan membuktikan lagi ini adalah tindakan terdesak beliau untuk menarik undi rakyat bagi menyokong parti Keadilan dimana kerisauan beliau sendiri menampakkan Keadilan tampak kian rapuh dan makin tidak relevan.

Sikap ‘hanya bijak menabur janji’ pembangkang menjadi-jadi dimana Khalid pada forum Tawaran Keadilan Untuk Rakyat, di padang awam Sungai Lallang, Sungai Petani, Kedah angkuh menjanjikan sistem pendidikan percuma bakal diberikan pada rakyat jika Keadilan diberi mandate menang pada pilihanraya yang bakal tiba.

Khalid juga memperkatakan ingin mewujudkan konsep ‘merakyatkan ekonomi’ Malaysia kononnya hasil kekayaan Negara perlu dikongsi dan diagihkan sama rata kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum dan mungkin Khalid sendiri tidak sedar kekayaan Negara sebenarnya telah lama dikongsi bersama dimana sehingga kini Negara tampak pesat membangun dengan pelbagai prasarana diwujudkan bertujuan ingin berkongsi kesenangan bersama rakyat.

‘Susah senang biar bersama’. Benar, tahap kemiskinan rakyat Malaysia masih berada ditahap tidak menyenangkan tetapi tahap kemiskinan mutlak makin berkurangan dan jurang ketidaksamaan pendapatan antara rakyat makin rapat.

Oleh itu, jika Khalid memperkatakan kerajaan kini yang dipimpin YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri tidak menghiraukan rakyat sekaligus cuba menyusahkan rakyat, terbukti kata-kata beliau ini hanya dusta belaka dimana hanya memandang sebelah mata atas pengorbanan pimpinan PakLah dalam memajukan Negara ini selaras ingin mencapai wawasan setiap rakyat yang dicintainya.

Dan terbuktilah kini sifat dendam kesumat Khalid serta rakan-rakan perjuangannya terhadap pimpinan kerajaan kini terlalu dalam sehinggakan sanggup menjatuhkan maruah Negara demi mencapai ideology sempit beliau hanya bersandarkan pada pemikiran toghut melampau.

Gagasan merealisasikan impian rakyat Malaysia? Cukup senang Khalid menubuhkan gagasan ciptaannya, pelik tapi benar. Inilah dasar pembangkang, hanya berjanji kemudian berdusta.

PM Bertindak Bijak Untuk Kawal Keamanan

Keamanan dan kedamaian Negara adalah tanggungjawab setiap rakyat di Malaysia dan ia perlu diberi keutamaan agar Negara terus makmur menerusi penyokongan penuh terhadap pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku ketua yang dilihat amat prihatin akan keadaan setiap rakyatnya.

Desas-desus ada meramalkan pilihan raya umum akan diadakan akhir bulan Mac ini dan semakin tarikh ini hampir semakin ligat perangai kebinatangan para pemimpin pembangkang yang dilihat ketagih akan undi rakyat kononnya bodoh dalam memilih pimpinan.

Agak lucu apa yang dikatakan Husam Musa selaku Naib Presiden PAS yang mengatakan pilihan raya diadakan lebih awal kerana PM dilihat terdesak sehingga mengarahkan pimpinan-pimpinan UMNO tidak keluar Negara dalam masa terdekat.

Apa yang hendak dijelaskan, tindakan PM ini tindakan yang wajar dan amat relevan dan inilah contoh pimpinan yang sayangkan Negara dimana bertindak menegur para pimpinan UMNO/BN yang mungkin lalai atau leka dalam menjalankan tugas sebagai wakil kepada rakyat yang makin terjajah akan pemikiran kolot para pembangkang kini.

Ia juga satu tindakan terpuji PM dalam menjaga kesejahteraan rakyat dengan bijak mengawal keadaan Negara untuk terus berada dalam keamanan dan kemakmuran yang terbukti adalah Negara contoh pada segelintir Negara didunia ini.

Kita renungkan kembali kejadian-kejadian yang berlaku beberapa bulan lepas anjuran parti pembangkang di Malaysia dimana sanggup menggadaikan maruah Negara demi nafsu serakah kebinatangan mereka sehingga tertimbulnya tanggapan Negara ini adalah Negara komunis yang gemar akan perbalahan di antara rakyat.

Selain itu, Husam ada memperkatakan kelemahan kerajaan kini makin menjadi-jadi dimana hanya tahu bercakap berbanding menunaikan apa yang dijanjikan. Apa yang Husam katakan? Memang benarlah anggapan masyarakat umum yang tergolong dalam golongan bijak pandai, pembangkang kini kian parah sehinggakan apa yang diucapkan oleh mereka sebenarnya itulah perangai mereka.

Inilah golongan yang SADIS iaitu boleh diumpamakan orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain yang lebih dikenali golongan yang gemar menimbulkan masalah dan menghangatkan kontroversi serta sering mengatakan perkara-perkara sama sahaja seperti orang gila. This group we can call a troublemaker or soundtrouble or trouble people.


BUAT BAIK SEMUA ORANG SENANG HATI…
KALAU NAK BUAT JAHAT PASTIKAN ROSAK DIRI SENDIRI…
MUDAHKAN DAN JANGAN MENYUSAHKAN ORANG...

Wednesday, January 9, 2008

Kisah Anak Muda Hingusan

Kaki tipu borek, muda mudi terintik, inilah ungkapan amat sesuai diberikan kepada sekumpulan anak muda yang menggelar mereka Badan Bertindak Anak Muda baru-baru ini dimana telah bertindak menghantar memorandum berbentuk bantal bertujuan hanya ingin menghina seseorang yang dibenci.

Gelagat anak-anak muda ini tidak ubah seperti para pemimpin pembangkang yang sanggup menjatuhkan maruah seseorang demi kepuasan diri sendiri, walhal apa yang diminta atau pun disuarakan adalah tidak masuk dek akal mahupun diterima masyarakat umum.

Tindakan mereka yang menghantar memorandum berbentuk bantal kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melambangkan sikap mereka yang masih kebudak-budakan serta kebodohan mereka didalam menilai sesuatu perkara melibatkan Negara.

Faham disini, anak-anak muda ini telah sepenuhnya termakan hasutan kaki-kaki tipu di Malaysia yang bertopengkan wajah alim berwatakan wara’k. Jika mereka memperkatakan kegagalan dan kelemahan Pak Lah dalam mentadbir Negara adalah perlu dibetulkan, apakah diri mereka sendiri sebagai rakyat betul dalam menegur pemimpin?

Benarlah kata pepatah melayu,’ukurlah baju dibadan sendiri’, tidak salah untuk menegur seseorang tetapi sebagai anak muda seharusnya perlu memikirkan baik buruk satu-satu teguran dimana biarlah ia teguran yang positif bukan negative seperti menghina seseorang. Bagaimana hendak menegur orang gigi berulat, kalau gigi kita pun berulat?

Tindakan anak muda ini untuk mula melibatkan diri dalam menangani masalah Negara bersama amatlah terpuji dan mulia, tetapi anak-anak muda ini harus memahami pengalaman itu amat dititkberatkan dalam satu-satu perkara kerana pengalaman itu menunjukkan kita lebih matang dan bersedia untuk menempuh apa sahaja yang bakal terjadi.

Apa yang hendak dikatakan disini, bukanlah Negara tidak memerlukan generasi muda bersama untuk membangunkan Negara tetapi apa yang Negara hendakkan adalah golongan muda yang saling berkerjasama saling bantu-membantu bukan saling menyalahkan atau menuduh seperti kenyataan Seketeriat BBAM, Badrul Hisham Shaharin “anak muda terlalu kecewa dan malu dengan sikap Abdullah Badawi yang sering tidur sehinggakan beliau sendiri lemah untuk mentadbir negara.”

Apa yang dipersoalkan seketeriat BBAM ini boleh dikategorikan seperti persoalan kebudak-budakan yang mudah terikut-ikut dengan agenda-agenda bodoh pembangkang yang kini muncul agenda bodoh terbaru mereka dimana berjanji menurunkan harga minyak jika menjadi pemerintah kelak. Jika inilah agenda atau janji-janji manis pembangkang untuk mentadbir Negara tidak mustahil suatu hari nanti Negara ini akan hancur sekelip mata dengan hanya menggunakan kata-kata sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Jangan bercakap kalau tiada ilmu, itu umpama tin kosong lebih baik senyap tetapi berisi. Kadang-kadang orang boleh bercakap apa sahaja tetapi tidak tahu kebenarannya namun biarlah ilmu yang menilainya…

Friday, January 4, 2008

Kedangkalan Pembangkang Mengundang Keparahan Pada Negara

Pasti semua sudah mengetahui isu video seks membabitkan Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, semua jawatan parti dan seterusnya, sebagai anggota Parlimen Labis.

Tetapi apa yang hendak dipersoalkan disini adalah kedangkalan akal pemimpin pembangkang yang dilihat amat berminat mengacau/mengoyak kain Chua Soi Lek yakni hendak memburukkan lagi keadaan kehidupan Chua Soi Lek bersama keluarganya.

Tindakan mantan Menteri Kesihatan adalah tindakan yang patut dipuji kerana bak kata pepatah,’berani buat berani tanggung’ ini terbukti dengan pengakuan beliau sendiri tanpa segan silu adalah orang didalam video itu.

Namun, adab pembangkang bernafsukan iblis sudah menjadi adab turun-temurun nenek moyang mereka yang dilihat sengaja melontarkan batu didalam sungai yang tenang. Jika pembangkang mempersoalkan perlakuan seks luar nikah ini dianggap jijik dan keji, mengapa diantara pemimpin pembangkang suatu ketika dahulu juga ada melakukan perlakuan sebegini?

Akhirnya bagi menutup kesalahan pemimpin itu, pemimpin itu diarahkan berkahwin bagi mengaburi mata rakyat kononnya mengikut sunnah Islam. Jika benarlah pemimpin-pemimpin pembangkang mengikut ajaran Tuhan sepenuhnya, mengapa perkara ini harus terjadi?

Benar perlakuan seks luar nikah ini bertentangan dengan Islam tetapi ia hanya bagi umat Islam dan diharamkan sama sekali. Berlainan dengan kepercayaan, anutan ataupun amalan bangsa lain yang bebas untuk melakukan apa-apa perkara kerana agama mereka tidak menitik beratkan isu seks ini malah ia sudah menjadi amalan biasa bagi mereka.

Kedangkalan pemimpin Pas khususnya dalam isu ini terserlah, dimana mengarahkan parti MCA agar mengambil tindakan disiplin terhadap Dr. Chua dan apa penyelesaiannya? Bukankah lebih baik beliau mengundur diri.

Ini bukan Negara yang gemar menghukum membuta-tuli dan Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional amat memahami situasi yang dihadapi oleh Dr. Chua yang terang-terangan dianiaya oleh individu yang tidak bermoral.

Ini berbeza dengan salah seorang pemimpin pembangkang yang terkenal dengan sifat ‘King Of Liar’, dimana seringkali menidakkan bukti ataupun tuduhan yang telah difailkan keatasnya, beliau juga terkenal dengan sikap ‘habis madu sepah dibuang’; dimana berjaya memperdaya gadis-gadis dengan kata-kata manisnya sehingga menyebabkan ketelanjuran.

Di antara Dr. Chua dengan pemimpin ini siapa yang boleh dipandang lebih molek dengan sikap yang lebih bertanggungjawab? Penulis pasti tindakan Chua adalah demi menjaga imej Barisan Nasional selaku parti junjugan beliau dan ini adalah tindakan terhormat yang wajar disanjungi.

Justeru, kita sebagai rakyat berbilang bangsa dan agama wajar berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Dr. Chua yang meletakan kepentingan parti dan kerajaan lebih utama dari kepentingan dirinya.

Nasihat kepada parti-parti pembangkang, buanglah sifat keji anda yang gemar ‘menjaga tepi kain orang’ kerana perbuatan ini hanyalah mengundang kepada pengumpatan yang tidak digalalakkan dalam Islam itu sendiri di mana ia boleh membawa kepada permusuhan sehingga pembunuhan.

Kepada semua orang Islam janganlah berpecah belah dan ingatlah Islam itu bersaudara. Moga semua jaga tepi kain sendiri kerana orang-orang kafir laknat sedang bersorak melihat Islam porak poranda!!!

Pembangkang dinasihatkan agar berhenti memainkan sentimen agama bermula daripada sekarang kerana ia dilihat bakal mengundang parah kepada Negara dan lebih baik menumpukan kepada parti sendiri yang dilihat sedang alami keretakan akhlak yang melampau.